Aktiviti Pembalakan Haram
![]() |
| arghhh besa nyer lori balak nii |
Salam sejahtera, yeke lori berat membawa bertan-tan balak boleh memberi risiko kepada pengguna jalan raya yang lain? Pembalakkan secara haram boleh menyebabkan spesis flora dan fauna terjejas? Kawasan hutan simpan pun boleh buat pembalakan haram ker? sapa yang mengawal aktiviti pembalakan di Malaysia?
salah siapa? byk persoalan yang timbul..
Keratan Akhbar
IPOH 7 Mac – Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan satu kegiatan pembalakan haram di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Perak dan Pahang dalam operasi bersama Jabatan Perhutanan Perak dan Rela semalam.
Kawasan pembalakan haram berkenaan terletak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Dalam operasi yang bermula kira-kira 9 pagi semalam, beratus-ratus batang balak yang baru dipotong dan dianggar bernilai jutaan ringgit serta beberapa jentera berat yang berada di kawasan itu disita.
