Memaparkan catatan dengan label sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sosial. Papar semua catatan

26 Julai 2011

Karaoke Box Lepaskan Tensen

Karaoke Box Lepaskan Tensen 

cube teka nama beliau

Salam sejahtera to u all....ajak kawan ramai2 g karaoke. hang out ngan kawan2 yang lain..best oo.
kadang2, karaoke box satu lagu singgit. takpun ikot jam..dulu acik ada masukkan gak tajuk cara melepaskan tensen iaitu karaoke. karaoke pon  berpada-pada, jangan dari malam sampai ke pagi ;p

24 Julai 2011

Universiti Tempat Cari Jodoh

Universiti Tempat Cari Jodoh 

Salam sejahtera. "universiti tempat cari jodoh" wah bukan main popular lagi kata2 nie...tak kisah la korang nak cari jodoh masa kat universiti, asalkan pelajaran dan diri korang terjaga.....apa pendapat korang? acik pon nak dengar gak

Curi Sawit

Curi Sawit 


Salam sejahtera semua pembaca....arini acik nak cite pasal curi sawit. Sekarang ni, tempat acik semakin berleluasa dengan isu curi sawit. Ramai budak2 muda termasuk orang tua pun join curi sawit. Asal diorang tengok buah tepi jalan je, angkut terus buah sawit masuk lori diorang..Bijik relai pon jadi.

Semua ladang kat Felda acik dah berpagar, lori xbleh masuk. Kadang-kadang terpaksa jaga ladang yang baru potong buah sampai ke malam, maklumlah mat indon, bangla dan filiphina pon ramai dah masuk kawasan Felda. Acik nak nasihat Jangan curik buah sawit sudah.

23 Julai 2011

Clubbing Trend Zaman Sekarang

Clubbing Trend Zaman Sekarang 


Salam sejahtera semua..tajuk kita hari ini clubbing trend remaja zaman sekarang tak kira bangsa, agak kecewa acik nak katakan melayu Islam pon layan clubbing.... yeker? agaknya diorang wat per dalam club? minum air coke je ke? ke minum benda lain? takpun makan pil panadol, yeke panadol? ke pil lain? banyak persoalan...sape ade pengalaman atau nasihat, share la dengan kawan-kawan acik  ;)

22 Julai 2011

Cinta Pakai Buang

Cinta Pakai Buang 


Salam sejahtera semua, hot tak tajuk ni? acik rasa dah jadi trend remaja zaman sekarang iaitu cinta pakai buang..Kadang-kadang acik cian tengok member-member acik bercinta je putus, bercinta je putus. lepastu emosional sorang2. termenungla, marah-marah la...

Jodoh tak de nak wat macamane? itu jela alasan...tak leh gak berserah kepada jodoh kalau usahanya kosong..Korang pahamkan apa maksud cinta pakai buang? isu buang bayi pun semakin meningkat. sama-sama kita ingat dan fikirkan lah sebelum kita buat sesuatu...
buah yang baik datang dari benih yang baik ;)

nak salahkan siapa?

21 Julai 2011

Kecewa Punya Pasal


Kecewa punya pasal, remaja sanggup bunuh diri atau melakukan perbuatan yang tak elok


ni berita yang lama (remaja cuba terjun bangunan), saje acik nak ingatkan jangan berfikiran cetek...acik arap kes2 terjun bangunan ni tak da lagi di Malaysia mahupun negara luar ;D
.
.
.

info: jika korang ade cerita menarik nak kongsi ngan acik, emel kan kat acik apis_v2@yahoo.com.
acik akan kreditkan cerita atas nama engkorang ;)

17 Julai 2011

Curi Besi Punya Cerita

Curi Besi Punya Cerita 


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca. Isu curi besi ni biasa berlaku kat kawasan kampung je. Tambah lak kepada yang bergelar pengangur. hehe...ni nak cerita ade sorang mamat ni memang seketul-seketul kuarkan besi dari kilang. Lepas tu ade satu masa tu dia g curik lagi. Last2 kantoi sebab kilang dah pasang CCTV. kena la berenti mamat u.

