Photoshop Designer

28 Mei 2011

Sahabat Susah Senang

Sahabat Susah Senang

Salah satu adab bersahabat ialah hendaklah kita fikirkan tentang sahabat ketika susah dan senang.

Abu simpati dengan kesedihan Ali


Keratan ceramah Ustaz Ismail Kamus - Adab Bersahabat

// browser internet anda mesti ada flash player

Tawan Bukit Beruang

Tawan Bukit Beruang 


GuwaRastaMat berdiri megah di puncak Bukit Beruang

Salam sejahtera, semalam member wa ajak wa tawan Bukit Beruang Melaka. Wa follow je...sebab wa pon xpenah pegi walaupun penah duduk kawasan tu.haha...Gerak kol 5.30 petang, balik kol 7 petang. Suasana kat sane memang santai. sebab angin pon macam angin pantai..selesa. tapi jalan tu memang curam.


Tengah-tengah jalan ade la sekumpulan monyet tengah santai makan betik. Nasib bek la monyet, kalau kera tu cuak la gak nak lintas. sebab wa penah gak kena kejor ngan kera yang ganaz. besar pon besar keranya. Gigi taring panjang macam jari...Bagus jugak la ramai yang daki Bukit Beruang sebagai aktiviti senaman mereka..



27 Mei 2011

Selamat Bercuti

Selamat Bercuti 

Salam sejahtera. kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar. termasuklah pelajar UTeM, (FKP, FKE, FKM, FKEKK, FPTT, FTMK) terutama sekali pelajar BITM tahun 2 sem 2 yang baru sahaja menempuh amalan kejuruteraan. hehe...

abu sedang rilex di tepi pantai
Selamat bercuti semua. apa rancangan cuti ni? carik kerja? lepak kampung? jual burger? menjait? melancong? menganggur? tanam padi?

Pada member2 yang sedang PSM dan Latihan Industri, goodluck dude!

26 Mei 2011

Hari Terakhir Amalan Kejuruteraan

Hari Terakhir Amalan Kejuruteraan 

Salam sejahtera. Hari ni merupakan hari terakhir aku dan kawan Fakulti Teknologi Maklumat untuk amalan kejuruteraan. Fakulti terakhir kami di FKEKK(Fakulti Kejuruteraan Eletronik Dan Kejuruteraan Komputer). Ada 2 module je. Dekat Lab Makmal Mikroeletronik kami di ajar menggunakan software menghasilkan circuit. Aku lupa dah nama softwarenye ;p.

Secara keseluruhnya aku amat berpuas hati dengan amalan kejuruteraan ni kerana banyak belajar basic di fakulti-fakulti lain. Staff dan lecture yang mengajar pon baik dan peramah..;D


Akhir sekali aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar yang terbabit dengan amalan kejuruteraan ni termasuk lah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal(FKM), Fakulti Kejuruteraan Pembuatan(FKP), Fakulti Kejuruteraan Eletronik Dan Kejuruteraan Komputer(FKEKK), Fakulti Pengurusan Teknologi & Keusahawanan (FPTT), Fakulti Kejuruteraan Eletrik(FKE) dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK). beserta dengan lecture dan staff terbabit.


Kat bawah ni ade gambar di Fakulti Kejuruteraan Eletronik Dan Kejuruteraan Komputer. Sebab memang cantik landscape kat fakulti ni..

24 Mei 2011

Cerita Pasal Keraguan

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Cerita kali ini tentang keraguan. atau pun bermaksud tak yakin. Keraguan datang dari bisikan syaitan.

abu ragu-ragu mengambil air sembahyang


Pada suatu hari seorang pelajar ingin mengambil air sembahyang. Setelah selesai mengambil air sembahyang dia berasa ragu-ragu dia dah basuh kepala ke belum.

Dia pergi balik mengambil air sembahyang. Selepas itu dia masih ragu-ragu mengambil air sembahyang

Dia pun berjumpa dengan Ustaznya menerangkan keadaan nya. Ustaz mencadangkan supaya dia niat dan terjun ke dalam kolam dekat surau itu. Pelajar tu pon berbuat demikian

Dia pon berjumpa dengan Ustaznya dan menyatakan dia masih ragu-ragu. Lantas Ustaznya menyuruh dia jangan sembahyang. Pelajar itu bertanya. Kenapa?
Ustaz menjawab: sebab awak gila...


