Memaparkan catatan dengan label kaki pancing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kaki pancing. Papar semua catatan

18 Julai 2011

Keli Pun Pandai Sambar Katak

Keli Pun Pandai Sambar Katak 


ngilat punya ngilat terasa maca pancing di tarik dan keluar buih di permukaan air...sentap punya sentap bukan haruan yang naik, tapi keli


Mesin  joran 15 ringgit je..haha.haruan ni nampak garang tewas jugak akhirnya ;p

12 Julai 2011

Mengalau Ikan

Mengalau Ikan  

sabri mengeluarkan ikan dari jaring.

.
Mengalau ikan? berasal dari perkataan menghalau. tapi kampung punya bahasa jadila mengalau. tak taula klu ade mksud yg lain ;p. Mengalau ikan adalah cara  menangkap ikan menggunakan jaring. lebih kurang maksudnya dengan menjaring. Mengalau ikan perlukan usaha mengocak atau menepuk air supaya ikan lari ke tempat kita pasang jaring ikan.

yo ngan botox sedia memasang jaring ikan

jom ramai2 mengalau
.
.
.
Mengalau ikan kecik2 je pun. goreng pon sodap..sambil mengisi masa lapang pd waktu petang. Sekarang ramai org main kotor tangkap ikan seperti menuba, mengaren, dan bom ikan. lepastu hasil diorang g jual. kalau cara kotor tak berguni-guni ikan? kesian kaki pancing ;(

8 Julai 2011

Casting Haruan

Casting Haruan


Saam sejahtera kpd semua pembaca setia. Petang tadi turun lagi casting haruan..haha. bertiga je g. Port lama kat kebun pokok pisang. Tapi ade sorang mamat ni nama dia Halim Ruan. Mane kami nak g mancing mesti nampak dia mancing dulu..banyak lak tu dia naikkan haruan. kadang2 xsempat kami nak merasa naikkan haruan..haha. Semua penduduk kampung yang kaki pancing pon tak puas ati ngan beliau...







Port ni dulu besar. skang dah ditambak nak tanam sawit. nampak kecik je kan? nyaris member aku nak  naikkan badau. tapi putus. sebab dia guna tali tangsi je.haha..Sebab port ni lumut bersepah. haruan nak sambar pon susah...Oka  ye, nantikan episod akan datang jejak badau...banyak g port tak teroka...see ar..

6 Julai 2011

Menggagau

Menggagau 

Salam sejahtera kpd semua pembaca terhormat dan pembaca setia blog ini. Korang tau dak maksud menggagau? menggagau bermaksud mencari ikan di dalam lumpur menggunakan tangan  ketika air cetek akibat kemarau. Penah ke korang pergi menggagau? kalau korang asal kampung yang ade bendang tu mesti penah kan?

mane ikan ni?

selup dalam selut tu

Tapi gambar kat atas ni bukan menggagau kat bendang( sawah padi) tapi kat ladang kelapa sawit. Sebenarnya kami semua nak g mancing truboi. jelajah punya jelajah terjumpa paya kering. tak jadi mancing truboi. g menggagau. boleh tahan banyak ikannya. Bekas orang menjala rasanya. ikan yang besar2 peha tak de pon. besar2 lengan aje. ikan sepat ngan puyu la paling banyak serta ikan2 lain; haruan, keli, belida, ikan laga pon ade..haha. mau lima kilo punya ikan. 

jepun bangga menaikkan keli

sepat pon jadi. goreng pon sodap

haruan plak
.
.
.
Tamat

30 Jun 2011

Jejak Badau

Jejak Badau 



Salam sejahtera. Aku, adik aku serta 2 member aku yang lain bertekad nak g ladang berdekatan dengan hutan simpan. Perjalanan dalam 30 minit. Bawak katak 20 ekor. dua kali balingan terawal dah sangkut sekor bujuk sebab dia paling cepat pasang katak.. dah nak naik kat tebing dah. terlepas. hahaha . mau gak dekat sekilo tuh.

Lepastu member aku lak bawak naik curut...haha..haruan kecik je. pastu aku lak naikkan curut...menangkap memang tiptop-tiptop. tapi sume badau main kat lumut. dahla tempat kecik. anak haruan yang masih merah dalam 3 kumpulan..



Kemudian adela sekumpulan anak haruan lalu depan aku. hek eleh..aku baling katak terus sambar. dan aku terus sentap sampai ibu ruan tu terpelanting  kat darat..bleh la besarnya dalam 900 gram. adelagi, adik aku main kat paya cetek. ade haruan badau duk nyorok situ. dan adik aku berjaya naikkan...





