2 Jun 2011

Mengilat Haruan

Mengilat Haruan 

Salam sejahtera...sape yang ade pengalaman mengilat haruan? xde ke?  ish2..tryla tengok. best dan menguji kesabaran. Macamane nak mengilat haruan? senang je...kena ade joran , biasanya tali benang digunakan kerana gigi haruan tajam. Mancing haruan ni menggunakan umpan katak, mata kail pon sebesar katak. 

Macamane haruan makan umpan? biasanya kalau haruan aktif di sambar je kat permukaan air. tapi kalau haruan kat dasar makan, akan keluar buih yang menunjukkan dia sedang baham katak. kalau besar buih nyer maka besarlah haruannya. Apalagi terus sentap kuat2, sebab rahang haruan keras. lagipun dapat mengelakkan haruan meluahkan balik umpan katak.

Macamana cara senang mancing haruan? tak dela senang mane. kalau banyak paya yang belum teroka yang tu la best. carik anak haruan yang masih merah bermain di permukaan air. Palagi, korang baling umpan katak kat anak haruan tu. confirm ibu haruan tu marah terus sambar umpan katak tuh...ibu haruan mesti dalam sekilo ke atas nyer. besor tuh. besor lengan.hahha

Bila nak masa nak mengilat haruan? paling best mengilat haruan pagi2 dalam pukol 7-9 am ngan petang pukol 5-7 pm sebab banyak haruan aktif. Gambar kat bawah ni masa aku ngan kawan2 mengilat kat paya tepi jalan kat Durian Tunggal, memang selalu orang teroka. tapi ade jugak hasil tangkapan kami..tangkap dan lepas.

haruan ; spesis ikan yang semakin terancam