Aktiviti Hujung Minggu Korang
Aktiviti Hujung Minggu Korang
- Mesti banyak aktiviti hujung minggu korang. Pertama sekali korang luangkan masa untuk bersukan pada hujung minggu, seperti main futsal, main badminton, bowling, snooker, jogging, bola sepak, baling kasut, sepak raga, dan lain-lain lagi. aktiviti macam ni bagus untuk kesihatan korang di samping mencergaskan minda.
- Aktiviti hujung minggu korang yang kedua ialah beriadah seperti pergi bercuti ke Langkawi 3 hari 3 malam, pergi bersantai di tepi pantai, pergi masuk hutan, mandi air terjun, mandi air panas dan juga air suam. Aktiviti seperti ini dapat melepaskan tekanan perasaan korang dari belenggu masalah dan tekanan kerja. Korang pergi dengan muka tekanan lepastu korang balik dari beriadah dengan senyuman.
- Kemudian, aktiviti menjual dan membeli tidak ketinggalan bila hujung minggu korang. Ada yang menjual barang masa hujung minggu seperti menjual sirap ais di simpang Kampung Kancil. Ada juga yang membeli pada hujung minggu seperti membeli barang-barang runcit, shopping, beli tiket wayang, beli buku dan juga beli belian.
- Seterusnya ada juga yang luangkan hujung minggu diorang dengan aktiviti bersembang, melepak, borak kosong, jumpa ahli kelab kereta, kelab moto, dan kelab basikal. Bagus juga aktiviti macamni, mewujudkan dan mengukuhkan silaturahim antara saudara-saudara kita.
- Ade juga yang suka bekerja ketika hujung minggu seperti mencangkul batas, menyimen rumah, menghantar surat, menggali longkang, menebas rumput, memesin rumput, meracun, menunggu buah durian jatuh, menanam sayur-sayuran dan banyak lagi lah...
- Selain dari itu aktiviti korang duk kat rumah je. Itu jelah kot, kalau korang ade idea seterusnya sila ambil no dan isi form dibawah ;D
Related Posts : bergurau
aktviti ujong minggu paling best sekali bagi sy adalh beriadah dan bersiar2 dgn family / member2..
BalasPadamkuar dating ngn skandal.. huhu
BalasPadam