// Jangan keraguan itu mengatasi keyakinan.
// Tinggalkan apa-apa yang meragukan kepadamu kepada sesuatu yang tidak meragukan.

22 Mei 2011

Menghormati Tetamu

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Pada suatu hari, sedang aku melepak di depan rumah kawan ku, kelihatan seorang jiran datang ke rumah kawan ku. Setelah 15 minit berlalu, terdengar jiran mengatakan mane airnya? Sepatutnya kita yang patut memberi air minuman kepada jiran yang datang ke rumah kita sebagai tanda kita menghormati tetamu atau jiran kita...

menghormati tetamu yang datang ke rumah kita

Apa kelebihan menghormati tetamu?
Apabila kita menghormati tetamu yang datang ke rumah kita, kita akan memperolehi seribu keberkatan.


Wah...banyaknya keberkatan. Lebih banyak kita menghormati tetamu, lebih bahagialah keluarga dan juga jiran tetangga kita. Kena ingat tu. Jangan tetamu datang kita wat tak tau plak...;p

21 Mei 2011

Salah Siapa ?

Salah Siapa ? 

Salam sejahtera kepada semua pembaca...Kalau korang tengok gambar kat bawah paham dak? kalau paham korang memang kreatif ;)

Subtopik kali ni aku nak ketengahkan:

  • Jangan rasa kita hebat (ujub)
  • Jangan hina orang lain yang berbuat baik
  • Jangan selalu salahkan orang lain
  • Rendah diri (tawadduk)


Semoga kita sama-sama memperolehi asas amalan dan sikap di atas.
Semoga juga kita sama-sama bahagia di alam akhirat kelak.
Amin....


20 Mei 2011

Cerita Pasal Bercakap

Cerita Pasal Bercakap 

Salam kepada semua pembaca, semalam aku cerita pasal diam. skang aku nak cerita pasal bercakap plak...hehehe. Kurang bercakap melainkan apa yang perlu sahaja merupakan salah satu tanda orang berbahagia
bestnya....;)

abu tertekan mendengar perleteran bapanya.


Bak kata ahli falsafah:
Biar menyesal tak bercakap daripada menyesal bercakap


Kemudian bak kata ahli tassawuf:
Bercakap itu tengok masa. Jangan melepaskan percakapan yang masanya belum sampai.


Jangan bercakap sesuatu yang kita tak tahu, dan jangan bercakap yang kesemua kita tahu.

Akhir sekali bak kata orang melayu:
Kalau diam itu emas, bercakap itu perak, eloklah diam

19 Mei 2011

Cerita Pasal Diam

Cerita Pasal Diam 

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, kali ni aku nak cite satu kisah berkenaan dengan diam.
Penah dengar dak falsafah tentang diam?

Diam itu orang kata bodoh?


abu seorang yang pendiam
Pada satu hari seorang ustaz sedang mengajar anak muridnya. Pada akhir sidang pelajaran. Ustaz tu bertanya kepada anak muridnya.

Ustaz: Ada apa-apa soalan?

Anak murid: ...

Ustaz: Awak yang hujung tu diam je? ada soalan?

Anak murid: ..errr..Bilakah  waktu kita berbuka puasa?

Ustaz: Apabila terbenamnya matahari kenalah berbuka..

Anak murid: Ustaz, kalau matahari tak terbenam jugak ?

Ustaz: ...... Eloklah engkau diam..


Kesimpulan: Boleh juga bertanya, tapi jangan bagi soalan yang pelik-pelik...;p

Lazimkan oleh kamu dengan diam, kerana bahawasanya diam itu menolakkan diri daripada syaitan

18 Mei 2011

Cerita Pasal Bersin

Cerita Pasal Bersin 

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Pertama sekali nak tanya kat korang, penah dengar dak ayat falsafah ni?

