Memaparkan catatan dengan label sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sosial. Papar semua catatan

9 Oktober 2011

Korang Penah Tulis Surat Cinta Dak?

Korang Penah Tulis Surat Cinta Dak? 


  

Salam, semalam acik baru nak tido. Lepastu acik rasa macam terpikir nak wat tajuk pasal surat cinta. 
Korang penah tulis surat cinta dak kat pakwe/makwe/boyfriend/girlfriend atau ex- korang?
sharela ngan acik ;) 


6 Oktober 2011

Imej Atau Hati?

Imej Atau Hati? 

 

Salam, apakah pilihan anda? imej atau hati ? 
sila jawab dalam masa 10 saat... 


5 Oktober 2011

Hilang Arah!

Hilang Arah! 

 

Salam, jangan hilang arah!. Kawal diri, kawal perasaan, kawal hati. Boleh? 


18 September 2011

Bila Korang Sakit Hati

Bila Korang Sakit Hati  


 


Salam, persoalannya di sini. apa yang korang buat bila korang tengah sakit hati? mengamuk ke? menangis ker? menjerit ke? lari dalam guni ke? pendamkan ker? karaoke dalam bilik air ker? tumbuk dinding ke? hantukkan kepala kat bantal ke? kongsi2 la ngan acik ;p. 


17 September 2011

Hujung Minggu Korang Watpe?

Hujung Minggu Korang Watpe? 

 

Salam, kalau nak cakap pasal hujung minggu memang banyak aktiviti boleh di wat seperti memancing, bersukan, hang out, karaoke, shopping, gossip, melepak, tengok wayang, riadah. 
tapi acik nak selitkan pertanyaan. Selalu hujung minggu korang wat per? kongsi2 la ;p. 

Member Keras Kepala

Member Keras Kepala 

  

Salam, sebelum tu korang fahamkan maksud keras kepala? keras kepala yg membawa maksud nak ikut perangai dia je. bila di tegur tak memberi apa2 kesan pun. Macamane lak bila ada member keras kepala ni. asal tegur suh buat benda yg betul tak di ikut. selamba je ikut perangai tak senonoh dia tu.  Degil tol!!
Suh letak kasut dalam rak kasut, dia g letak kat dalam rumah. abis pasir masuk rumah << contoh.

Keras kepala jugak membawa maksud pertahankan azam yang baik. Ko nak jadi pe? 'Aku nak jadi cikgu'.
sepuluh tahun kemudian kalau di tanya lagi dia akan tetap ada azam nak jadi cikgu. 
Korang rasa ada member keras kepala macam acik? ;p 

12 September 2011

Bila Awek/Pakwe Mintak Putus

Bila Awek/Pakwe Mintak Putus 



 

"Setakat inilah saje perhubungan kita. saya rasa saya dan menyampah dengan perangai awak yang ego tu. Apa yang saya cakap ada saja yang tak kena, Lagipun saya dah ada pengganti awak. Saya nak kawin dengan Rahmat minggu depan." 

Macam nila salah satu situasi dimana awek mintak putus kat pakwe dia di sebabkan hal tertentu. Antara sebab awek/pakwe mintak putus kerana ada orang lain, tak da harta, tak da pangkat, tak da kehenseman/muka cun, tak direstui oleh ibu bapa, kehendak ibu bapa, rimas dengan kongkongan, rimas dengan kutukan orang lain, dan juga sebab2 yang baik.

Antara pengalaman korang, apa sebab bekas awek/pakwe korang mintak putus? 

8 September 2011

Bila Member Makan Hati

Bila Member Makan Hati 

  

Salam, "Awat hang wat kat aku macam ni? sanggup hang tingggal aku sowang2 selama 2jam kat kedai mamak tu? Sedangkan hang syok berjalan ngan awek hang g tengok wayang? awat? awat?"
kata Rosli berbaju purple tu.

Cian kat member tu, kita same2 kawan jangan wat macam situasi di atas. tak elok taw. Jangan biarkan member dalam keadaan macam tu. kena jaga hati member. Kalau member makan hati, nanti kita susah nak mintak tolong kat sape? melainkan member yang duduk sama2 dengan kita. Takot gak acik kalau member slalu makan hati. ke korang makan hati ngan acik? ;D 

Arghhh Lirik Menyesatkan

Arghhh Lirik Menyesatkan 

 


Salam, sedar tak sedar? makin lama hiburan makin meningkat.huhh, memang kuat pengaruh muzik ni. Kadang2 sampai ade yang menangis sebab tak dapat masuk AF, sampai tak perasan lirik sesetengah lagu yang mereka nyanyi itu menyesatkan.

"Andaikan matahari terbit dari barat, takkan tergoyang cintaku kepadamu"

Salah satu contoh. Sedangkan Bob Lokman pun mengatakan lirik lagu ciptaan dia bertajuk Isabella pun menentang Qada dan Qadar. "Mengapa kita berjumpa, namun akhirnya terpisah". Acik rasa setakat itu jela sebagai info untuk korang. Kalau nak dengar ceramah Bob Lokman pergi ke MyMaktabaty
Korang ade lirik lain yang rasa2 menyesatkan? 


