Memaparkan catatan dengan label bergurau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bergurau. Papar semua catatan

14 Disember 2011

Lauk Yang Biasa Korang Makan Time Lunch

Lauk Yang Biasa Korang Makan Time Lunch 


 

Jom share lauk korang ;p 

1 Disember 2011

Carta Alir Bercinta

Carta Alir Bercinta 



 


Antara kes-kes yang possible ;p. 


29 November 2011

Kes Biasa Lelaki Dan Perempuan!

Kes Biasa Lelaki Dan Perempuan! 


 


Mari belajar ;p

15 November 2011

Permainan Serammm!!

Permainan Serammm!! 


 


Salam, korang pernah main permainan seram cenggini? ke tak pernah? acik pun tak penah.. sapa ada pengalaman leh share2 ngan kitaorang.. ..chill lahhh... 

21 September 2011

Perkara Yang Selalu Wat Semasa Marah

Perkara Yang Selalu Wat Semasa Marah 

 


Salam, mesti banyak cara korang mengurangkan kemarahan korang kan? ada cara yang baik, dan ada juga cara yang tak baik. Seperti Ali menjerit-jerit selepas cendolnya di curik oleh adikknya. atau Abu yang mengupdate status facebook nya dan mengatakan dia sedang marah kerana duit 50sennya hilang di atas meja.  
Kalau korang lak macamane nak wat semasa korang marah? Jangan nak terjun bangunan lak! ;D. 

14 September 2011

Perkara Yang Selalu Korang Wat Sebelum Tidur

Perkara Yang Selalu Korang Wat Sebelum Tidur 


 

Salam, acik rasa berminat la nak tau apa perkara yang korang selalu wat sebelum tidur? berangan ker? bergayut ker? main game ker? dodoikan kucing ker? dodoikan tikus mondok ker? posing2 depan cermin ker? main sms ker? dengar muzik ker? dengar zapin ker? atau apa2 lagi? sharela ngan acik. kalau acik? baring je terus lelap.hehe. 

12 September 2011

Bila Sakit Gigi

Bila Sakit Gigi 

 


Salam, penah dah korang rasa pengalaman bila korang sakit gigi? Acik penah la rasa sekali. Mula2 biasa je rasa. makin lama makin sakit gigi acik. Apa? ehh, acik berus je gigi. .tapi dah nak kena kan? mungkin sebab kawasan yang sukar kena berus kot. macam2 acik beli ubat. selalu pakai ubat serbuk geraham cap kaki tiga kot. tapi sakit jugak. mungkin dah parah. apalagi carik klinik la suh cabut..

Orang kata kalau sakit gigi ni cepat marah? ntahla. acik rasa biasa je. kena kawal emosi la. jangan pikir sangat kesakitan gigi tu. pikir benda lain yang menyeronokkan..teringat la dulu kat sekolah rendah. doktor gigi datang cek gigi pelajar masing2. dulu semua pelajar takot2 termasuk acik ;p. Pengalaman korang lak amacam? ada berani? ;D 

11 September 2011

Bila Motor Rosak

Bila Motor Rosak 

 


Salam, arini den nak cerita kisah motor rosak yang baru berlaku semalam. Malam tu acik kua minum ngan kawan2 kat warung Wakdin. Lepas abis2 lepak dan bersembang, acik pun pulang la. Tiba-tiba moto acik osak pulak. start2 cmau idup. apo laei den tolak la sampai ke rumah. Esoknya acik kona balik melaka. Bila start moto idup lak. cantekkk..

acik pun toruskan perjalanan den yang mengambil maso 2jam setengah biasanya. Tgh dalam perjalanan moto osak laei. acik pun terus bawak moto ke bengkel berdekatan. tukar plug moto. Lepas tu ok dah selama 8 minit sahaja. lopaih tu semput ag..acik teruskan perjalanan walaupun semput. Dah hampir stgh jam perjalanan acik rasa nak patah balik nak g bengkel moto tadi. acik pun patah la balik. kira2 hampir 20 pit stop acik kena berenti untuk sejukkan enjen. kiranya kena rider moto, pastu berenti, rider moto pastu berenti. huh.. acik sabor je. sebab ini mungkin dugaan Allah berikan.

Sejam kemudian acik sampai kat bengkel moto tadi. pomen cek punya cek rupanya suis minyak tutup. Acik ingatkkan kaburetor bocor ke, kuil api tak sapport ke.huhu.Ini semua angkara Cok DIN(bukan  nama sebenar) sebab dio la yg tukarkan nafas enjin moto acik dari nafas K&N kepada keratan botol minyak. sebab keratan botol tu menolak suis minyak kat kaburetor dari buka kepada tutup secara perlahan-lahan apabila terkena goncangan atau goyangan moto. acik mana la nak pasan minyak tutup sebab dilindungi oleh keratan botol tu. Lepas tu acik teruskan perjalanan acik ke Melaka dengan selamat Alhamdulillah.
Bila acik kenangkan balik acik terus tersenyum dengan sinisnya. hehe.

