video doodle, doodle awek, doodle awek cun,doodle bertudung, doodle muslimah, doodle terhangat, doodle percuma, doodle free,doodle cantik,tutorial illustrator, tutorial photoshop, tutorial autodesk maya, tutorial flash, cerita kartun, cerita sosial, informasi terkini, tips blog, tutorial blog, trick blog, tips traffic blog, cara buat doodle, doodle illustrator
Memaparkan catatan dengan label kaki pancing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kaki pancing. Papar semua catatan
28 Mei 2012
Sembang Petang
hari ini(27.5.2012) agak membosankan, nak tggu render video projek masih lagi ada 2 hours remaining. Suhu Melaka 25 darjah celcius. org ckp kalau suhu rendar haruan kurang makan? Jam baru pkol 5 ptg. nak g mancing ke tak nak? nak g dpn umah atau yg jauh skit? stok katak ada g 5 eko. kalau nak g dekat tak penah dapat kasar2, semuanya curut. mungkin sebab aritu aku nampak memerang 2 eko. Memandangkan masa awal lagi g la tempat jauh skit dalam 15 minit je. Hari ahad jalan agak lengang sbb semua pekerja banyak cuti. jam kat traffik light menunjukkan pkol 6. sempat lagi ni..Eeh minah pon ada potong traffik light ker? Sampai je port haruan , aku tgk semak macam baru kena redah, macam baru je orang masuk port ni? mungkin pagi tadi. Tak per, aku teruskan niat memancing. Bukannyer abis pon aruan kat port ni. Baling punya baling tak dapat sambutan langsung. menangkap ada. tapi semuanya kat tempat sukar di baling dipenuhi dgn lalang air. Lalang air tak per lagi. ni ada orkid liar lak. dah la dahan kasar. hari kemain ke lewat petang.
Dalam hati terfikir kat tempat ni penah dapat 1.5kg. Pegang kepala haruannya ngam2 tgn. Tapi ada yang lucut jugak 2kali << yang kasar. Takkan takda kot hari ni. macam2 gaya balingan dah aku wat. karau benti, karau benti, karau abis laju, karau slow. Akhirnya balingan yang terakhir ada sambutan, dlm pkol 6:45ptg. Haruan ni terpikat dengan karauan laju. Ku lihat gelombang yang agak besar mengejar umpan katak itu. Slow kan skit karauan. poWWWW!! meletup dia tangkap umpan atas air. biar kan jap 10 saat. SENTAPP!!!...melompat haruan tu kat atas lalang air.karau terus. Sampai dekat pegang kepala haruan. Pehhh, saiz yang agak besarr.paling tak pon 1kg.sambil pegang plastik beras dan umpan aku melompat-lompat meniti kayu. (sebab kena meniti kayu baru dapat baling kawasan spot haruan)...Alhamdulillah...Skang ni mmg sukar nak carik port haruan saiz yg kasar. Mungkin ada, tapi jauh dan lain2. Jangan jelez bila tgk muka haruan garang ni. haha. sekian ~
17 Mei 2012
Rezeki Ada Di Mana-Mana
Rezeki Ada Di Mana-Mana
Pada 17 may 2012, terdetik hati nak mengilat haruan memandangkan cuaca petang yang redup.Sampai ke destinasi balingan umpan kurang sambutan sehinggalah ke lewat petang. Umpan di ragut terus selepas katak baru jatuh di permukaan air. Sentapan yang sederhana dilakukan kerana terdapat pokok liar sebesar ibu jari. Tapi haruan tersebut berjaya melarikan diri. Karauan terakhir dilakukan di kawasan lalang air kerana meletup-letup dia punya menangkap. Kawasan agak semak dengan lalang, tapi berjaya haruan lagi seekor menyambar katak yang bersaiz sederhana. Meletup kat permukaan air. Apa lagi, sentapan yang maksimum dilakukan sehingga rod pancing patah. Gelutan demi gelutan haruan itu masuk ke dalam lumut. Reel pancing di karau, tapi sempat haruan tersebut menyangkutkan dirinya di dalam lumut. Masih terasa ayunan badan haruan ingin memboloskan dirinya. "Apakah aku kena terjun dalam paya tu dan tangkap haruan pakai tangan? Aish, tak berani aku kawasan semak ". Maka di biarkan selama 5 minit. Sehinggalah tali benang tu ku tarik sekali lagi. Malangnya, haruan tersebut tak berjaya di naikkan. Kili bengkok abis, Mata kail senget sebelah. Kalau berjaya naikkan tu, paling tak pon 3KG. Yang peliknya bagaimana haruan itu membengkokkan Kili bersaiz sederhana kepada bentuk "S". Tak pe, inilah dunia memancing yang mengajar erti "Sabar" dan "Tenang". Paling tak pon pakcik puas hati dapat merasa gelutan haruan bersaiz "XXL". Lain bulan pakcik turun lagi. Alhamdulillah, sekian
16 Februari 2012
Ngilat Haruan Part 6
Haruan 1.6KG
garang dak? |
Salam , berjaya menaikkan haruan 1 kilo lebih minggu lepas. Ni bukan kacau anak haruan. Pure punya spot haruan. Sambaq kat top water. Haruan ni terus melawan sampai masuk dalam reba lalang air. Sangkut!!, Biaq jap 3 minit. Baru lepas, karau sampai dekat. Pastu pegang kepala haruan. Xmuat tangan bro!!!