7 September 2011

Bila Ada Yang Taknak Beralah

Bila Ada Yang Taknak Beralah 

 


Salam. "Acik, turunla dari  buaian tu, bagi anak buah ni main lak" kata mak.
"Ahhhh, acik baru je naik buaian ni. Kejapla."
kata acik.
"Hang ni biaqla beralah skit. Hang tu dah besaq, bagi anak buah rasa naik buaian lak."
kata mak.

"Nak, bagi pakcik duduk boleh? pakcik sakit pinggang la berdiri ni" kata Pak Mamat.
"Aku bukan anak pakcik, dah lambat naik bas berdirila gamaknya." kata Sameon.

Haaa.. macam tula dua situasi mereka yang taknak beralah.Kalau fikir2 kan memang kesian kat anak buah dan Pak Mamat tu. Tapi nak wat macamane, ade jugak yang hati kering tak mau lembut hati pada
orang yang lemah atau adik2 kecik. Jadi sama2la kita membantu dan beralah antara satu sama lain. dan pastikan kita beralah ke arah kebaikan. Ke korang tak nak beralah jugak? =P 

Bila Ada Yang Dengki

Bila Ada Yang Dengki 

 


Salam, "Acik nak kutuk blog si Salman tu, apasal cepat sangat blogger lain suka kat blog dia? sedangkan acik lagi lama main blog berbanding dengan dia? Tak puas hati betul acik!!!"
kata Mail si baju purple di atas.

Berikut merupakan salah satu situasi punca dari sifat dengki manusia kepada manusia. Macam2 lagi la berkaitan dengan sifat dengki ni. Dengki member hensemla, dengki member kerja bagusla, dengki member banyak awek la, dengki kereta besarla. Apa yang kita dapat kalau dengki dengan orang lain? sudah tentu menimbulkan pepecahan umat Islam dengan umat Islam. Jadi kepada mangsa dengki di harapkan bersabar dan tidak bertindak dengan perkara yang negatif. Bila jumpa dengan member2 jadilah orang yang mesra sebab member kita pun akan suka pada kita yang mesra orangnya. biarlah orang kata kita tak hensem ataupun cun pun =).
korang lak ada pengalaman jadi mangsa dengki? dikutuk? di caci? 

6 September 2011

Arghhh Handset Kena Curi

Arghhh Handset Kena Curi 

 


Salam, " Macamane ni, handset acik dah hilang ni. Bukan handset murah. iPhone 32G lagi. 3 Bulan acik ikat perut semata-mata nak beli handset canggih tu. Bila acik g toilet. Anset tu dah hilang. Sape yang ambik?"
kata Ramli si baju hijau.

Apa reaksi korang kalau handset korang yang mahal tu hilang? Miskol kah? Gelabah carik kah? Menangis kah? atau redha sahaja? Ialah, acik nak tekankan letak handset jangan letak merata tempat, tambah lak tempat yang public seperti di atas meja kuliah, atau di tempat yang memudahkan orang lain tengok, pegang dan curik. Berhati-hati la, kdg2 member yang kita baru kenal pun tak boleh di percayai. Jangan percaya kat orang lain sgt.Acik nak tanyala, anset korang penah kena curik? Acik blum, sbb anset murah =P. kongsi pglaman je =). 

Bila Member Kaki Pinjam Duit

Bila Member Kaki Pinjam Duit 

 

Salam, tak salah nak tolong member time member takde duit. mane yang kita mampula.
tapi jangan lak member asik pinjam duit kita aje tiap2 ari. Bukan ape takut kita lupa nak bayar atau member kita pura2 lupa nak bayar. Sebab apa takut tak dapat jawab soalan pertama di Padang Masyhar iaitu hutang!.

Nak kata korang? acik pun takut kalau lupa ade hutang ngan member2 acik. kalau ada bagitau la ye.
Mane tau acik lupe bayar hutang acik minum air sirap kat kantin sekolah ke, hutang beli buku latihan ke,
hutang beli dedak ayam ke atau hutang2 yang acik tak tau..=). 

5 September 2011

Arghhh Member Kepala Angin

Arghhh Member Kepala Angin 

 

Salam, fuh... ade member pon  asik nak marah2 je. ni mesti ade background process ni. Yela, masalah
yang lain seperti gaduh ngan awek ke, ptptn tak masuk lagi ker, moto tayar pancit ker, member tgh lapar ke, sakit gigi ke, dan macam2 lagi andaian psikologi. Bila member marah2 kita pun mesti rasa tak selesa,
tak bertegurla, makan megi sorang2 la, tak lepak sekali la, dan hidup berseorangan.

Tak elok jugak asik marah2 je. orang tua cakap cepat tua. orang muda cakap aku masih darah muda.
Acik lak macamane? Ehhh, acik sume ade member baik2 macam korang. semuanya sempoi, peramah, baik hati dll lagi ;D. 




