22 Jun 2011

Tanda Kawan Tak Suka Tingkah Lakumu

Tanda Kawan Tak Suka Tingkah Lakumu 



  1. Buat hal sendiri -- Kawan korang hanya buat hal diorang sendiri tanpa mengajak korang. Contohnya dia nak pegi mandi swimming pool tanpa mengajak korang. Lantas korang pon hanya mandi air kolah sahaja..Langkah penyelesaian, korang kena jaga hati kawan korang seperti belanja air sirap di kedai makan Pak Lang.

  2. Mengumpat korang -- Korang mendapat tau yang kawan korang selalu mengumpat korang di belakang. Contohnya diorang mengatakan kamu suka membebel. Jadi langkah penyelesaian korang kena kua bersendirian dan membebel dengan si tompok, iaitu kucing jiran sebelah.

  3. Menjauhkan diri -- Kawan-kawan korang mula menjauhkan diri dengan korang. Langkah penyelesaian korang kena buat baik dengan member korang seperti melakukan acara gotong royong dengan kawan-kawan anda membersihkan tadika sekolah KEMAS.

  4. Tak ambil kisah -- Korang sudah tidak di ambil kisah oleh kawan-kawan korang. Kawan korang nak tegur korang pon dah malas akibat sikap buruk korang. Jadi langkah penyelesaiannya adalah korang kena buangkan sikap buruk seperti malas ke dalam tong sampah. tak pon korang beli buku kaunseling dan baca di dalam bilik. Jangan lupa tutup pintu, takot kantoi dengan member korang.

  5. Mencari sahabat baru -- Tanda yang terakhir kawan korang mula mencari sahabat baru sebagai pengganti korang. Jangan bersedih. Korang kene mula buku baru. Langkah penyelesaiannya ialah, korang bangun di awak pagi dan membeli roti canai untuk kawan korang. Dan jangan lupa juga beli teh tarik. Moga kawan kamu mula menyukai kamu.


// ingat jangan lupakan kawan-kawan ;)

5 ulasan:

  1. lawak gilerr.. haha


    -------------------------------------
    nak ajak join komuniti terbaru di Malaysia. Join dan dapatkan traffik percuma. http://www.ohbelog.com/

    BalasPadam
  2. ermmm..sedih bile sume2 tu jadi..kita jadi sendiri menyendiri..

    BalasPadam

Comment Jom