Memaparkan catatan dengan label bergurau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bergurau. Papar semua catatan

23 Jun 2011

Apa Lelaki Perlu Tahu Tentang Perempuan

Apa Lelaki Perlu Tahu Tentang Perempuan


  1. Pertama sekali perempuan ni kuat merajuk, jadi korang kena pandai jaga hati mereka. Jika dia asik merajuk je. korang cuba mengajuk-ngajuk kawan korang ataupun kambing yang lalu di depan korang sehingga dia tersenyum sinis. Kalau tak berkesan, korang nyanyikan lagu rajuk di depan dia sehingga dia terpegun dengan suara korg.

  2. Kemudian perempuan ni suka di puji. Contohnya Pak Seman selalu memuji anak perempuannya yang bernama Poah. Poah selalu dapat A+ dalam matematik. Sehingga sekarang Poah sudah menjadi guru matematik di baling kedah akibat dari galakan dan pujian ayah beliau. Pak Seman pula mendapat sijil kepujian kerana selalu memuji anaknya  belajar bersungguh-sungguh.

  3. Perempuan juga seorang yang pemaaf dan lembut hatinya. Contohnya, Jika korang tercurik pensel 2B Stacy di sekolah. Korang kena bagitahu kat Stacy kerana dia takkan marah kan korang. Dia akan maafkan kesilapan korang. Lama-lama korang pun bercinta... Eh takdelah ;p

  4. Lagi satu, perempuan ni suka kan kecantikan. Jika korang sudah beristeri korang barang-barang kecantikan untuk isteri korang seperti gincu, pemerah pipi, dedak, eh..bedak, baju lawa2, dan yang paling penting baju yang menutup aurat ;p

  5. Akhir sekali perempuan ni kuat bershopping, bila hujung bulan korang kena sediakan duit untuk shoppingan isteri korang. Pantang nampak barang menarik je mesti nak beli seperti skateboard, kayu hoki, baju fesyen terkini, pengetam rambut dan lain-lain lagi. Okla, asalkan dia tak shopping laki lain sudah ;p

22 Jun 2011

Tanda Kawan Tak Suka Tingkah Lakumu

Tanda Kawan Tak Suka Tingkah Lakumu 



  1. Buat hal sendiri -- Kawan korang hanya buat hal diorang sendiri tanpa mengajak korang. Contohnya dia nak pegi mandi swimming pool tanpa mengajak korang. Lantas korang pon hanya mandi air kolah sahaja..Langkah penyelesaian, korang kena jaga hati kawan korang seperti belanja air sirap di kedai makan Pak Lang.

  2. Mengumpat korang -- Korang mendapat tau yang kawan korang selalu mengumpat korang di belakang. Contohnya diorang mengatakan kamu suka membebel. Jadi langkah penyelesaian korang kena kua bersendirian dan membebel dengan si tompok, iaitu kucing jiran sebelah.

  3. Menjauhkan diri -- Kawan-kawan korang mula menjauhkan diri dengan korang. Langkah penyelesaian korang kena buat baik dengan member korang seperti melakukan acara gotong royong dengan kawan-kawan anda membersihkan tadika sekolah KEMAS.

  4. Tak ambil kisah -- Korang sudah tidak di ambil kisah oleh kawan-kawan korang. Kawan korang nak tegur korang pon dah malas akibat sikap buruk korang. Jadi langkah penyelesaiannya adalah korang kena buangkan sikap buruk seperti malas ke dalam tong sampah. tak pon korang beli buku kaunseling dan baca di dalam bilik. Jangan lupa tutup pintu, takot kantoi dengan member korang.

  5. Mencari sahabat baru -- Tanda yang terakhir kawan korang mula mencari sahabat baru sebagai pengganti korang. Jangan bersedih. Korang kene mula buku baru. Langkah penyelesaiannya ialah, korang bangun di awak pagi dan membeli roti canai untuk kawan korang. Dan jangan lupa juga beli teh tarik. Moga kawan kamu mula menyukai kamu.


// ingat jangan lupakan kawan-kawan ;)

20 Jun 2011

Tips Memberi Hadiah Untuk Si Dia

Tips Memberi Hadiah Untuk Si Dia 


  1. Pertama sekali, korang mesti ade duit untuk beli hadiah, kalau xde duit buat pinjaman bank.

  2. Belikan hadiah yang si dia suka seperti cincin, gelang, rantai. Jika tak mampu beli yang mahal, beli la yang murah pun. Kalau si dia lelaki, belikan barang2 yang mengimbas kembali kenangan bersama korang seperti gasing. Nanti si dia akan ingat yang dia penah main gasing dengan korang.

