Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan

3 Mac 2012

Baru Je Letak Dah Hilang!!

Baru Je Letak Dah Hilang!! 



Salam, harap pembaca sekalian sihat selalu. Kalau tak sihat jangan lupa makan ubat. Apa kes Baru Je Letak Dah Hilang!!? Mesti korang penah mengalami situasi sebegini. Jam dah menunjukkan waktu lunch time dah abis. Kena masuk kerja balik. Time nak amik balik aksesori korang seperti jam, anting-anting, cincin, kunci motor, kunci kerta, dompet, beg tangan, handset, mahupun seangkatan dengannya. Tiba-tiba aksesori korang tidak dijumpai akibat lupa di mana korang letak barang tersebut. 







Alamak, macamane ni. Dah lewat nak masuk kerja/sekolah. Rilex-rilex, tenang-tenang, ingatkan balik. Dalam 5-30 minit kemudian barula jumpa barang tersebut. Kadang korang biar je dulu barang tersebut. Tu pun kalau barang tak penting atau tidak menjejaskan profession engkorang sebagai pekerja. Jadi macam tulah ceritanya pada hari ni. Elok letak barang atas meja yang biasa korang letak atau sangkut kunci kat tempat penyankut kunci belakang pintu. hehe..Sekian, Wassalam...;)

2 Mac 2012

Bang Makan Bang!!

Bang Makan Bang!! 



Salam sejahtera kepada semua pembaca. Semoga tak demam, selesema, dan pening kepala. Tajuk hari ini untuk menyampaikan wish Selamat Makan Tengah Hari untuk korang semua. Apa menu makan tengah hari korang hari ni? Best? Mak masak ke atau makan kat kedai saja?



 





Penah tak korang makan kat kedai makan yang amik lauk biasa je. Tapi harga dia superb? hehe. Oklah, selamat makan tengah hari sekali lagi, Wish hari ini korang boleh buat lagi baik dari semalam yang hangat.

1 Mac 2012

Strategi Teng-Teng

Strategi Teng-Teng


Salam, apa khabar kepada semua pembaca. Salah satu permainan yang semakin luput telan dek zaman. Permainan sebegini diberi nama teng-teng ataupun jengkek-jengkek. Permainan yang mengisi masa kanak-kanak dengan aktiviti yang tidak membosankan. Dulu kanak2 lelaki atau perempuan selalu bermainan aktiviti ala-ala kampung ni di halaman rumah. Korang penah main ker? ;p



Tak kisah la atas tanah pun. Mula-mula buat garisan petak-petak sebanyak mana yang mereka suka, 6 atau 9 petak. Para pemain lebih kurang 3 atau 4 orang. Kemudian memulakan permainan dengan la la tamplong atau pun one two som. Sapa menang dia start dulu. Baling duit atau apa2 yang boleh di pijak ke kotak teng-teng. Kemudian melompat-lompatlah kanak2 tu mengikut step yang di tetapkan sehingga kembali ke tempat permulaan. Sapa yang tak dapat pijak benda yang di baling dikira batal dan giliran pemain seterusnya. Mengajar kanak-kanak mengaturkan strategi sejak dari kecil :)..




Tapi sekarang mungkin sukar melihat kanak-kanak terlompat-lompat bermain teng-teng di halaman rumah. Mungkin sebab kemajuan dan minat yang lain salah diterapkan kepada kanak-kanak. Apa-apa pun bila terkenang zaman kanak-kanak dulu, memang rasa nak ambil kembali feeling bermain teng-teng dengan kawan-kawan atau jiran sebelah. Sememangnya permainan sebegini kurang menimbulkan pertengkaran antara pemain. Sekian, Wassalam ;)

29 Februari 2012

Aku Si Pemandi Sungai

Aku Si Pemandi Sungai 



Salam, semoga pembaca sihat sentosa. Sapa yang tak penah mandi sungai? Sungai yang jernih dan sejuk membuatkan korang tak leh tahan tangok. Mesti kena terjun jugak. Menikmati kesegaran air sungai yang terasa harmoni bila menyelam dalam sungai. Asal mandi sungai je mesti ada aktiviti sampingan seperti berenang, lipat belakang atau depan,lumba berenang, men BOOM kat kawan2, men menyelam sapa paling lama dll. Sapa yang dah expert aktiviti sampingan di atas sudah dikira champion dalam kampung acara mandi sungai.. 