Ade ke member aku yang baju hitam dalam gambar tu pasang katak. lepas tu tak tutup. memang melompat la katak tu kuar. 5 ekor hilang. biasala dia pon baru first time mengilat haruan. katak 20 ekor pon dah abis..hahah..start moto dan balikkkk...

27 Jun 2011

Menyelinap Lokasi Truboi

Menyelinap Lokasi Truboi 

truboi
.
Salam sejahtera, 3 hari lepas aku, adik aku, dan jiran aku pergi meredah ladang kelapa sawit nun jauh di kawasan hutan. Masa perjalanan kira-kira 30 minit jugak. Dengan jalan pun tak elok. Kami semua turun awal pada pukul 2 petang. bawak katak sekali. lokasi pertama kami mengilat haruan di paya berdekatan dengan sungai. dapat la 5 ekor. tapi bukan tu aku nak cerita.

reba cantik

memang port truboi
Redah punya redah jumpa la lokasi truboi kami yang dulu. hampir setengah tahun tak jejaki lokasi tu. Lubuk memang nampak cantik, penuh dengan reba-reba kayu. Kena hati-hati kalau dah putus aje tali pancing. Air agak kelam. try punya try. da jugak truboi memagut keratan sawit. mula-mula kecik je. lama kelamaan makin banyak truboi besar telapak tangan. Asik nya memancing truboi sehingga sinar senja kelihatan.

belida

ni ikan patung, sebab pas dia makan dia senyap

ni ikan nyet-nyet. sori kalau kurang jelas

Aku tak kira lak truboi yang dapat. balik je terus. seram oo, dah dekat dengan tempat aku dengar pak belang mengaum......tamatt.....

26 Jun 2011

Mengilat Haruan Aktiviti Harian Yang Tidak Membosankan

Mengilat Haruan Aktiviti Harian Yang Tidak Membosankan 


Salam sejahtera, best ke mengilat haruan ni? nak tau ker macamane nak mengilat? perkakas nak mengilat? lokasi nak mengilat?

Perkakas nak mengilat haruan:
  • joran
  • mesin joran
  • pakai mancing bodo pun leh juga
  • mata kail saiz 3, 30 sen sebentuk
  • kili besor punya RM 5.30 satu pek
  • tali benang untuk mengurangkan risiko putus
  • katak hidup
Cara nak masukan katak dalam mata kail:
  • ambik katak idup tu, beli je kat kedai pancing 40 sen seekor
  • jentik kepala katak bagi pitam
  • masukan bawah kili bawah mulut katak sehingga tembus ke kepalanya
  • masukan mata kail kat kili.
  • tutup kili dan masukan mata kail di belakang katak, nyorokkan mata di bawah kulit katak
Lokasi nak mengilat:
  • mestila dekat paya, bukan kat laut
  • tengok gambar paya di bawah
Cara nak mengilat haruan:
baling umpan kat mane2 tempat. lepastu karau mesin joran perlahan/laju. Macamane nak tau dapat ke dak? bila joran korang ditarik dan kua buih di permukaan paya tu. sentap la ape lagi...

cuba teka bape kilo?

lokasi haruan

cuba teka bape ekor haruan dalam jud ni?

ni plak bape kilo?

ni bukan haruan
jom tengok related post di bawah

15 Jun 2011

Memancing Udang Galah

Memancing Udang Galah



Salam sejahtera? Penah dak korang memancing udang? J0m kongsi pengalaman mancing udang kat sini. Aku pun baru 3x mancing udang. Semuanya ikot abg2 aku yang kaki pancing. Modal nak g mancing udang tak bnyk mana pun. sewa bot 45 ringgit dengan enjin. Lepas tu umpan cacing. Ikan ubi selalu la kacau umpan ms mancing udang....

Masa aku first time mancing udang. Aku sentap je joran masa udang makan. Pastu abg aku tegur supaya jangan sentap. Karau perlahan-lahan je. Haha...memang santai mancing udang. Tapi kebanyakan aku mancing dapat udang rimau je. Udang galah berjaya dinaikan dua tiga ekor je...

Memancing udang ni kena berhati-hati jugak. Tempat nak parking bot pun kene tengok-tengok gak. Maklumlah air yang tenang jangan disangka tiada buaya...banyak lagi kisah pasal mancing udang ni. Kita sambung lain kali ye. See ar

10 Jun 2011

10 Gambar Memburu Truboi

10 Gambar Memburu Truboi

Salam sejahtera, semalam aku dengan 4 kawan yang lain pergi memburu truboi di sungai kat kampung aku Felda Selancar 2, pertama sekali kami turun di belakang enjin kilang. Perjalanan kami kira-kira 15 minit. Kami sediakan umpan cacing dan potongan sawit. Ahhh, malang nyer air sungai kelam, susahla nak memburu truboi. Sebab truboi aktif masa air jernih..