  3. Kemudian belikan hadiah semasa hari jadinya, jika korang lupa hari jadinya. Korang jangan tanya kat si dia. nanti si dia tau korang nak bagi hadiah. Xsuprisela..elok korang tanya makcik pak menakan dia. baru tak kantoi.

  4. Pastikan korang beri hadiah untuk si dia pada masa yang betul seperti di malam hari dikala bulan mengambang. Jangan bagi masa tengah hari semasa badannya berpeluh..nanti korg akan di cemuh..

  5. Seelokknya korang bungkus hadiah tu untuk membuatkan dia tertanya-tanya apakah dia. Jika kedai bungkusan tutup. Korang cariklah kertas berwarna adik korang. Kalau terdesak sangat. guna kertas surat khabar

  6. Korang juga kena kepilkan hadiah dengan sepucuk surat. Luahkan perasaan korang kat si dia. supaya dia mengerti apakah perasaan korang. Jangan lupa letak pantun. Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.
  7. Harap tips ini mengukuhkan lagi kesetiaan korang dengan si dia


Tips Menunggu Bas Lompat

Tips Menaiki Bas Lompat


1. Pastikan korang  tunggu bas di pondok bas bukan di pondok jaga.

2. Kalau naik bas lompat, Pastikan korang menahan kenderaan bertayar 4, jika korang degil nak 
    menahan kenderaan bertayar 3. maka kenderaan itu ialah beca

3. Selepas menaiki kenderaan. Kira tempat duduk kenderaan tersebut. Jika hanya ada 4 tempat duduk,
   kenderaan itu bukan lah bas, tapi teksi tunai

4. Apabila korang berjaya menahan bas, pastikan bas itu tidak  berwarna kuning kerana itu geng bas
   sekolah.

5. Semasa korang dah berjaya menaiki bas, pastikan korang dah sedia memakai deodarant. takut
   nanti korang kene berdiri dalam bas.

6. Bila korang xdapat tempat duduk. Sediakan seringgit dalam kocek. Jatuhkan seringgit tu kat tepi tempat
   duduk mangsa tanpa diketahui oleh mangsa. .Bila mangsa nak ambil seringititu. Korang cepat-cepat
   duduk kat tempat duduk mangsa. Lepas tu gelakkan mangsa kejadian.

7. Bila nak sampai ke destinasi korang. Tekan loceng dalam bas itu. Jika loceng rosak. Bunyikan handset
   anda dengan volume 5. Kalau korang xde anset. Bunyikan loceng menggunakan mulut korang sendiri
   macam ni Teeetttttt!!!!....

8. Sebelum turun bas. Pastikan korang menyebut " Hai " pada pemandu bas tersebut sebagai tanda terima
    kasih.

Tanda-Tanda Tak Pandai Memasak

Tanda-Tanda Tak Pandai Memasak 

Abu cemas bila kualinya terbakar

1. Korang selalu masak megi walaupun dapur korang ade oven, periuk nasik,
    mesin pengisar, lesung batu ataupun kuali mudah alih smatshop

2. Korang memotong bawang sambil pejam mata sehingga tak sedar yang anda potong adalah epal hijau
    yang anda beli kat pasar malam semalam, lantas korang xjadi masak. makan epal hijau je..

3. Semasa korang bercadang nak masak nasik goreng cina kat rumah. Korang pon beli
    bahan-bahan masakan. Sampai je rumah korang tak sedar yang korang sebenarnya tak de dapur gas.

4. Lepas tu korang tak tahu macamane nak goreng telur. Dan meminjam buku resepi 1001 rasa Mak Mah.

5. Bila korang dah kawin korang hanya mengupah orang gaji untuk memasak walaupun gaji anda
    cukup-cukup makan je.

6. Akhir sekali korang nak masak telur dadar beserta cili dan bawang sehingga mengambil masa 2 jam.

14 Jun 2011

Dikejar Lembu

Dikejar Lembu

Salam sejahtera, korang penah kena kejar ngan lembu? Pe perasaan korang masa kene kejar ngan lembu? takut? gembira? hahah. aku nak cite skit pengalaman aku kena kejar ngan lembu. Kisah ni dah lame dah. dalam 4 tahun lepas. tapi aku tetap ingat kisah aku kena kejor ngan lembu.