Lepas mandi sungai naik ke darat jap, pekena roti sandwich, burger, kentang atau makanan yang lain. Sebab mandi sungai atau berenang merupakan salah satu Sunnah Nabi. Menyihatkan badan. Kepada yang tak reti berenang tu boleh belajar slow. Duk tempat singkat dan berenang secara mengayuh kaki dan tangan agar badan terapung dan boleh dikawal. Jangan panik masa masuk kat air dalam. Cuba cabai tahap keseimbangan badan. Kalau takut masuk dlm air yang dalam, maka janganla duk gatal2 terjah, takut lemas. Sekian, isi masa anda dengan berenang, mandi sungai, ataupun sukan2 yang lain. Wassalam ;) 

28 Februari 2012

Main Pondok-Pondok

Main Pondok-Pondok 



Salam sejahtera, saje mengimbas kembali kenangan silam bermain pondok-pondok masa kecik-kecik dulu. Aktiviti petang hari, kadang2 tengah ari pon boleh jadi. Nak kata men pondok2 mesti ada sorang jadi mak, sorang jadi ayah.yang lain jadi anak2. hehe. Tak kira la laki pon boleh jadi mak. Pastu amik bunga2 wat hiasan pondok2, ada yang lebih buat bahan masakan. Bila nak makan tu, makan olok-olok je. jangan di telan lak bunga kertas tu. 




Selain dapat memupuk silaturrahim antara jiran sebelah, men pondok2 juga dapat memberi gambaran zaman perkahwinan kelak. haha. Apa yang penting, tiap2 korang mesti ada pengalaman pondok2 tersendiri. Jangan sampai gaduh2 lak berebutkan nak jadi mak atau ayah(abang besar). Ada pengalaman boleh sertakan kat komen dibawah untuk rujukan ;p. Sekian, wassalam :) 

 


Berperang Dengan Pistol Terung Pipit

Berperang Dengan Pistol Terung Pipit 



Salam, semoga kalian sihat sokmo. Berperang Dengan Pistol Terung Pipit? Ini adalah topik untuk mengimbau kembali zaman kanak2 dahulu. hehe, tak sure la korang pun ada pengalaman sebegini. Dalam usia darjah 4,5,6,sudah berpengalaman membuat dan berperang dengan pistol terung pipit. Lokasi permainan di kawasan semak depan rumah En. Saaban. Walaupun semak, misi bermain pistol terung pipit dengan kawan2 tetap berjalan dengan lancar. Pada asalnya tak tau pun sapa yang mula2 buat pistol sebegini. Tapi bila sorang dah buat, kawan2 yang lain tetap mengikutinya. Sebagai sukan di petang hari, meskipun sanggup memonteng sekolah agama. 




Berbekalkan dengan pistol terung pipit setiap seorang. Kami masuk ke dalam kubu(semak) dan menyorok di tempat2 yang tidak diketahui musuh. Apabila musuh berjaya menjejak lokasi nyorokkan kami, maka kami akan tewas ditembak. Masa permainan dalam 2jam. Setelah masa permainan dah tamat, kami akan menjerit kuat2 bagi signal supaya musuh(kawan2 yg lain) tidak menembak kami dengan rambangnya





Jadi, begitulah cara permainan tradisional yang boleh dijadikan sukan agar golongan kanak2 muda tidak terjebak sama sekali dengan gejala yang tak elok. Di samping dapat mengisi masa lapang dari tengok tv cite atromen kat rumah atau hanya sekadar t.i.d.u.r.
Sekian, wassalam ;)

27 Februari 2012

Tragedi Sabun

Tragedi Sabun 




Salam sejahtera, tajuk hari ini tragedi sabun. Acik pasti korang pon penah mengalami tragedi sebegini. Yang mana time korang mandi dan menggosok sabun di badan anda. Lalu sabun itu tergelincir dari tangan anda. Lantas sabun yang korang baru beli itu termasuk dalam lorong air. Berputih mata anda apabila melihat keadaan sebegini berlaku, malahan pulak baru 2, 3 kali gosok sabun kat badan.