Lan cemas mancing direntap
nuar bangga dengan mancing bodo nya

cuaca cantik, air plak kelam

lokasi truboi

reba pilihan truboi

air laju menjejaskan pancingan

Kami hanya menggunakan cacing, try guna umpan sawit takde respon. Guna cacing dapatla ikan putih dan ikan seluang.hhaha. Kami bawak 5 gewang. Kemudian kami tukar port. Masuk ke dalam lagi. Port yang kedua memang cantik. Respon pon bagus. Tapi kebanyakan ikan nyet-nyet (lebih kurang macam ikan baung) yang makan. ikan baung pon xde pagut. Mungkin sebab air baru surut dan laju.

Member aku si Lan , mancing bodo kat tepi sungai. Dapatla naikkan anak ikan kaloi. Pastu aku tabur sawit banyak-banyak mane tau bapak kaloi timbul, tapi mengecewakan. Pastu naik pulak ikan tilan, macam ikan belut

Jadi itulah projek memancing kami kelmarin, puas hati jugak la dengan hasil tangkapan. Balik goreng kesemua ikan tuh. kecuali ikan kaloi, sebab adik aku nak bela. dah 2 ekor kat akuarium rumah.


ikan temperas tewas

seluang goreng pun sedap

sekali ikan tilan makan, kail pon sampai kat perut

anak kaloi


3 Jun 2011

Mengilat Sebarau

Mengilat Sebarau 

Salam sejahtera. semalam aku dah post mengilat haruan, sekarang aku nak cite pasal mengilat sebarau pulak. Sama je teknik dengan mengilat haruan, cuma mengilat sebarau ni kena pakai duit lebih sikit. sebab nak kena beli rapala atau umpan tiruan. Rapala kena la beli yang mahal sikit sebab kaler, ayunan, desiran, gerakan dan pantulan cahaya yang betul2 menarik perhatian sebarau.

Tapi ade gak masalah kalau umpan tiruan tersangkut. kena terjun sungai la nak amik balik rapala. Paling kurang pun harga rapala terbaik RM40 ringgit.hahha. Biasanya sebarau bermain di jeram sungai, kawasan air laju. Kalau port baik, meletup-letupla sebarau menangkap kat permukaan air. mesti korang geram tengok.Masa paling sesuai mengilat sebarau ialah pagi dan petang dengan air sungai yang jernih. kalau air kelam lambat skit la nak dapat respon dari sebarau.

Akhir sekali tips dari aku, joran mesti cantik, mesin mesti terbaik. kalau dak hilang la sabar korang mengilat dengan tali yang tersimpul la, baling tak jauhla, sekian. ;)

nampak besarkan? tapi berat dalam 900 gram.haha

cantik cuaca
contoh umpan tiruan
air tenang jangan disangka tiada sebarau
mesin joran mesti terbaik

2 Jun 2011

Mengilat Haruan

Mengilat Haruan 

Salam sejahtera...sape yang ade pengalaman mengilat haruan? xde ke?  ish2..tryla tengok. best dan menguji kesabaran. Macamane nak mengilat haruan? senang je...kena ade joran , biasanya tali benang digunakan kerana gigi haruan tajam. Mancing haruan ni menggunakan umpan katak, mata kail pon sebesar katak. 

Macamane haruan makan umpan? biasanya kalau haruan aktif di sambar je kat permukaan air. tapi kalau haruan kat dasar makan, akan keluar buih yang menunjukkan dia sedang baham katak. kalau besar buih nyer maka besarlah haruannya. Apalagi terus sentap kuat2, sebab rahang haruan keras. lagipun dapat mengelakkan haruan meluahkan balik umpan katak.

Macamana cara senang mancing haruan? tak dela senang mane. kalau banyak paya yang belum teroka yang tu la best. carik anak haruan yang masih merah bermain di permukaan air. Palagi, korang baling umpan katak kat anak haruan tu. confirm ibu haruan tu marah terus sambar umpan katak tuh...ibu haruan mesti dalam sekilo ke atas nyer. besor tuh. besor lengan.hahha

Bila nak masa nak mengilat haruan? paling best mengilat haruan pagi2 dalam pukol 7-9 am ngan petang pukol 5-7 pm sebab banyak haruan aktif. Gambar kat bawah ni masa aku ngan kawan2 mengilat kat paya tepi jalan kat Durian Tunggal, memang selalu orang teroka. tapi ade jugak hasil tangkapan kami..tangkap dan lepas.

haruan ; spesis ikan yang semakin terancam