Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

23 Jun 2011

Pemalunya Mamat Ni

Pemalunya Mamat Ni 

.
.
.
.
.
.
.

Hadith :

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:” Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”
(al-Bukhari)

Elakkan Fitnah

Elakkan Fitnah 

.
.
.
.
.
.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan.”

22 Jun 2011

Hek Eleh Kedekutnya

Jangan Kedekut Ilmu

.
.
.
.
.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi



Huraian
1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah S.W.T telah berfirman: "... nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." (Al Mujaadalah [58]: 

Garang Muka Mamat Ni

Senyum Itu Sedekah

.
.
.
.
.
.

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”

21 Jun 2011

Hutang Aku Bila Nak Bayar?

Hutang Aku Bila Nak Bayar? 

.
.
.
.
Rasullullah S.A.W dalam sabdanya yang bermaksud:
"Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah
suatu kezaliman." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
.
.
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah,
sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya:
"Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada
tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu
dilunaskan."
.
.
Hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu "Umar Radiallahuanhu
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa mati, sedangkan dia msih menanggung hutang satu dinar atau
satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana
di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." (Hadis riwayat Ibnu
Majah).
.

Kurang Ajar !

 Kurang Ajar !

Korang Boleh Tolong Dak ?

Korang Boleh Tolong Dak ?

.
.
.
.
.

‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah: 2)

18 Jun 2011

Keputusan Tilawah Al-Quran 2011

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Di Sarawak





Salam sejahtera kepada pembaca. Berikut adalah Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Sarawak pada tahun 2011.

Qari

Johan: Encik Aminrahman Bin Abbas (Negeri Sembilan)
Naib Johan: Encik Anuar Bin Hassim (Perak)
Tempat Ketiga: Tuan Haji Ahmad Tarmizi Bin Haji Ali (Terengganu)

Qariah

Johan: Hajah Suraya Binti Hassan (Johor)
Naib Johan: Hajah Roziah Binti Ayyub (Sarawak)
Tempat Ketiga: Hajah Hazrah Binti Ayub (Johan Menanti)

Semoga tilawah Al-Quran yang dijalankan menyemarakkan lagi pembangunan ummah. Sekalung tahniah kepada pemenang. Nantikan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa

8 Jun 2011

Nafsu Makan

Nafsu Makan 

Salam sejahtera, sape yang suka makan? haha, makan pun kena ikut sunnah nabi, kita pun ade nafsu makan kan? Ha, makan pon ade batas nyer, jangan berlebih-lebih. Nanti jadi malas...Insyaallah kita sama-sama jaga nafsu makan ;)

Ali asik makan makanan yang dihidangkan


Firman Allah S.W.T:
Hai, anak adam ambil oleh kamu perhiasan kamu pada tiap-tiap masjid dan makan oleh kamu akan makanan dan minum oleh kamu akan minuman. Dan jangan kamu berlebih-lebih pada makan dan minum itu. Kerana bahawasanya Allah S.W.T tiada kasih akan orang yang berlebih-lebih pada makan dan minum itu.


Ceramah Ustaz Ismail Kamus - Nafsu Makan

7 Jun 2011

Rahsia Perkahwinan

Rahsia Perkahwinan 

Salam sejahtera, terkejut ke tajuk macam ni?hehe, apela salah nya kita diberi pendekatan tentang rahsia perkahwinan kan? Kalau korang rajin dengarla syarahan kat bawah dari Dato Ustaz Ismail Kamus tentang rahsia perkahwinan. Ringkasan syarahan nya menyentuh tentang:

rahsia perkahwinan


 Apaba beza perkahwinan dulu dengan perkahwinan sekarang?
  1. Dulu tak perlukan kursus perkahwinan, sekarang kena ade kursus perkahwinan
  2. Dulu saudara-saudara kita berkahwin dengan orang yang terdekat sahaja seperti sepupu,
  3. Dulu mas kahwin murah-murah, sekarang dah sampai 10 ribu dah..
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Nikah yang bagus dan paling berkat, mas kahwinya murah-murah.

Allah S.W.T berfirman:
Kami jadikan kamu itu berpasang-pasang.

Banyak lagi tips-tips dan rahsia berkahwinan dalam syarahan di bawah..45 minit. tryla dengar best!!

6 Jun 2011

Rezeki Yang Halal

Rezeki Yang Halal 

Salam sejahtera, syukur Alhamdulillah kerana sehingga sekarang kita dikurnia kan rezeki yang melimpah-limpah dari Allah S.W.T. Oleh itu kita sebagai hamba Allah kita diwajibkan mencari rezeki yang halal.

Kita juga diperintahkan supaya berdoa kepada Allah supaya kita diberikan rezeki yang halal, yang luas, yang elok dan yang diberkati.

rezeki yang halal


Nabi S.A.W bersabda:
Tiap-tiap daging yang tumbuh dari hasil yang haram maka nerakalah yang lebih utama untuknya.



keratan ceramah 

4 Jun 2011

Hasad Dengki

Hasad Dengki

hasad dengki

Salam sejahtera,
Hasad dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).

Kesimpulannya, apabila sahabat kita lebih maju dari kita elakkan perasaan iri hati atau hasad dengki kepada sahabat sendiri. Jadikan pesaing yang sihat. Selain itu, Hasad dengki yang membawa kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati untuk turut berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan nikmat Allah dan menggunakannya kepada perkara yang diredai-Nya.

28 Mei 2011

Sahabat Susah Senang

Sahabat Susah Senang

Salah satu adab bersahabat ialah hendaklah kita fikirkan tentang sahabat ketika susah dan senang.

