Photoshop Designer

25 Jun 2011

Sebab-Sebab Korang Nak Putus

Sebab-Sebab Korang Nak Putus 


  1. Pertama sekali, Sebab korang nak putus adalah kerana korang jumpa pakwe/makwe lain yang korang lebih minati. Contohnya seperti Abu pakwe Senah. Senah telah di ngorat oleh Ali. Lalu Senah pun bercadang untuk menjadikan Ali sebagai pakwe baru. Abu pun kecewa mandi tak basah..

  2. Seterusnya, sebab korang nak putus kerana korang rasa korang tak sehati sejiwa ataupun tak sepadan. Contohnya seperti Mail pakwe Jenab. Tapi Jenab selalu ade selisih paham dengan Mail. Lalu Jenab pun mengambil keputusan peperiksaannya dan bercadang untuk putus sebab Mail tak memahami Jenab.

  3. Sebab yang seterusnya ialah berbeza kedudukan. Contohnya Anuar dilantik menjadi guru besar sekolah ulu chek yam, tapi aweknya Poah hanya penjual karipap. Anuar mintak putus sebab Poah tidak setaraf dengan dia.

  4. Kemudian, sebab korang nak putus kerana korang sudah bosan. Contohnya seperti Guna yang bosan dengan tingkah laku aweknya iaitu Sephia yang selalu mandi sungai.

  5. Sebab korang nak putus juga kerana korang curang dengan awek/pakwe korang. Contohnya seperti Endut yang   nampak aweknya pergi minum cendol dengan lelaki lain di kedai cendol Pak Dol. Lalu Endut pun mintak putus dengan aweknya.

  6. Lepas tu, sebab korang nak putus kerana korang sedia mengundur diri demi kebahagiaan orang lain. Contohnya seperti Temah melepaskan Naim untuk berkahwin dengan Naimah.

  7. Sebab korang nak putus yang terakhir adalah kerana mak bapak korang dah aturkan jodoh korang dengan siapa. ataupun mak bapak korang tak setuju dengan perhubungan korang. Contohnya seperti Remy mengatakan kepada Ros yang bapaknya tidak sukakan hubungan mereka berdua. Lalu mereka buat haluan masing-masing.

8 ulasan:

  1. kalau nak putus, ada je alasankan.. huhu..

    BalasPadam
  2. sebb nak putus : dah jumpe pakwe lagi best/kaya/hensem/wangi/ dr sebelum nih..miaaahahhahhaa...

    BalasPadam
  3. mcm2 kerenah nk putus ;p

    BalasPadam
  4. hurm....memang apa yg dikatakan sumenya pernah berlaku..
    tapi bila salah sorang dah setia, kdg2 ada jugak yg putus tanpa kata pape.. hilang mcm tu jer...

    peace

    BalasPadam
  5. sebab saje suke2.....ahahahha

    BalasPadam
  6. grrrr..geram je bile jadi camnie..huh..

    BalasPadam
  7. comel lah nama2 watak tu sume
    hee

    BalasPadam
  8. SEMUA TU ALASAN..KALAU TAK SETIA ADA JE ALASAN

    BalasPadam

Comment Jom