Ni cerita kedua. Sorang mamat ni, asal balik kerja mesti kuarkan besi, tembaga, atau aluminium dari kilang melalui kereta sorong. sorok2 dalam kereta sorong. Kemudian ade aritu dia tarik tembaga dari barang kilang dengan selamba jer. lepasu ade org lain perasan. Memang kena jerut kat leher. dan di berhentikan kerja.

Cerita terakhir. sorang mamat ni bukan curi besi. tapi curik mesin bengkel kilang. Kene berenti terus. Lama dah mamat tu bekerja, tapi mungkin keadaan terdesak...kesian la kat anak bini dia...

Semua cerita di atas betul2 dan benar2 berlaku. Oleh itu, dinasihatkan dari berhenti dari mencuri besi, aluminium atau tembaga, atau apa saja dari tempat anda bekerja kecuali mendapat kebenaran...;)
seee arr...

14 Julai 2011

Remaja Lari Rumah

Remaja Lari Rumah 


Salam sejahtera, kenapa isu remaja lari rumah semakin meningkat? haaa..apa sebab remaja lari rumah? sebab nak kawin lari ke? sebab nak tunjuk perasaan ke? sebab takut dengan mak bapak ker? sebab kurang didikan ker? eh...macam2 la pandangan dan sebab kenapa remaja lari dari rumah...ni ade aku nak tunjukkan keratan akhbar remaja lari rumah.


"Mak jangan cari Yana. Yana bahagia di sini. Yana nak aman. Yana nak ubah diri. Jangan risau. Yana sayang mak, OK," demikian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan seorang pelajar tingkatan empat kepada ibunya selepas tidak pulang ke rumah sejak lebih sebulan lalu di Felda Jengka 5 dekat sini.

Ibu remaja terbabit, Nisah Salleh, 39, memberitahu, Nur Shazliana Ghazali, 16, melarikan diri dari rumahnya pada 22 Jun lalu dan dipercayai berada di Johor bersama teman lelakinya.

Nisah risau kerana anaknya meninggalkan rumah sehelai sepinggang tanpa membawa wang.

"Pada awalnya kami tidak mengesyaki apa-apa dan menghubungi saudara-mara kerana mungkin dia ke rumah saudara-mara namun setelah gagal menjejaki di merata tempat, kami sekeluarga membuat laporan di Balai Polis Sungai Jerik.

"Kami khuatir keadaan dirinya sekarang, apatah lagi dia seorang perempuan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.


oleh itu jangan lah berfikiran pendek. Lari dari rumah bukan boleh lari dari masalah. Lari dari rumah menyebabkan kita tidak hormat pada kedua orang tua kita. Sayangilah mereka seadanya. OK? ;)

Cucuk Angin

Cucuk Angin


Salam sejahtera, korang penah wat situasi seperti di atas? cucuk angin kat belakang lori ke? cucuk angin kat belakang bas ke? cucuk angin kat belakang trailer ke? Mat rempit selalu la wat benda alah ni...

Nak di singkatkan cite. aku penah menjadi pembonceng kaki mat rempit. gila ko cucuk belakang bas. nak laju sangat. seramm ooo. Adela satu ari aku follow belakang lori. tapi tak cucuk anginla. mane brani. tiba-tiba meletup tayar lori tu. kalau aku cucuk angin a[pa jadi? hehehe...jadi nasihat aku jangan la cucuk angin...makan cucuk udang lg best...see ar.

12 Julai 2011

Gila SMS Punya Cerita

Gila SMS Punya Cerita  

fazrul asik bermain sms sedangkan member belakang dia tak di layan
.
.
.
Suatu hari, aku pergi ke kampung seberang menaiki motor wave 100 aku. Lepastu ade satu jalan lurus dalam 150 meter. moto aku bawak slow dalam 40-60 kmj. Tiba-tiba aku dengar bunyi orang brek tayar motor kt belakang aku. Rupa-rupa nyer ade sorang budak ni bawak motor dah laju, sambil main sms lak tu. Nasib baik dia tak melanggari aku pun kalau tak aku cekik sampai mati (sambil tiru gaya mamat sepah).