Abu simpati dengan kesedihan Ali


Keratan ceramah Ustaz Ismail Kamus - Adab Bersahabat

// browser internet anda mesti ada flash player

24 Mei 2011

Cerita Pasal Keraguan

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Cerita kali ini tentang keraguan. atau pun bermaksud tak yakin. Keraguan datang dari bisikan syaitan.

abu ragu-ragu mengambil air sembahyang


Pada suatu hari seorang pelajar ingin mengambil air sembahyang. Setelah selesai mengambil air sembahyang dia berasa ragu-ragu dia dah basuh kepala ke belum.

Dia pergi balik mengambil air sembahyang. Selepas itu dia masih ragu-ragu mengambil air sembahyang

Dia pun berjumpa dengan Ustaznya menerangkan keadaan nya. Ustaz mencadangkan supaya dia niat dan terjun ke dalam kolam dekat surau itu. Pelajar tu pon berbuat demikian

Dia pon berjumpa dengan Ustaznya dan menyatakan dia masih ragu-ragu. Lantas Ustaznya menyuruh dia jangan sembahyang. Pelajar itu bertanya. Kenapa?
Ustaz menjawab: sebab awak gila...


// Jangan keraguan itu mengatasi keyakinan.
// Tinggalkan apa-apa yang meragukan kepadamu kepada sesuatu yang tidak meragukan.

22 Mei 2011

Menghormati Tetamu

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Pada suatu hari, sedang aku melepak di depan rumah kawan ku, kelihatan seorang jiran datang ke rumah kawan ku. Setelah 15 minit berlalu, terdengar jiran mengatakan mane airnya? Sepatutnya kita yang patut memberi air minuman kepada jiran yang datang ke rumah kita sebagai tanda kita menghormati tetamu atau jiran kita...

menghormati tetamu yang datang ke rumah kita

Apa kelebihan menghormati tetamu?
Apabila kita menghormati tetamu yang datang ke rumah kita, kita akan memperolehi seribu keberkatan.


Wah...banyaknya keberkatan. Lebih banyak kita menghormati tetamu, lebih bahagialah keluarga dan juga jiran tetangga kita. Kena ingat tu. Jangan tetamu datang kita wat tak tau plak...;p

21 Mei 2011

Salah Siapa ?

Salah Siapa ? 

Salam sejahtera kepada semua pembaca...Kalau korang tengok gambar kat bawah paham dak? kalau paham korang memang kreatif ;)

Subtopik kali ni aku nak ketengahkan:

  • Jangan rasa kita hebat (ujub)
  • Jangan hina orang lain yang berbuat baik
  • Jangan selalu salahkan orang lain
  • Rendah diri (tawadduk)


Semoga kita sama-sama memperolehi asas amalan dan sikap di atas.
Semoga juga kita sama-sama bahagia di alam akhirat kelak.
Amin....


20 Mei 2011

Cerita Pasal Bercakap

Cerita Pasal Bercakap 

Salam kepada semua pembaca, semalam aku cerita pasal diam. skang aku nak cerita pasal bercakap plak...hehehe. Kurang bercakap melainkan apa yang perlu sahaja merupakan salah satu tanda orang berbahagia
bestnya....;)

abu tertekan mendengar perleteran bapanya.


Bak kata ahli falsafah:
Biar menyesal tak bercakap daripada menyesal bercakap


Kemudian bak kata ahli tassawuf:
Bercakap itu tengok masa. Jangan melepaskan percakapan yang masanya belum sampai.


Jangan bercakap sesuatu yang kita tak tahu, dan jangan bercakap yang kesemua kita tahu.

Akhir sekali bak kata orang melayu:
Kalau diam itu emas, bercakap itu perak, eloklah diam

19 Mei 2011

Cerita Pasal Diam

Cerita Pasal Diam 

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, kali ni aku nak cite satu kisah berkenaan dengan diam.
Penah dengar dak falsafah tentang diam?

Diam itu orang kata bodoh?


abu seorang yang pendiam
Pada satu hari seorang ustaz sedang mengajar anak muridnya. Pada akhir sidang pelajaran. Ustaz tu bertanya kepada anak muridnya.

Ustaz: Ada apa-apa soalan?

Anak murid: ...

Ustaz: Awak yang hujung tu diam je? ada soalan?

Anak murid: ..errr..Bilakah  waktu kita berbuka puasa?

Ustaz: Apabila terbenamnya matahari kenalah berbuka..

Anak murid: Ustaz, kalau matahari tak terbenam jugak ?

Ustaz: ...... Eloklah engkau diam..


Kesimpulan: Boleh juga bertanya, tapi jangan bagi soalan yang pelik-pelik...;p

Lazimkan oleh kamu dengan diam, kerana bahawasanya diam itu menolakkan diri daripada syaitan

18 Mei 2011

Cerita Pasal Bersin

Cerita Pasal Bersin 

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Pertama sekali nak tanya kat korang, penah dengar dak ayat falsafah ni?

Kita berjalan jantung berjalan, kita tidur jantung berjalan,
Kita berhenti jantung berjalan, jantung berhenti kita jalan.

dua situasi bersin yang berbeza

Sebab apa kita kena sebut Alhamdulillah selepas bersin? Sebabnya ketika bersin jantung berhenti seketika. Jadi lepas bersin sebutlah Alhamdulillah sebagai tanda bersyukur jantung kita kembali berjalan.

Apabila kawan kita bersin dan dia sebut Alhamdulillah,
Kita berada disebelah menjawab Yarhamukallah.

Janganla lepas bersin sebut excuse me plak ;p

10 Mac 2011

Adab Ketika Makan

cerita dan watak ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati