23 Jun 2011

Apa Lelaki Perlu Tahu Tentang Perempuan

Apa Lelaki Perlu Tahu Tentang Perempuan


  1. Pertama sekali perempuan ni kuat merajuk, jadi korang kena pandai jaga hati mereka. Jika dia asik merajuk je. korang cuba mengajuk-ngajuk kawan korang ataupun kambing yang lalu di depan korang sehingga dia tersenyum sinis. Kalau tak berkesan, korang nyanyikan lagu rajuk di depan dia sehingga dia terpegun dengan suara korg.

  2. Kemudian perempuan ni suka di puji. Contohnya Pak Seman selalu memuji anak perempuannya yang bernama Poah. Poah selalu dapat A+ dalam matematik. Sehingga sekarang Poah sudah menjadi guru matematik di baling kedah akibat dari galakan dan pujian ayah beliau. Pak Seman pula mendapat sijil kepujian kerana selalu memuji anaknya  belajar bersungguh-sungguh.

  3. Perempuan juga seorang yang pemaaf dan lembut hatinya. Contohnya, Jika korang tercurik pensel 2B Stacy di sekolah. Korang kena bagitahu kat Stacy kerana dia takkan marah kan korang. Dia akan maafkan kesilapan korang. Lama-lama korang pun bercinta... Eh takdelah ;p

  4. Lagi satu, perempuan ni suka kan kecantikan. Jika korang sudah beristeri korang barang-barang kecantikan untuk isteri korang seperti gincu, pemerah pipi, dedak, eh..bedak, baju lawa2, dan yang paling penting baju yang menutup aurat ;p

  5. Akhir sekali perempuan ni kuat bershopping, bila hujung bulan korang kena sediakan duit untuk shoppingan isteri korang. Pantang nampak barang menarik je mesti nak beli seperti skateboard, kayu hoki, baju fesyen terkini, pengetam rambut dan lain-lain lagi. Okla, asalkan dia tak shopping laki lain sudah ;p

8 ulasan:

Comment Jom