terus lari bawak ke tepi. Sebab duk atas tunggul kayu je. Takot lepas. Lepas latak kat atas tanah ngam2 kail lucut dari mulut haruan..Alhamdulillah, berjaya jugak naikkan. Sori la gambar haruan tak clear. Tak tangkap gmbar kat lokasi sebab takot anset jatuh dalam ayaq. haha, thanks for watching..
5 Februari 2012
Ngilat Haruan Part 5
Ngilat Haruan Part 5
Salam, berjaya lagi naikkan haruan badau menggunakan umpan tiruan. Selamat menonton
27 Januari 2012
Menjala Ikan
Menjala Ikan
Salam, menjala memang best tambahan lak time musim menuai kawasan padi. parit atau tali air menjadi tumpuan utama untuk menjala ikan seperti sepat, puyu, haruan, belida, ikan putih dan lain2.
19 Januari 2012
Ngilat Haruan Part 4
Ngilat Haruan Part 4
Salam, port ni acik baru jumpa walaupun portnya tepi jalan..haha. tapi kena redah paya gak la diri kat atas kayu. sebab port ni memang dah ada org len teroka. Semalam dah try pakai katak palsu.. tapi asal di sambar je lucut..ptd td try lak guna katak ori. memang sambaran menggalakan. berjaya menaikkan 5 ekor haruan. wah, kira dah professional la ni..haruan yang kasar adala dalam setengah kilo.tp tak letak dlm akuarium di bawah. len kali nak ajak abg acik lak. suh bawak parang tebas rumput, leh baling jauh skit..hehe..pe2 pon nantikan ngilat haruan part yang len. terima kasih kerana menonton ;)
10 Januari 2012
Ngilat Haruan Part 3
Ngilat Haruan Part 3
Salam, jumpa port baru ngilat haruan lak...tapi jauh skit lokasinya..jauh2 pun berbaloi. baru setengah jam turun dan berjaya naikkan sekor. Guna katak palsu men kat pokok teratai.pastu hujan. Keberatan gak nak balik..tapi terpaksa balik..haha. nantikan ngilat haruan part yang lain ;p
jangan lupa catch and release ;D
jangan lupa catch and release ;D
31 Disember 2011
Ngilat Haruan Part 2
Ngilat Haruan Part 2
Salam, ni hasil ngilat haruan waktu pagi...salah satu sebab ngilat waktu pagi kerana angin xda dan menyebabkan port haruan air tenang...Dalam pukul 10 pagi angin dah mula kencang..Nak ngilat pun boleh. tapi men dasar..kena sabar jela. tempat dah luas..pe2 pun nantikan part yang lain. sebab badau sekilo tak mau makan umpan katak lagi kat kawasan ni ;p
28 Disember 2011
Ngilat Haruan Part 1
Ngilat Haruan Part 1
Alhamdulillah, trip ngilat dapatla naikkan 6 ekor haruan...4 ekor agak curut..haha...Nak carik badau ni. masih xmau yg nak makan umpan. Mungkin sebab angin agak kencang yang menyebabkan paya ber arus...apa2 pun nantikan ngilat haruan part2 yang lain..
20 Disember 2011
Apa Itu Badau?
Apa Itu Badau?
Apa itu badau? apa itu bagak? ianya bermaksud ikan haruan yang bersaiz kasar atau besar...sekali umpan kena makan dengan haruan bersaiz badau atau bagak, memang puas hati menaikkan ikan tersebut....
teruja dak tengok gambar kat bawah? ;p
18 Disember 2011
Apa Itu Curut?
