20 Jun 2011

Tips Menunggu Bas Lompat

Tips Menaiki Bas Lompat


1. Pastikan korang  tunggu bas di pondok bas bukan di pondok jaga.

2. Kalau naik bas lompat, Pastikan korang menahan kenderaan bertayar 4, jika korang degil nak 
    menahan kenderaan bertayar 3. maka kenderaan itu ialah beca

3. Selepas menaiki kenderaan. Kira tempat duduk kenderaan tersebut. Jika hanya ada 4 tempat duduk,
   kenderaan itu bukan lah bas, tapi teksi tunai

4. Apabila korang berjaya menahan bas, pastikan bas itu tidak  berwarna kuning kerana itu geng bas
   sekolah.

5. Semasa korang dah berjaya menaiki bas, pastikan korang dah sedia memakai deodarant. takut
   nanti korang kene berdiri dalam bas.

6. Bila korang xdapat tempat duduk. Sediakan seringgit dalam kocek. Jatuhkan seringgit tu kat tepi tempat
   duduk mangsa tanpa diketahui oleh mangsa. .Bila mangsa nak ambil seringititu. Korang cepat-cepat
   duduk kat tempat duduk mangsa. Lepas tu gelakkan mangsa kejadian.

7. Bila nak sampai ke destinasi korang. Tekan loceng dalam bas itu. Jika loceng rosak. Bunyikan handset
   anda dengan volume 5. Kalau korang xde anset. Bunyikan loceng menggunakan mulut korang sendiri
   macam ni Teeetttttt!!!!....

8. Sebelum turun bas. Pastikan korang menyebut " Hai " pada pemandu bas tersebut sebagai tanda terima
    kasih.