Terpaksala korang mengakhiri time mandi korang akibat ketidakselesaan ketiadaan sabun. Badan pon masih dalam keadaan melekit. Pada yang ada sabun lebih atau guna gel sabun itu mujurla. Kalau xda. maka terpaksala. walaupun badan masih melekit ;p. Sekian, wassalam 

22 Februari 2012

Best Ke Program Realiti TV?

Best Ke Program Realiti TV? 


Salam sejahtera, slm satu Malaysia ;p. Tajuk petang ni mengenai program realiti tv. Kalau nak tanya kat korang, mesti penah tengok program realiti tv samada minat atau tak je. Contoh program realiti tv seperti AF, Mentor, Idola Kecil, Malaysian Idol, dan yang berkaitan. Bak kata orang, tempat cari populariti dengan pantas dan berkesan << nyanyi. Kalau ada bakat la. Kalau tak da bakat, elokla menyanyi dalam bilik air sahaja, ataupun sempena Hari Guru, Makan malam bersama staf-staf office, atau pun pertandingan karaoke kawasan daerah kampung.  


Apa kesan program realiti tv ni kepada masyarakat? Adakah banyak yang baik atau banyak yang buruk? Adakah Pak Jamhari sanggup membeli channel Astro semata-mata untuk menengok program realiti sebegini? Adakah Kak Limah sanggup stay dari pukul 7-9 mlm di kaca tv untuk melayan program sebegini? Jadi begitulah, banyak persoalan yang belum terjawab. Eloklah tajuk debat kawasan sekolah bertajuk sebegini demi mencapai kewarasan dan ke arah pemikiran anak muda yang semakin positif.  

 


Fast Food Pilihan Korang?

Fast Food Pilihan Korang? 


Salam sejahtera, semoga engkorang sihat hendak-Nya. Kali ini topik kita adalah Fast Food Pilihan Korang?. Macam biasala, kalau jumpa kawan2 yang kaki fastfood atau dating dengan awek. Mesti nak makan fastfood punyer. Lebih-lebih lagi kalau member belanja engkorang. Perkena ayam goreng spicy, kentang rangup, piza hot, sup cendawan, burger king, kentang lenyek, nasik ayam, dan macam2 lagi pilihan makanan fastfood idaman korang. Dah kena sekali mesti nak lagi. Walaupun budget makan korang cukup-cukup makan je.

Antara sebab len yang korang nak g fastfood adalah untuk menggunakan WIFI melayari Facebook, MySpace, Google Search, settlekan assigment, ataupun YM semata-mata. Kendian, kalau bawak satu family pun best gak makan fastfood sekali sekala. Sekali order pizza saiz XXL, ayam goreng satu bucket. Memang best selain dapat merapatkan silaturrahim antara family. Tapi hati-hati masa bawak dulang makanan fastfood, jangan terjatuh sudah ;p.  




Akhir sekali, bawak bersabar semasa menunggu turn anda mengorder fastfood. Jangan tengking2 kat pekerja fastfood supaya korang, pekerja fastfood dan orang lain menikmati makanan fastfood dengan jayanya. Sekian, Wassalam ;)

21 Februari 2012

Kenapa Member Selalu Pinjam Motor?

Kenapa Member Selalu Pinjam Motor?


Salam sejahtera , semoga pembaca setia blog sihat sejahtera ;)
Penah dak korang mengalami situasi dimana member serumah korang hendak meminjam moto anda? Kalau penah, apa alasan member korang untuk merider moto korang? Sebab nak bawak awek ker? sebab nak g tapau nasik lemak kedai mak temah ke? sebab nak menjimatkan minyak moto diorang ke? Eceh macam2 lagi la sebabnya.  