Pada suatu petang, aku dengan kawanku berhasrat untuk pergi memancing di sungai. Aku bawak moto sport 100. kawan aku duk belakang pegang gewang. Masuk2 je dalam ladang. Kelihatan seekor lembu bersendirian. Aku pun risau gak  tengok lembu ni len macam je.


Pas lintas je depan lembu. Dia terus kejor...aku pon pulas minyak moto ke tahap maximum. Naik gak la 100 km/j. kira-kira 100 meter dia kejor. aku pon terpaksa bentikan moto sebab jalan naik bukit. lalu mengajak kawan ku lari meredah sungai dan nyorok belakang pokok sawit. Sambil nyorok tu, aku ngan kawan aku gelakkan diri sendiri.hahaha. Masa tu banjir. air sungai naik. Lembu tu plak duk tunggu kat moto aku...Lembu naik minyak

Dalam 5 minit macam tu baru lembu tu blah...Aku ngan kawan aku pon blah dalam 15 minit kemudian...Sekian

7 Jun 2011

Pengalaman Mandi Air Kolah

Pengalaman Mandi Air Kolah 

Salam sejahtera, nak cerita skit pengalaman aku mandi air kolah. tajuk je gempak..haha. sebab aku nak cite dh 6 bulan aku tak mandi kolah. Tadi petang sampai kampung, lepas tu g mandi ngan air kolah...fuhhh, sejuk macam mandi kat air terjun yang tinggi 15000 kaki...memang cool abis, kalau dahaga minum air kolah memang lega tekak..

Ali asik dengan kesejukan air kolahnya...

Kolah aku pon dalam takat leher korang. menyelam memang best. tapi no swimming kat dalam kolah aku, pakai cebok atau gayung je..Lagi pon aku ade bela ikan buntal kat kolah aku...sekali dia ketip korang memang rasa macam kena ketip ngan stapler,

Eh, bergurau.. xdala, mana bleh ikan buntal hidup dalam kolah...hahha
thanks sudi membaca...nite ;D

5 Mei 2011

Cerita Pasal Guli

Cerita Pasal Guli

Hassan Juara Guli Peringkat Rumah Kuning di Kampung Timun

Salam, kepada pembaca. dan selamat sejahtera. Tengah2 wa duduk bosan2 belek laptop. Tiba-tiba datang satu idea . Wa nak cite pasal permainan tradisional. Dulu dh besa dh wa men guli. Time baru darjah 3 kot. Wa dh berkecimpung dalam sukan yang xberpeluh ni. Tapi berpeluh gak sbb time kecik panas ujan tak dikiranya. Asalkan dapat bergelar juara.

Permainan guli macam-macam jenis. Contohnya letak guli dalam bank. Taruh bape banyak guli. sape dapat kuarkan guli dari bank. Maka guli tu hak tuih..eh, guli tu hak dia. Pastu. Men tuju-tuju. Sapa yang kena tuju maka bergelar Looser. Ada lagi, buat lubang. Buat garisan yang jauh dengan lubang. Pastu baling segerombolan guli ke dalam lubang. Sape dapat masukkan paling banyak dialah bergelar juara.

Dulu punya citer, Guli pun leh wat bisnes. Ade yg jual 2 bijik seposen, 10 bijik seposen. Ada lagi, masa Sekolah Agama. Time rehat pon leh men guli. Sanggup xmakan.Panjang lagi cerita ni...tapi dipendekkan

Sekian,
Korang ade ke pengalaman men guli?

3 Mei 2011

Cerita Pasal Snooker

Cerita Pasal Snooker

by apisv2
Seman pemain snooker terkenal Kampung Lalang

Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca..Tadi tiba-tiba aku nak buat post pasal snooker...Lepas dah buat gambar kat atas, tak da idea lak nak tulis pasal per. Apa-apa pun pada masa sekarang memang ramai remaja-remaja seronok bermain snooker. Bagus jugak hangout men snooker dari hangout merempit kat jalan raya;p

Macamane men snooker? snooker tak silap aku ade 13 bijik bola merah, 6 bijik bola kaler dan sebijik bola cue ball wane putih..Mula2 masukkan bola merah, kemudian bola kaler...sampai abis..bilangan mata untuk keseluruhan maximum adalah 147 mata.