Bila Member Banyak Mulut

Bila Member Banyak Mulut 

 

Salam, pehh. amacam bila ada member banyak mulut? Eh... acik tak kata member banyak mulut xbest.
ada member banyak cakap pun best jugak. kadang2 sembang dari malam sampai ke pagi. tu pun kalau
member banyak cakap pasal benda yang berinformasi ;p.
Biasanya member banyak mulut ni tak slalu merajuk atau tarik muka. fikiran terbuka la katakan.
ada time jugak kalau nak banyak mulut ni. jangan time kita ada masalah member lak banyak mulut.
tak ke bingung kita di wat nye. Banyak cakap, banyak salahnya. jadi elok lak berbual kosong saje
yang tak de kena mengena dengan org lain.

Klu kat tempat acik, member banyak mulut ni biasanya kena pulau ke atau jadi bahan usikan.
time boring2 leh sembang2 ngan member banyak mulut ni. sambil gelak2..haha
tapi acik bukan jenis banyak mulut sebab acik bukan spesis macam tu..;p. korang lak amacam?

4 September 2011

Member Tikam Belakang

Member Tikam Belakang 

 

Salam, kalau cite pasal member sendiri tikam belakang mesti korang rasa tak puas hati, kecewa, 
sedih, geram, sakit ati, dan macam2 lagi perasaan yang membingungkan. Tambah lak kalau
member rapat, member sekerja, member sebelajar, member yang di percayai yang berbuat demikian.
Apa yang penting watak baju hijau kat atas ni kena la bersabar, jangan bertindak melulu dan fikir pendek.
jangan di pukul lak watak berbaju cokelat tu. Tanya elok2, bincang2 dengan dia.
Kalau tak leh gak bercakap, diam jela. Jika baju coklat tu main kasar, lindungi lah diri korang seadanya.


Kenapa watak baju coklat tu tikam member sendiri dari belakang? mungkin dia ada masalah keewangan, keluarga, awek, sosial, tekanan perasaan, dengki dan mementingkan diri sendiri. Memang rata-rata orang membenci backstabber (serang dari belakng ni). Sebab dia takut serang dari depan. Kena lak watak baju hijau tu terer dalam ilmu persilatan, manakala baju coklat tu pasang kekuda pun tak reti.


Apa yang penting, kita dengan sesama member kita hendaklah berbuat baik dari segi pertuturan, tingkah laku dan pemikiran. Kalau dia berbuat jahat jugak, maka ambillah tindakan seperti report polis, report cikgu displin, report kat mak bapak dia, atau tindakan yang positif bagi mengubah perangai watak member tikam belakang. Jangan terlalu menuduh, atau menghukum member sendiri yang membuatkan mereka rimas dan menyampah tengok muka korang. haha..=D 


4 Ogos 2011

Rider Maut

Rider Maut 

 

Kalau tengok gambar di atas nampak macam bawak slow je, padahal member kat atas pulas tali minyak sampai abis tuh...gara-gara nak balik cepat atau saje bawak moto laju. Maklumlah jalan kosong. bawak lak moto beriringan dengan member sebelah. Acik follow kat belakang diorang, tengok tayar moto pun gelong. haha. Seriau acik tengok diorang bawak motor cenggini. yela, takot kete nak potong ke. Malangkan tak berbau. jadila rider yg mementingkan keselamatan...oh yeaahh  

3 Ogos 2011

Lepak Tembok

Lepak Tembok 

 

Lepak tembok? itulah kebiasaan orang bujang kawasan felda acik. Tambah lak kalau ramai bujangan balik ke kampung sempena cuti bulan puasa, cuti semester atau public holiday. Lepak2 sembang2, kutuk-mengutuk depan2 mewarnai aktiviti melepak bersama. Di samping itu, macam2 isu yang di bincangkan semasa lepak di tembok samada isu yang baik mahupun yang buruk.

28 Julai 2011

Pencuri Getah

Pencuri Getah 

ini adalah gambar hiasan sahaja ;) 

malah sabri pun nak jadi model menoreh getah ;p 

Salam sejahtera, macam2 kalau nak cite pasal pencuri getah ni. maklum lah getah naik harga kot. Bayangkanlah kalau harga getah asli RM 13 sekilo..kalau 10 kilo dah RM 130. tak kayo pakcik..
hang ingat kawasan hang sorang je ade pencuri getah? kat kawasan acik pun ade..ntahla, susah nak banteras jenayah pencuri getah ni...haha

Ada yang pencuri getah kena pukul sampai matila..macam2 lagi la.Oleh itu, acik nak pesan jangan la mencuri getah laie. Kalau kena tangkap macamane? tak ke kena pukul atau merengkok dalam penjara. ni acik nak tunjuk video pencuri getah yang kena pukul...sebagai peringatan untuk korang semua ;p

27 Julai 2011

We Jamming

We Jamming 


Salam, masih hidup lagi rentak jamming ni....malah kat matrik , universiti, sekolah rendah, dan sekolah menengah pon ade jamming seperti nyanyi lagu hari guru atau sebagainya. Acik pnh la masuk battle of the band peringkat matrik...tapi saje2 aje...lame dah acik bersara dalam bidang muzik ni...semua acik dh backup taw;.haha