Fast Food Pilihan Korang?
Salam sejahtera, semoga engkorang sihat hendak-Nya. Kali ini topik kita adalah Fast Food Pilihan Korang?. Macam biasala, kalau jumpa kawan2 yang kaki fastfood atau dating dengan awek. Mesti nak makan fastfood punyer. Lebih-lebih lagi kalau member belanja engkorang. Perkena ayam goreng spicy, kentang rangup, piza hot, sup cendawan, burger king, kentang lenyek, nasik ayam, dan macam2 lagi pilihan makanan fastfood idaman korang. Dah kena sekali mesti nak lagi. Walaupun budget makan korang cukup-cukup makan je.
Antara sebab len yang korang nak g fastfood adalah untuk menggunakan WIFI melayari Facebook, MySpace, Google Search, settlekan assigment, ataupun YM semata-mata. Kendian, kalau bawak satu family pun best gak makan fastfood sekali sekala. Sekali order pizza saiz XXL, ayam goreng satu bucket. Memang best selain dapat merapatkan silaturrahim antara family. Tapi hati-hati masa bawak dulang makanan fastfood, jangan terjatuh sudah ;p.
Akhir sekali, bawak bersabar semasa menunggu turn anda mengorder fastfood. Jangan tengking2 kat pekerja fastfood supaya korang, pekerja fastfood dan orang lain menikmati makanan fastfood dengan jayanya. Sekian, Wassalam ;)