Sape kalah bayar ! itulah command biasa kepada pemain snooker. Kadang-kadang ade gak yang men lucky ball. Macam judi jugak. Malas aku nak cerita..haha
Men snooker pon janganla dari malam sampai ke pagi ;p

Sekian,

30 April 2011

Cerita Pasal Kalkulator

Cerita Pasal Kalkulator

jangan sampai terlupa lagi bawak kalkulator

Pada suatu hari Abu ada peperiksaan Statistik, Abu seorang yang rajin belajar. Malam  tu seharian dia belajar bersama-sama kalkulator beliau. Kalkulator Abu banyak berkhidmat kepada Abu untuk mengira. Abu ingin berjaya menjawab soalan Statistik pada esok hari....

Malam tu Abu hanya tido 2 jam, Abu tak boleh tido membayangkan soalan-soalan statistik yang mengerikan...Abu hanya mampu berserah. Keesokkan harinya Abu pergi awal ke tempat peperiksaan menaiki kereta Sport Car. Sampai di tempat peperiksaan, Abu tarik nafas dan meredakan dirinya sendiri....Abu antara pelajar yang duduk depan sekali....

Abu check barang2 untuk menjawab peperiksaan.Slip peperiksaan Abu bawak, siap tinted lagi....Kelongsong pen, pensil, pembaris sudah disediakan. Tiba-tiba Abu terlupa membawa kalkulator. Dia teringat yang kalkulatornya masih lena berada di atas katil..Arggghhh, Abu mula resah...Aku lupa !...8x jerit beliau di dalam hati. Macammane ni? takkan nak kira pakai tangan, kalkulator hanset xbleh pakai...Arghhh...

Pengawas peperiksaan bertanya kepada Abu. Mana Kalkulator? Abu menjawab tak bawak...Abu sudah membayangkan yang dia akan gagal...Tapi tak semena-mena Ali mencuit Abu lantas menghulurkan Kalkulator, sebab Ali bawak 2 kalkulator. Ahhhh, Abu menhembuskan nafas lega...dan tersenyum sinis..
Abu  mngucapkan terima kasih kepada Ali..Begitulah cerita hendaknya.

Moral: Sebenarnya aku yang memegang watak Abu dan Amir memegang  watak Ali...Nasib baik Amir bawak 2 kalkulator....kalau tak tak tau ape nak jadi. Diingatkan supaya kawan-kawan lain jangan lupa bawak kalkulator...Semoga peperiksaan statistik kita kelmarin mudah dan berjaya kita menjawab. Harap-harap begitulah..Amin~

8 April 2011

3 Tips Cari Pasangan

1. Pertama sekali anda mesti seorang yang pandai beramah mesra dan bersopan santun serta lulus dalam mata pelajaran bahasa malaysia. Biasakan diri anda bergaul dengan jiran-jiran anda anta lauk serta berbual kosong. Dan pastikan jiran anda itu ada anak cantik;p..Sebelum tidur anda mesti fikirkan macamane nak tambat hati gadis kesukaan anda. Seperti bagi hadiah bear, cincin, sarung tangan dan pesil 2b. Malahan juga anda boleh tegur sapa dengan gadis itu. jangan malu. kuatkan hati anda. mulakan langkah pertama anda. kalau dia kena pinang dengan orang lain anda yang melepas.

2. Tips yang kedua, anda mestilah seorang yang bekerja kuat , tekun dan bijaksana. Cari kerja yang boleh menampung tayar. eh menampung perbelanjaan anda masa kawin nanti. Jika anda tiada kerja boleh buat kerja sambilan seperti jual aiskrim, karpet, tikar mengkuang dan jual buah mengkudu. Nanti bila dah  cukup duit anda boleh hantar meminang. Dan boleh buat kenduri sbagai tanda kesyukuran;)

3. Tips yang terakhir, anda mestilah seorang yang ikhlas dan jujur dalam apa jua keadaan. tanamkan sikap toleransi dan jati diri. Nanti mesti gadis itu terpikat dengan sikap anda itu. tapi amik masa sikit la. kalau gadis itu kerja setempat dengan anda lagi cantik. time rehat anda boleh belanja dia air sirap ke, mee bandung ke, xpun goreng pisang. Lama kelamaan mesti hati gadis ini semakin melekat kat anda. bila anda dah nak kawin jangan lupa anta kad jemputan kawin kat saya. sebab saya nak men kompang..sekian ;)