Apa Itu Curut?
Salam, untuk pengetahuan semua. Curut bermaksud ikan haruan yang masih kecil seperti yang tertera pada gambar di bawah..
16 Disember 2011
Rezeki Kacau Anak Haruan
Rezeki Kacau Anak Haruan
Tasik port haruan, MYDEC , Durian Tunggal |
Salam, nak dijadikan cerita, td g ngilat haruan..ngilat punya ngilat. tibe2 je timbul sekumpulan anak haruan yang masih merah di permukaan air. baling punya baling kat anak haruan tu. tak da respon. dlm balingan ke 20 , umpan di sambar..sentappp...karau punya karau ...uih mau sekilo ni..sampai kat tebing , haruan tu berjaya melepaskan diri..ish2...sedih2 . xda rezeki..haha
(Wednesday 14.12.2012)
Hari ni repeat balik kekalahan kegagalan menaikkan ibu haruan.. tengok masih ada lagi anak haruan di tempat kelmarin. balingan umpan pertama kat kelompok anak haruan, umpan di sambar. Sentappp...malangnya umpan lucut dan ilang...Balingan umpan katak ke dua...ada respon lagi..Sentapppp..Aisehh katak ilang lagi...nasib bek ada lagi stok katak.Balingan umpan katak ke3 , lagi sekali katak ilang..Memang ganas ibu haruan ni.. Alamak. mcmane ni? acik tukar step...potong katak. Ambik bahagian kaki, letak kat kail...Ohhh mann, balingan umpan kali ke 4 berjaya melekatkan kail kat mulut haruan ni..Alhamdulillah Syukur. Kat abg acik Md Rasid baru ajak ngilat semalam, tapi ujan..Sempatla acik naikkan ibu haruan ni dulu sebelum abg acik naikkan atau org len naikkan. ..haha..Haruan ni nak bagi kat Mak Aei yang baru lepas buat pembedahan..Supaya sup haruan kembali menyihatkan Mak Aie..Sekian....
21 November 2011
Keli Lagi, Huh
Keli Lagi, Huh
Salam, kelmarin g mancing. baru je rendam katak. keli dan makan. tapi keli ni best skit la layan sebab keli jantan. Owh haruan. bila la ko nak makan katak aku. dapat haruan besa ni kan best...
19 November 2011
Haruan Badau Hari Ini
Haruan Badau Hari Ini
Salam, pagi tadi bosan2. g memburu haruan dalam pkol 8am..bawak 2 joran. satu guna pelampung. satu g utk ngilat. teknik guna anak ikan seluang idup tak menjadi. sebab cepat mampus. Awal2 baling dah makan. tapi asik terlepas je. curut( haruan kecik) kot sebab acik men karau atas air je. kalau men dasar agak boring sebab tempat dah luas..harini bawak katak 4 ekor je.
Last2 anak ikan acik tukar kepada katak. cucuk kail mata tiga kat mulut katak. baling kat tengah2 tasik. tak sampai 5 minit pelampung dah di bawak lari...dapat la haruan besa ni seperti gambar di atas. Yang acik kurang puas ati masa ngilat last2 dalam kol 10. ada sambaran atas air...ok. biar jap. sentap sekuat hati...
Malangnya tali benang putus.haha, mungkin dah 5 bulan tak tukar tali benang ni...takpe2. petang ni repeat lagi.
wat abg2 , adik2, ngan kawan2 acik mesti terbakar je tgk gambar ni. haha ;p
18 November 2011
Memang Best Sambar Atas Air
Memang Best Sambar Atas Air
Salam, ni semalam punya cerita. Acik g mancing dalam pkol 6 petang. Bawak 2 pancing. Sorang2 lak tu. Xpe. port tepi jalan je pun. Sampai je kat port terus pasang katak. Dalam balingan ke 3 macam tu. Ikan dah sambar, Sentap sekuat hati. Nasib bek pakai tali benang. Berat bukan men ikannya. Nak masuk dalam lumut konon. Mana bleh, acik karau bagi dia tak masuk kawasan beranting. Tapi nampak macam tak melawan sangat ikan ni. Sekali keli afrika selatan..aaahh. ingatkan haruan. Sampai je ikan keli tu kat tebing acik biar dulu dalam 5 minit bagi letih. Gila ko, sanggup ke nak pegang kepala keli afrika yang beso dari tapak tangan korang. haha...Pastu acik pegang mata kail kat mulut ikan tu dan sentap naik ke atas....