Kemudian cerita ke2. aku tgh lepak kat lobby universiti aku. aku tengok sorang mamat ni. turun tangga sambil bermain sms. lepastu dia nak kuar dari lobby. dia xtau yang lobby tu ade pintu ke? sekali dia redah aje.langgar pintu lutsinar tu. gedebuk gak bunyi...last2.dia blah buat tak tahu dan malu....
.
.
.
.
.
.

cerita di atas benar2 belaku. lagi satu kalau jumpa member2 lama pon janganla men sms depan diorang kecuali yang kecemasan .cian member lama korang. rasa tersisih je ;D

11 Julai 2011

Keluar Malam

Keluar Malam  

yo bosan kerana member2 dia xleh keluar malam itu..
.
.
.
"Mak nak keluar malam ni. Nak g umah Salman wat keje sekolah"...Padahal anak kuar g merayap, melepak, main snooker, dating, main bowling, merempit dan macam-macam lagi..

Situasi di atas merupakan salah satu contoh alasan remaja sekarang membuat helah kat mak bapak diorang, asalkan mereka dapat keluar pada waktu malam tak kira laki atau pun perempuan. Lebih teruk kalau remaja yang masih sekolah. sehingga mengabaikan pelajaran diorang. Sekian,

5 Julai 2011

Gejala Melepak Di Kalangan Remaja

Gejala Melepak Di Kalangan Remaja



Salam sejahtera, pada masa sekarang budaya atau gejala melepak ni semakin menular di kalangan remaja. Ada remaja berpendapat melepak hanyalah untuk isi masa lapang sambil bersembang dengan kawan-kawan. Melepak ni tak menimbulkan isu negatif kepada remaja sekarang asalkan tidak di selitkan kan dengan dadah, ganja, judi, syabu dan sebagainya. 

Macam-macam lokasi melepak ni. ade yang tepi jalan, kedai makan, belakang rumah, depan rumah, kat ladang, dusun dan lain-lain lagi. Punca gejala melepak ni mengikut pendapat sesetengah orang berpunca dari kurangnya kawalan, pengawasan dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka, pengaruh rakan, dll.

Kesan dari budaya lepak? mestila ade yang positif dan negatif..Korang pon dapat gambarkan mcmane kesannya kan? Langkah-langkah mengelakkan budaya melepak? pandai2 a sendiri.

pada pendapat korang bagus ke tak melepak ni ? contohnya ptg2 melepak ngan kawan2

Gejala Main Judi

Gejala Main Judi 

gejala main judi

Salam sejahtera kepada semua pembaca. penah ke korang main kad? seperti main pear, race, poker, ataupun 21. Agak-agak korang adakah benda ni sekadar mengisi masa lapang atau membolehkan anda terjebak dalam berjudi sambil bermain kad? Tambah plak bila jumpa member-member lame melepak kat rumah. Lantas ade yang mengajak taruh duit. Entahlah, kadang-kadang gejala main judi menggunakan kad ni susah nak di cam oleh pihak berkuasa.

// oleh itu jangan lah terjebak dengan gejala main judi ni ;p


4 Julai 2011

Gejala Mat Rempit

Gejala Mat Rempit 

gambar contoh
 Gejala lumba haram yang begitu sinonim dengan istilah 'merempit' semakin kronik dan sikap masyarakat menuding jari kepada pihak penguat kuasa memburukkan lagi keadaan.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, kegiatan tersebut bukan baru dan kegagalan menanganinya disebabkan oleh sikap masyarakat itu sendiri.
''Kita seringkali menuding jari kepada kerajaan melalui agensi penguatkuasaan seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila menyentuh mengenai isu mat rempit.
''Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membanteras gejala ini, malah ia sewajarnya dipuji, namun masyarakat juga perlu berperanan untuk bersama-sama menanganinya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.