Macam biasala, kalau pinjam moto member mesti kena isi kan minyak moto sampai full, atau menjaga moto diorang agar lecak tak melekat kat rim moto. Tak salah tolong member bagi pinjam moto. Dapat pahala. Ada la satu kisah ni, member acik pinjam moto member. Perkara ni berlaku pada waktu malam yang hening dan dingin. Sebab nak jumpa member dia. Tiba-tiba berlaku perkara yang tidak di ingini iaitu member acik terjatuh dalam gaung lubang sampah kerana tak nampak. Nasib baikkla dia tak cedera parah, senget skit tulang bahu. Moto pon patah tengkuk. Jadi sebagai peminjam, maka kena la ganti rugi atas kerosakkan motosikal itu. Apa-apa pun berhati-hatila semasa membawa moto, kereta, lori, bas, ataupun beca. 



Ada lagi, kalau nak g rider ke mane2 tempat. jangan lupa tengok minyak moto kalau meter moto rosak, Kalau bawak pembonceng jangan duk tarik pickup sangat, takut pembonceng tertinggal kat belakang. Tayar kalau kempis kena pam. Tak pasal2 pancit tengah jalan nanti. Brek moto pon kena pastikan berkesan. Jangan guna brek kaki (seret selipar kat tayar). Sekian wassalam ;D

20 Februari 2012

Berapa Mas Kawinnya?

Berapa Mas Kawinnya? 




Salam, semakin lama semakin tinggi mas kawinnya.. hehe. Apa macam? ramai bujangan yg semakin hari semakin lama nak ke jinjang pelamin. Nak bezakan dengan dulu dah tentu murah je mas kawinnya. Tanya mak ayah la.

Mas kawin anak awk berapa?
RM 10,000 la
Anak Awak?
Lagi mahal RM 15,000

Tak pasal2 pas kawin tiap2 hari makan tauge je ;p
Apa-apa pun bila dah kawin, InsyaAllah rezeki semakin bertambah. Semoga pembaca yang baca entri ni dan nak kawin kekal sehingga ke akhir hayat. Aminn~~

 

19 Februari 2012

Port Biasa Merokok?

Port Biasa Merokok?


Seperti biasa, merokok merbahayakan kesihatan. Kadang2 perokok ni pun tak tau mane tmpt yang boleh isap rokok dan tmpt yang xboleh isap rokok. Adela nak dijadikan cerita tengah2 syok men snooker dengan tangan memang sebatang rokok yang masih menyala << bukan acik. Datang la 3 saudagar membawa beg dan notes kecik kat tangan. Member acik dipanggil dan di saman kerana merokok di tempat yang sudah ada logo larangan merokok. Saman sebanyak RM200 ringgit. Tak silap acik dalam 3 org member acik yang kena saman.



Cerita kedua, mcm biasa petang je acik g memancing utk mengisi masa lapang dari tdo je kt umah ;p. Sebelum sampai kat lokasi memancing mesti jumpa satu traffic light. Oh mann, lampu merah. maka acik pon berenti kan la moto. Kebetulan ada saudagar yg baru balik dari kerja kot. Dengan kasut hitam dan seluar agak season. Di menyelup poket beliau. Lalu mengeluarkan rokok dan cucuh rokok itu sementara menunggu turn untuk di beri jalan oleh traffic light. Balik je mancing. Lampu traffic light td merah jugak. Kadang2 je nasib bek dapat la lampu ijau. Seorang lagi saudagar menyusul keluar di depan acik. Macam biasa sementara menunggu turn. "Bek aku isap rokok dulu".