Tangkap gambar dulu. Lepastu baru tinggalkan kail kat mulut ikan tu n lepas. Kalau korang mancing dapat keli yg ada kail kat mulut tu, yela ikan acik ;p....Sayang ke lepas? korang kalau nak keli contact acik. mana tau nak wat keli bakar ke. haha. lagipun harga keli tak hangat di pasaran ..okkklah, chilll ;)
16 November 2011
Tasik Port Haruan
Tasik Port Haruan
Salam, ptg tadi tetibe je acik rasa nak g ngilat haruan kat tasik Taman Belatuk Mas. sebabnya? sebab dekat. Dalam kol 5ptg cenggitu acik trus gerak g kedai pancing kat Durian Tunggal... Lepas dah sampai kat lokasi acik tengok ada orang menjala. tapi bukan menjala kat lokasi kat atas. lepastu ada sorang g samada ngilat haruan atau pancing dasar je.
Bila tengok port, memang cantik sebab lumut tebal dah nipis. possible ruan untuk menyambar. peh... menangkap dia tak ingat...bila test karau. dah sambar tapi tak sempat masuk mulut. ada ke sambar kat tebing.
Acik bawak 2 joran. satu rendam dasar satu lagi ngilat. lebih kurang 5 kali terlepas. pancing dasar pun ada makan. ok la puas ati. sok datang lagi. stay tuneddd....;p
7 Ogos 2011
Kelah Square
Kelah Square
sumber gambar: jep0n
4 Ogos 2011
Mancing Kolam Berbayar
Mancing Kolam Berbayar
Haaa. terkejut ke. Disebabkan abg acik pelawa acik g mancing kolam berbayar kat Buloh Kasap area Segamat, maka acik pun follow la. Adik acik pun ikot gak. Kenapa tak de gambar ikan? sebab tak dapat ikan la. Mungkin baru first time kami mancing kolam berbayar. Mane tak nye, resepi umpan ialah dedak, roti, tempe, air soya, serbuk penaik dan perasa pandan. Resepi umpan tak cukup. tempe tak letak. Ntahlah, mungkin tak de rezeki aritu. kebetulan lak ari terakhir jackpot. Acik tengok paling besar 8 kilo. Macam-macam ikan ade seperti patin, bawal, rohu, tongsan, serta ikan kap air tawar yg lain.
Acik berbulu je tengok pemancing semua dapat naikkan ikan..haha. mungkin lain ari acik repeat balik.
ni ha pusat memancing ikan danau biru, 2 jam RM15 ringgit. |
31 Julai 2011
Kecewa Kail Tak Disambar
Kecewa Kail Tak Disambar
jadila haruan besaq ni |
Salam sejahtera, aritu acik ada g ladang mat kedah ngilat aruan.. tapi semua kawan acik tak dapat. sebab lumut penuh kat paya tu, risiko ikan haruan sambar kurang. tak ade kawasan sambaran...gambar kt atas tu hasil haruan acik hanya sekor saja. jadilah daripada tak dapat..
lan berusaha menarik lumut yang tebal |
anuar kecewa lantas meninggalkan sahaja pancing |
20 Julai 2011
Salah Pancing
Salah Pancing
Salam sejahtera acik ucapkan. apa khabar engkorang semua? Ni acik nak cerita pengalaman member acik memancing atau mengilat ikan haruan. Member acik ni nama dia Sabri. biasa acik panggil Sabri Yunus. Dia g mancing ngan acik. dia ni dalam kategori amatuer dalam sukan memancing.
Ada suatu ketika, dia nak baling umpan jauh-jauh la konon. tapi malang tak berbau kail sangkut kt kepala beliau. Cian acik tengok kat dia. Bawak la g klinik. tapi klinik tak terima. acik bawak g hospital. Alhamdulillah dia semakin sembuh...itu jela cerita acik. harap engkorang berhati-hati semasa memancing yer...
.
Ada suatu ketika, dia nak baling umpan jauh-jauh la konon. tapi malang tak berbau kail sangkut kt kepala beliau. Cian acik tengok kat dia. Bawak la g klinik. tapi klinik tak terima. acik bawak g hospital. Alhamdulillah dia semakin sembuh...itu jela cerita acik. harap engkorang berhati-hati semasa memancing yer...
.
.
.
.
.
info: jika korang ade cerita menarik nak kongsi ngan acik, emel kan kat acik apis_v2@yahoo.com.
acik akan kreditkan cerita atas nama engkorang ;)
Langgan:
Catatan (Atom)