5 April 2011

3 Tips Hilangkan Rasa Cemburu

1. Jika anda hendak ke pasar borong nak membeli bayam, pastu anda pun terus pergi ke pasar menaiki basikal BMX jiran anda. Selepas anda membeli bayam, anda pun mengayuh basikal perlahan-lahan. Tiba-tiba anda ternampak Awek anda tengah dating dengan ketua kampung. Anda jangan panik dan cemburu melihat mereka berdua. Apa yang anda kena lakukan ialah : anda tinggal basikal anda. Kemudian dan lari secara terburu-buru ke rumah anda. Bila dah sampai rumah anda akan berasa lega dan boleh masak sup bayam dengan hati yang tersenyum..

2. Tips yang kedua. apabila anda baru pulang dari keje. anda keletihan dan rasa hendak tidur. Xpe2
.Balik nanti anda mesti tidur awal. Jangan tertekan dengan kerja yg berlambak anda. Amik masa 5 minit untuk joget lambak bagi mengurangkan tekanan anda. Kalau anda perasan Awek anda dating dengan orang lain, jangan ikutkan emosi.Anda pergi memburu kancil, rusa, musang dan arnab. Lagipun bila meburu dapat hasil. Kalau cemburu dapat ape?

3. Akhir sekali; jika anda rasa anda xhensem, xpe2. jangan risau sangat. banyakkan pakai losyen dan makan jamu. Pastu jika anda asik rasa cemburu je melihat Awek anda dengan lelaki lain, jangan kisah sangat. sebab anda akan rasa hidup anda tak tenteram jika ada perasaan sedemikian. Adalah lebih baik anda melihat burudu berenang di permukaan air sehingga menjadi katak pisang..Sekian.

Cerita Pasal Mustakim (Episod 3)

Pada hari khamis, Mustakim kena pergi bekerja memotong rumput kerana Guru Besar sekolah nya nak ada kan pertandingan lari dalam guni baja. Semua pelajar-pelajar Tadika Bernas tak melepaskan peluang ini untuk menyertai pertandingan ini. Selain itu, Guru Besar turut menyediakan hadiah-hadiah untuk para peserta. Tempat pertama mendapat tapawe, tempat kedua mendapat bekas air, dan tempat ketiga mendapat mesin basuh. Mustakim bangun pagi2 pukul 6 untuk pergi memotong rumput. Setelah bangun Mustakim pergi bersiap dan berjalan ke sekolah Tadika tersebut.

Setengah jam kemudian Mustakim tiba di padang sekolah. Si kambingnya Habibah pula menumpang Pak Mail menaiki Yamaha Cup. Mustakim pon memulakan kerja memotong rumput, manakala Habibah memotong rumput menggunakan sabit sahaja. Perut mereka kelaparan. Tiba-tiba kambing Mustakim, Habibah mempelawa Mustakim memakan Biskut Tiger dan air Milo. Mereka pun kembali bertenaga dan memulakan kerja lagi.

Mustakim pun kepenatan. Dan menyuruh Habibah pula mesin rumput..Maka datangla seorang cikgu yang lawa menegur Mustakim. "Hai sibuk bekerja nampak?"
Mustakim pon malu kerana dia hanya pakai baju Pagoda dan seluar Yankee je..Cikgu tu bagi Mustakim karipap dengan cekodok sebagai tanda perkenalan..Mustakim berdebar-debar apabila melihat Cikgu Rubiah itu. Adakah Mustakim jatuh hati dengan Cikgu Rubiah?  [bersambung....]

30 Mac 2011

Cerita Pasal Mustakim (Episod 2)

Cerita Pasal Mustakim (Episod 1)

Pada hari sabtu, Mustakim cuti sebab sekolah tadika pun cuti. Mustakim xtau nak buat apa. Pada pagi itu, dia pon pegila melepaskan kambing nya dalam sangkar. Mustakim terasa lapar dan ingin pergi bersarapan. Selepas mandi kat telaga Pak Seman. Mustakim pon merancang nak beli sarapan. Mustakim pon pergi ke kedai Mak Lang menaiki kambing beliau. Selepas perjalanan 3 kilometer kambing Mustakim bernama Habibah kepenatan membawa Mustakim. Kebetulan mereka ade depan 7e. Habibah suh Mustakim beli RedBull.

