22 Februari 2012

Best Ke Program Realiti TV?

Best Ke Program Realiti TV? 


Salam sejahtera, slm satu Malaysia ;p. Tajuk petang ni mengenai program realiti tv. Kalau nak tanya kat korang, mesti penah tengok program realiti tv samada minat atau tak je. Contoh program realiti tv seperti AF, Mentor, Idola Kecil, Malaysian Idol, dan yang berkaitan. Bak kata orang, tempat cari populariti dengan pantas dan berkesan << nyanyi. Kalau ada bakat la. Kalau tak da bakat, elokla menyanyi dalam bilik air sahaja, ataupun sempena Hari Guru, Makan malam bersama staf-staf office, atau pun pertandingan karaoke kawasan daerah kampung.  


Apa kesan program realiti tv ni kepada masyarakat? Adakah banyak yang baik atau banyak yang buruk? Adakah Pak Jamhari sanggup membeli channel Astro semata-mata untuk menengok program realiti sebegini? Adakah Kak Limah sanggup stay dari pukul 7-9 mlm di kaca tv untuk melayan program sebegini? Jadi begitulah, banyak persoalan yang belum terjawab. Eloklah tajuk debat kawasan sekolah bertajuk sebegini demi mencapai kewarasan dan ke arah pemikiran anak muda yang semakin positif.