Bila PT masuk!!

Bila PT masuk!! 

 


Salam, "bila pt nak masuk? acik dah tak sabar nak shopping duit pt beli smartphone"

Macamtulah ceritanya bila pt masuk. Mesti enjoy abis makan sedap macam MacD, KFc, A&W, pizzahut, secret recepy, beli barang best2 macam laptop, desktop, smartphone, bayar muka kereta, beli moto sebijik, beli ipad, iphone, dan lain-lain lagi. banyak kalau nak disebut ;p.

Tapi ada jugak yang bijak menyimpan untuk hari tua, untuk kawin,  untuk ibubapa, untuk golongan yang memerlukan. Kadang juga ada simpan untuk belanja seharian takut nanti terdesak nak cari @ nak pinjam kat sape ye dak? hehe, apa barang paling mahal korang beli lepas dapat pt? macam acik beli moto sebijik utk kegunaan pengankutan. member acik lak beli semsung galaxy. mesti member acik terasa ;p. 

10 September 2011

Makanan Yang Selalu Korang Beli Di Pasar Malam

Makanan Yang Selalu Korang Beli Di Pasar Malam 


 

Salam, cakap pasal pasar malam memang berduyun-duyun dan berpusu-pusu orang datang samada nak beli makanan atau barangan keperluan lain. Mane tak nyer pasar malam barangan murah. Di tambah lak dengan makanan sedap2. Dengan murtabak, putu piring, karipap, kuih pau, kueh tewa, mee goreng, laksa, mee bandung, ayam golek, ayam bakar, ayam goreng, burger, hotdog, kentang goreng, kacang rebus dan macam2 lagi lah. 

Pas dah beli makanan, nampak lak air warna-warni macam tembikai, nenas, epal, jambu batu, sirap bandung, cendol, abc, fuhh mesti korang teliur..Acik besa beli ayam goreng, ngan murtabak ngan kueh teaw goreng ngan air tebu. Makanan yang selalu korang beli kat pasar malam lak pe dia? hehe. kongsi2 la ;D. 

Bila Kipas Angin Rosak

Bila Kipas Angin Rosak 

 


Salam, "Amboi hangat bukan men lagi arini, dah laa kipas acik rosak..nak mandi air paip lak panas, duk kat luaq lagi la panas. Mesti hang kata baru panas dunia kan? Apa acik nak wat ni bagi sejuk skit? Cuba hang habaq mai." 

9 September 2011

Perkara Yang Korang Buat Semasa Blackout

Perkara Yang Korang Buat Semasa Blackout 

 


Salam, Kalau nak cakap pasal blackout, acik percaya yang korang pun penah rasa yang rumah korang mengalami blackout (tiada eletrik) samada litar pintas, TNB maintainance bekalan kuasa, korang tak bayar bil letrik, ataupun rumah korang memang takada letrik.

Jadi persoalannya, apa yang korang buat semasa letrik takda? adakah korang takut? korang tidor? korang merenung masa depan? korang bergayut untuk menghilangkan rasa takut? korang main lilin? korang main nyorok2? korang kuar rumah tgk bulan? korang wat bbq kat laman rumah? atau ada yang lain?
meh kongsi ngan acik ;D. 

8 September 2011

Bila Member Nak Kawin

Bila Member Nak Kawin 

 


Salam, gambar kat atas ni menunjukkan Mazlan posing di papan tanda setelah selesai mengutip bijik relai dengan Bu di Afrika semalam. Apa2 pun Si Mazlan ni dah nak ke jinjang pelamin bulan ni << serius . Alhamdulillah, semoga Mazlan bahagia ke anak cucu. Mintak2 malam rewang makan sup tulang. Lama dah  acik tak pekena sup tulang. ngiur oo..Member2 yang duk Felda Selancar 2, sila hadirkan diri anda ok.. Jangan lupa jemput Man Kutu silat depan hang Lan.. Jemput Cik Gopal, dengan orang2 kuat kenduri...

20 Julai 2011

Dengan Kawan Sendiri Pun Sombong

Dengan Kawan Sendiri Pun Sombong 

Salam sejahtera, penah ye engkorang dapat kawan yang sombong dari segi ekonomi dan sosial.. korang paham ke? acik pon tak paham sebenarnya. Acik lukis katun kat atas cepat2 tak sampai 5 minit pon. kenapa yer? sebab acik nak wat entry kt blog...