Pas Habibah minum RedBull barula mereka meneruskan perjalanan. Tiba-tiba mereka selisih dengan Pak Seman  yang menaiki helikopter kat tol seremban. Pak Seman bersama Makcik Robeah. Mereka cakap nak pergi mandi air terjun. Mustakim nak tumpang Pak Seman pergi kedai Mak Lang. Tapi Pak Seman wat tak tau je sebab Mustakim xbayar lagi sewa  rumah. Sebelum beredar, Pak Seman bagi cucur nangka dengan sebiji rambutan pada Mustakim akibat keprihatinan Pak Seman.

Pada Kilometer ke 9, Habibah mula penat kembali. Akhirnya Mustakim terpaksa mendukung Habibah plak.
Lagi 1 kilometer mereka nak sampai ke Kedai Mak Lang. Habibah tertidur akibat kepenatan. Sampai je Mustakim kat kedai Mak Lang, dia terus membeli nasik lemak sebungkus..dan mentekedarah. Habibah plak hanya minum air kosong je. Disebabkan Mak Lang kesian dengan Habibah. Mak Lang pon bagi sambal nasik lemak lebih kat Habibah. ..pas makan mereka pon pulang...bersambung>>



Cerita Pasal Mustakim (Episod 1)

Cerita Pasal Mustakim (Episod 1)

Cerita Pasal Mustakim (Episod 1)

Salam. Mustakim berumur 35 tahun. Sekarang dia bekerja sebagai pemotong rumput di sekolah tadika bernas. dan menginap di rumah sewa Pak Seman. Mustakim seorang yang kuat berusaha dan bekerja kerana mangidamkan untuk membeli kereta kancil. Hidup Mustakim sebatang kara sahaja. sehari gajinya xmenentu. kadang-kadang sehari dapat seringgit setengah je.Ngam2 nak beli nasik lemak kedai Mak Lang.

Mustakim masih lagi tidak berkahwin kerana kekasih nya dulu di rampas oleh Pak Seman. Sebab Pak Seman orang kaya. ada helikopter. Mustakim cuma ada mesin rumput. xbleh terbang macam helikopter. Mustakim sedih dengan nasib beliau. Penah sekali Mustakim nak pinjam duit kat GuruBesar sekolah tadika bernas untuk beli kereta. Tapi GuruBesar hanya bagi 80sen sahaja kat Mustakim.

Mustakim ada bela seekor kambing bernama Habibah yang di letakkan dalam sangkar. tapi kambing tu tak beranak pun sebab ade sekor je. Kadang-kadang, Habibah yang tolong Mustakim mesin rumput di padang sekolah tadika bernas....bersambung>>

29 Mac 2011

Cerita Pasal Nombor (Episod 3)

Cerita Pasal Nombor (Episod 3)

Pagi itu, Pak Seman baru bangun dari tidur. Dan sembahyang subuh. Pastu Pak Seman kedapur dan terbau masakan yang sungguh sedap sekali. Pak Seman melihat mee goreng mamak dengan teh tarik berada di atas meja. Tiba-tiba Mak Cik Robeah keluar dari bilik air. Pak Seman terkejut. Lantas Makcik Robeah berkata:
" Sori eh, pinjam bilik air jap" Makcik Robeah pon beredar dari dapur dan mengambil balik mee goreng dan teh tariknya diletakkan atas meja td. Pak Seman kecewa..

Pak Seman mengejut Yusuf tok suh belikan nasik lemak Pak Mat kat kampung seberang. Tapi Yusuf sukar untuk bangun pagi. Pak Seman pon mintak tolong Jalak kejutkan...Jalak pon pergi mengejut Yusuf. Selang beberapa minit Yusuf pon bangun akibat Jalak berkokok di tepi telinganya. Jalak pon mintak secupak beras untuk breakfast kat Pak Seman.