Lagi satu port killer untuk perokok tegar iaitu tandas. Asal nak buang air besa je mesti kena dengan roko sebatang. "Kalau wa tak kena rokok sebatang, tak lawas ooo". Itu lah antara adegan perokok zaman sekarang ;p. Ada port len korang nak citer ?;p 

18 Februari 2012

Kenangan Zaman Sekolah Tadika

Kenangan Zaman Sekolah Tadika 





Salam, asik terkenang je zaman sekolah tadika dulu. Bangun pagi kena pegi sekolah tadika kat sebelah masjid. Mula2 dulu time nak masuk tadika mesti keriau@menangis. haha. Belajaq mengira la. Belajar membaca dan lain2 lagi. Cikgu yang duk asik mengajar ialah Cikgu Som, Cikgu Ramlah dan tak ingat dah ;p. Time rehat je mesti kalau tak makan roti kosong cicah ngan air teh atau bubur kacang

 

Lepas makan g la men playground kat depan tadika tu. Skang pon masih wujud lagi taman permainan tu. Men buaian, papan gelongsor, jongkang-jongket ;D. Pas tu masuk kelas balik. Blajar hu ha hu ha, kemudian balik...Yeahhh. Balik kadang abah amik. Kadang jalann kaki secara beramai-ramai. Lagipun sekolah tadika dengan rumah bukan jauh mana. Tapi dulu kawasan belakang tadika tu banyak anjing liar. Seriau gak balik jalan kaki. Skang dah tak da lagi kot. Korang lak masih teringat zaman tadika korang ;p? hehe

6 Januari 2012

Bila Melatah Sebut Apa?

Bila Melatah Sebut Apa?



Salam, dan selamat sejahtera..sapa kata orang muda tak melatah? ada jugak golongan muda yang suka melatah apabila di cucuk pinggang, di jerkah atau di geletek..Antara sebab golongan muda melatah kerna selalu bergaul dengan orang lama yg kuat melatah..haha..apa2 pun acik nak tanya skit..bila korang metah korang sebut apa selain opocot?? hehe..share2 la ;p

 


Mandi Sungai

Mandi Sungai

Salam, lama dah tak dapat menikmati keindahan sungai dengan air yang jernih. boleh menyelam pakai google, boleh men terjun lipat2, boleh ngilat sebarau, kelah , boleh santai2 makan kopok leko...huih..tapi skang susah nak carik kawasan sungai macam tu. ada tu ada. tapi kat hutan simpan sana. kena ada permit baru leh masuk...hahaha 



mandi sungai




26 Oktober 2011

Game Yang Selalu Korang Main

Game Yang Selalu Korang Main 


 

Salam, jom kongsi-kongsi game kegemaran korang. games yang selalu korang main 
dan menyebabkan korang gian nak main ;p. 

11 Oktober 2011

Jangan Tidur Dalam ..

Jangan Tidur Dalam ..  


 


Salam, ok. tajuk kita hari ni ialah jangan tidur samada masa dalam kelas, masa dengar ceramah, masa hadir ke majlis-majlis ilmu dan masa memandu..:) 
Ke korang penah melakukan sedemikian? 


9 Oktober 2011

Sekuat Mana Hati Korang?

Sekuat Mana Hati Korang?  



 

Salam, acik nak tanya korangla. Macamane korang kuatkan hati korang sekiranya korg tengah kecewa, sedih atau lain-lain? Korang rasa hati korang sudah cukup kuat dak? 

8 Oktober 2011

Muka Hairan Korang

Muka Hairan Korang 

  

Salam, korang dapat bayangkan dak muka hairan korang macamane?
korang rasa cute dak muka hairan korang? hehe ;p. 


7 Oktober 2011

Kompang Memeriahkan Lagi Majlis Perkahwinan

Kompang Memeriahkan Lagi Majlis Perkahwinan 

 


Salam, meriahnya kenduri kawin kalau di alunkan dengan pukulan kompang. Mesti dengupan jantung raja sehari lagi "dup dap dup dap". Biasanya kumpulan kompang mengiringi dengan selawat ke atas Nabi. 
Kena lak kumpulan kompang sampai 30 orang. fuh mesti meriah.ada gak yang hanya guna audio kompang je. kurang best. ...korang lak bila nak kawin? bape ramai orang main kompang korang nak jemput? hehe ;p.