Kepada kawan2 kat luar sane , jangan sombongla ngan acik..dan acik nak mintak maap kalau korg kate acik sombong. acik manada sombong. acik baik2 ajer.oklah acik rasa pon dah cukup tulisan acik ni. kejap lagi pon acik nak g mancing...terima kasih ye baca..see ar

27 Jun 2011

Tabiat Korang Di Bilik Mandi

Tabiat Korang Di Bilik Mandi 


  1. Macam-macam tabiat korang kat bilik mandi. pertama sekali korang suka menyanyi kat bilik mandi. korang jadikan ubat gigi sebagai mikrophone dan cermin sebagai skrin karaoke disebabkan korang tak terpilih sebagai ahli akedemi fantasia ataupun kialauan emas. Apa nak malu, bukan jiran korang nampak pun.

  2. Tabiat korang di bilik mandi yang kedua ialah korang tak tutup lampu bilik mandi sehingga lah turn kakak korang lak yang mandi. barulah dia tolong tutupkan. Membazir je elektrik. Lain kali letak notis "sila tutup lampu selepas mandi".

  3. Kemudian tabiat korang di bilik mandi ialah suka merawat wajah suci korang di depan cermin. Sambil-sambil tu korang berlakon la depan cermin. Senyum sorang-sorangla depan cermin dan memicit jerawat korang.

  4. Seterusnya korang kadang-kadang tak tutup air dalam bilik mandi sehinggakan bilik mandi korang banjir parat pinggang. Membazir air, jangan lupa tutup air.

  5. Tabiat korang yang yang lain ialah merokok dalam bilik air, sehinggakan puntung rokok bersepah-sepah dalam bilik air. Lantai bilik air pun kena nikotin rokok korang.

  6. Lebih malang lagi korang tak flush toilet korang...dah la. abis la dah topik ni.hehe ;p

Impian Blogger

Impian Blogger


Sape nak popularkan blog? mesti sume nak kan? itulah impian blogger masa sekarang. Apa yang penting korang kena la kayuh pelan-pelan. Kandungan blog mesti mantap, tajuk mesti tiptop. Ade juga blogger main blog hanya untuk menyampaikan informasi, ade juga yang saje-saje, ade yang main blog hanya untuk melepaskan perasaan atau tekanan, dan macam-macam lagi lah. Apa yang penting benda yang kita sampaikan tidak mendatangkan keburukan. Selamat berblogging semua rakyat jelata.

26 Jun 2011

Aktiviti Hujung Minggu Korang

Aktiviti Hujung Minggu Korang 




  1. Mesti banyak aktiviti hujung minggu korang. Pertama sekali korang luangkan masa untuk bersukan pada hujung minggu, seperti main futsal, main badminton, bowling, snooker, jogging, bola sepak, baling kasut, sepak raga,  dan lain-lain lagi. aktiviti macam ni bagus untuk kesihatan korang di samping mencergaskan minda.

  2. Aktiviti hujung minggu korang yang kedua ialah beriadah seperti pergi bercuti ke Langkawi 3 hari 3 malam, pergi bersantai di tepi pantai, pergi masuk hutan, mandi air terjun, mandi air panas dan juga air suam. Aktiviti seperti ini dapat melepaskan tekanan perasaan korang dari belenggu masalah dan tekanan kerja. Korang pergi dengan muka tekanan lepastu korang balik dari beriadah dengan senyuman.

  3. Kemudian, aktiviti menjual dan membeli tidak ketinggalan bila hujung minggu korang. Ada yang menjual  barang masa hujung minggu seperti menjual sirap ais di simpang Kampung Kancil. Ada juga yang membeli pada hujung minggu seperti membeli barang-barang runcit, shopping, beli tiket wayang, beli buku dan juga beli belian.

  4. Seterusnya ada juga yang luangkan hujung minggu diorang dengan aktiviti bersembang, melepak, borak kosong, jumpa ahli kelab kereta, kelab moto, dan kelab basikal. Bagus juga aktiviti macamni, mewujudkan dan mengukuhkan silaturahim antara  saudara-saudara kita.

  5. Ade juga yang suka bekerja ketika hujung minggu seperti mencangkul batas, menyimen rumah, menghantar surat, menggali longkang, menebas rumput, memesin rumput, meracun, menunggu buah durian jatuh, menanam sayur-sayuran dan banyak lagi lah...

  6. Selain dari itu aktiviti korang duk kat rumah je. Itu jelah kot, kalau korang ade idea seterusnya sila ambil no dan isi form dibawah ;D



Perkara Yang Korang Biasa Buat Di Rumah

Perkara Yang Korang Biasa Buat Di Rumah 


  1. Perkara yang korang biasa buat di rumah ialah tengok tv. Kadang-kadang korang pun makan nasik sambil tengok tv. Rancangan kegemaran korangla seperti carekarama, selamat pagi malaysia, melodi, amboi amboi amboi, anugerah juara lagu, akedemi fantasia, raja lawak, maharaja lawak, dan berita awani

  2. Kemudian perkara yang korang biasa buat kat rumah ialah menyapu sampah, mengemas bilik, menyapu laman rumah, siram pokok bunga, basuh pinggan, basuh baju dan tidak ketinggalan menjemur baju.