Yusuf pon pergi ke kampung seberang menaiki kasut roda..Yusuf penah memenangi acara balapan di kampung itu. dan mendapat kasut roda emas...Selang sejam, Yusuf masih xsampai rumah. Pak Seman dah Lapar...Pak Seman pon g kampung seberang menaiki rakit. Kemudian dia terdengar Yusuf sebut2 nombor dengan Pak Mat. 
"ni mesti main nombor ni" bisik Pak Seman.
Pak Seman pon terjun tiruk kat parit dan tergesa-gesa ke arah Yusuf akibat kemarahan beliau.
Rupa-rupanya Yusuf lalai bermain Saidina dengan Pak Mat..
Pak Mat pon memberi tuala kepada Pak seman kerana kagum melihat Pak Seman terjun tiruk....




27 Mac 2011

Cerita Pasal Nombor (Episod 2)

Cerita Pasal Nombor (Episod 2)

Pada suatu hari Pak Seman letih setelah menampi padi di pinggiran. Selepas itu, Pak Seman pon tidur di pamkin depan rumah. Kemudian datanglah Makcik Robeah memberi lauk gulai kepada Pak Seman. Apalagi Pak Seman mentekedarah dulu bersama-sama kucing beliau. Pastu Pak Seman tidur.

Pak Seman bangun pada pukul 3 petang setelah dikejutkan oleh kucing beliau. Lantas kucing beliau bernama Meon buat air sirap ais dan goreng pisang untuk Pak Seman. Meon banyak berjasa kepada Pak Seman setelah kematian isterinya. Anak Pak Seman bernama Yusuf tu asik berjalan je.

Pastu Pak Seman pergi mencari Yusuf untuk suh beli gula pasir dengan menaiki helikopter peninggalan arwah isterinya. Kemudian Pak Seman singgah di kedai minum Mak Lang dan bertanya nampak Yusuf dak? Mak Lang pon cakap dia ada kat belakang. Pak Seman pon pergi ke belakang kedai dan berkata "Eh ni bukan anak aku"...
Mak Lang pun menjawab. "La ingatkan ko cari Yusuf Tayub anak Pak Deraman tu,"

Pak Seman pon tensen. Last2 dia ternampak Yusuf di sudut kedai. Dia terdengar Yusuf cakap 4 nombor.
Pak Seman pon lari ambik lajak untuk tendang Yusuf. Pastu terkena PakMat; iaitu cikgu matematik sementara di kampung tu. Rupanya Pak Seman salah sangka sahaja. Yusuf hanya belajar matematik dengan Pak Mat.
Sebelum balik. Pak Mat memberi sekehan di kepala Pak Seman; akhirnya pulang lah dua beranak tu ke rumah...

Cerita Pasal Nombor (Episod 1)

25 Mac 2011

Cerita Pasal Nombor (Episod 1)

Cerita Pasal Nombor (Episod 1)

Pada satu hari, ketua kampung bernama Pak Seman sedang bersiar-siar menaiki basikal cucunya di halaman rumah. Lama kelamaan Pak Seman bosan; dia terus main jengkek2 dengan Makcik Robeah. Akhirnya Pak Seman kalah. Pak Seman pon blah dari tempat kejadian. Dia pergi kedai runcit Ah Teng membeli kuaci. Sambil dia berjalan dia mengunyah kuaci itu.

Tiba-tiba lembu Pak Meon mintak sikit kuaci kat Pak Seman; tapi Pak Seman tak endahkan. Lembu tu pon berlari2 anak sambil memegang sapu tangan mengelap airmatanya...Pak Seman menerus kan perjalanan nya sehingga ke kedai minum Mak Lang. Dia melihat jirannya yang sedang membaca surat khabar lantas berkata. "YES aku kena first prize: RM 3000. Bleh beli mesin air tebu". Pak Seman pon menasihati jirannya supaya jangan main nombor ekor. Jirannya terus insaf dan bertaubat.

Pastu Pak Seman ternampak anaknya bernama Yusuf. Dia mendengar anaknya bercerita pasal nombor. Apalagi.Pak Seman pon naik angin. Dan terus lompat jauh melintasi divider jalan. Malang nya Pak Seman jatuh kejap. berdarah kat siku. Pak Seman menyerang anaknya.

Last2, anaknya cerita pasal no angka giliran bank sahaja. Pak Seman malu. Disebabkan penjaga bank Pak Mat kesian ngan Pak Seman. Pakmat pon bagi Pak Seman RM 20 sen untuk beli air pop hilangkan dahaga.



21 Mac 2011

Melatah

jangan selalu terjah member seperti di atas

19 Mac 2011

Acara Rejam Lembing

cerita dan watak ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati