Main Pondok-Pondok
Salam sejahtera, saje mengimbas kembali kenangan silam bermain pondok-pondok masa kecik-kecik dulu. Aktiviti petang hari, kadang2 tengah ari pon boleh jadi. Nak kata men pondok2 mesti ada sorang jadi mak, sorang jadi ayah.yang lain jadi anak2. hehe. Tak kira la laki pon boleh jadi mak. Pastu amik bunga2 wat hiasan pondok2, ada yang lebih buat bahan masakan. Bila nak makan tu, makan olok-olok je. jangan di telan lak bunga kertas tu.
Selain dapat memupuk silaturrahim antara jiran sebelah, men pondok2 juga dapat memberi gambaran zaman perkahwinan kelak. haha. Apa yang penting, tiap2 korang mesti ada pengalaman pondok2 tersendiri. Jangan sampai gaduh2 lak berebutkan nak jadi mak atau ayah(abang besar). Ada pengalaman boleh sertakan kat komen dibawah untuk rujukan ;p. Sekian, wassalam :)