  3. Korang juga membuat perkara yang elok di rumah seperti menjahit pakaian, menyulam kain, menyulam tikar, dan membakar roti. banyak manfaat nye buat perkara sebegini. walaupun korang tak setanding dengan catwoman korang pun boleh jadi businesswoman.

  4. Kalau dah bosan tengok tv, korang pun membuka laptop/pc dan bermain solitare ataupun pinball atau pun game2 lain. Ade internet ke? men facebook la, men myspacela, main blogla, main twitterla, youtube juga tidak ketinggalan. Ok la, asalkan isi masa lapang korang.

  5. Lepas tu korang pun dah penat wat perkara-perkara di atas, apa lagi amik bantal duk bawah kipas, pasang kipas no 5. tidola lagi....zzzz

25 Jun 2011

Sebab-Sebab Korang Nak Putus

Sebab-Sebab Korang Nak Putus 


  1. Pertama sekali, Sebab korang nak putus adalah kerana korang jumpa pakwe/makwe lain yang korang lebih minati. Contohnya seperti Abu pakwe Senah. Senah telah di ngorat oleh Ali. Lalu Senah pun bercadang untuk menjadikan Ali sebagai pakwe baru. Abu pun kecewa mandi tak basah..

  2. Seterusnya, sebab korang nak putus kerana korang rasa korang tak sehati sejiwa ataupun tak sepadan. Contohnya seperti Mail pakwe Jenab. Tapi Jenab selalu ade selisih paham dengan Mail. Lalu Jenab pun mengambil keputusan peperiksaannya dan bercadang untuk putus sebab Mail tak memahami Jenab.

  3. Sebab yang seterusnya ialah berbeza kedudukan. Contohnya Anuar dilantik menjadi guru besar sekolah ulu chek yam, tapi aweknya Poah hanya penjual karipap. Anuar mintak putus sebab Poah tidak setaraf dengan dia.

  4. Kemudian, sebab korang nak putus kerana korang sudah bosan. Contohnya seperti Guna yang bosan dengan tingkah laku aweknya iaitu Sephia yang selalu mandi sungai.

  5. Sebab korang nak putus juga kerana korang curang dengan awek/pakwe korang. Contohnya seperti Endut yang   nampak aweknya pergi minum cendol dengan lelaki lain di kedai cendol Pak Dol. Lalu Endut pun mintak putus dengan aweknya.

  6. Lepas tu, sebab korang nak putus kerana korang sedia mengundur diri demi kebahagiaan orang lain. Contohnya seperti Temah melepaskan Naim untuk berkahwin dengan Naimah.

  7. Sebab korang nak putus yang terakhir adalah kerana mak bapak korang dah aturkan jodoh korang dengan siapa. ataupun mak bapak korang tak setuju dengan perhubungan korang. Contohnya seperti Remy mengatakan kepada Ros yang bapaknya tidak sukakan hubungan mereka berdua. Lalu mereka buat haluan masing-masing.

24 Jun 2011

Port Biasa Korang Dating

Port Biasa Korang Dating


  1. Panggung wayang merupakan salah satu port biasa korang dating. untuk mengukuhkan lagi ikatan setia korang sambil tengok cerita yang romantik seperti Syurga Cinta, Awekku Bukan Awekmu, Aku masih dara, dan jangan pandang belakang congkak.

  2. Kemudian port biasa korang dating di kedai makan atau kawasan fast food, Sambil korang makan sambil tu korang boleh minum air. Sembang-sembang pasal persitiwa yang berlaku pada hari itu kat awek/pakwe korang. Ada baik jugak makan kat fast food. nanti beli makanan combo percuma hadiah peraut pensel mac donald, korg boleh hadiahkan kat awek korang.

  3. Ade lagi port biasa korag dating mesti kat tepi pantai, konon nak amik angin pantai, romantik gitu. Pastu beli keropok ikan tepi jalan dan makan same2. suap menyuapla konon. gila panggung ko ;p....Untuk yang dah beristeri/bersuami tu elokla...menguatkan lagi sillaturrahim suruhan tuhan.

  4. Terakhir sekali, port biasa korang dating dekat taman seperti taman jogging, taman selesa, taman permainan ataupun di taman bunga. Elok jugak sambil dating wat keje lain seperti memancing, jogging, lari 100 meter, larian baton, ataupun lompat jauh. Sambil2 tu dapat menjaga kesihatan kita :). Oklah aku dah xde idea. Tengok sok lak tajuk ape lak aku nak bergurau :D