Kita berjalan jantung berjalan, kita tidur jantung berjalan,
Kita berhenti jantung berjalan, jantung berhenti kita jalan.

dua situasi bersin yang berbeza

Sebab apa kita kena sebut Alhamdulillah selepas bersin? Sebabnya ketika bersin jantung berhenti seketika. Jadi lepas bersin sebutlah Alhamdulillah sebagai tanda bersyukur jantung kita kembali berjalan.

Apabila kawan kita bersin dan dia sebut Alhamdulillah,
Kita berada disebelah menjawab Yarhamukallah.

Janganla lepas bersin sebut excuse me plak ;p

17 Mei 2011

Cerita Pasal Busking

Cerita Pasal Busking 

Salam kepada semua pembaca, wa teringat pasal zaman era 90an. Dimana kegemilangan muzik-muzik rock berkumandang di jalanan. hahah..Kalau lu orang tengok Filem Rock lu paham la cite2 zaman kegemilangan rock.Dulu boleh la kalau nak busking (main gitar tepi jalan sambil letak tin kosong pastu orang bagi kita duit)..Wa setakat busking kt tepi jalan kt simpang penah la...lepak2.


Kalau nak cite sekarang soryla kalau nak busking tepi jalan. Malam tido lokap la korang kena tangkap dengan Majlis Bandaraya. Haaha, susahla sekarang kalau nak jadi artis segera. Kecuali kalau korang lepas Akedemi Fantasia, One In Million dan sebagainya..

Men gig pon bleh lahirkan artis-artis segera. Tu pon kalau komposer minat ngan band korang..Wa pon pnh tubuh band. tapi sementara je. penah dapat sijil Battle Of The Band Peringkat Matrikulasi tu, dpt no 2 ;p
Jom layan BPR - Hidup era 90an


16 Mei 2011

Amalan Kejuruteraan FKM

Amalan Kejuruteraan FKM

Salam kepada semua pembaca, pada hari ke 4 kami pelajar Fakulti Teknologi Maklumat(FTMK) beralih ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal(FKM) selama 3 hari lagi. Pada hari pertama 12 Mei 2011 kami di ajar menggunakan CES 2011 EDUPACK iaitu software yang menerangkan penggunaan/ciri-ciri material( bahan) pada peringkat  universiti.

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Di UTeM
Pada hari ke dua di FKM kami semua wat praktikal plak, besi bersaiz sederhana di ukur, di ketuk, di gerudi, di gergaji, di kikir dan di kertas pasir kan. Lama oo, sampai 5 jam. tu pon masih blum siap...haha.
Apa2 pon aku dan rakan2 yang lain tetap enjoy dengan praktikal tersebut...santai

antara kerja-kerja yang kami buat
Hari ke tiga blum lagi...

Nak tag rakan2 amalan kejuruteraan:

15 Mei 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke-7 3gp

Maharaja Lawak Minggu Ke-7 3gp

Salam kepada semua pembaca...saje nak share ngan korang lepas aku dh convert Maharaja Lawak Minggu Ke-7 ke 3gp. File ini achive. Ade 6 kumpulan seperti Jozan, Jambu, Balas, Amir, Nabil, Sepah.
Jangan lupa password nyer: lawak 


Link >> http://www.4shared.com/file/1hwNE3-U/maharaja_lawak_minggu_ke7.html

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

Salam semua. Di kesempatan ini , aku rasa masih sempat nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru seluruh dunia yang banyak berbakti meluaskan ilmu pengetahuan, terutama sekali kepada cikgu2 aku kat Sekolah Kebangsaan LKTP, Sekolah Menengah Perwira Jaya, Matrikulasi Negeri Sembilan serta Universiti Teknikal Malaysia Melaka.


Selamat hari guru



Dan lagi satu aku pon nak ucapkan selamat hari guru kepada abang aku, kakak ipar aku, serta sedara2 yang terdekat. Teruskan perjuangan...Insyaallah aku pon nak jadi cikgu ;p
Banyak sangat pengalaman yang tak dapat dilupakan dengan cikgu2 semua sehinggakan aku pon boleh menjejakkan kaki hingga ke universiti...Terima kasih cikguuu!!

12 Mei 2011

Hari Ke-2 Dan Ke-3 Amalan Kejuruteraan

Amalan Kejuruteraan

Utem Kampus Bandar
Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknologi Keusahawanan

Pada hari ke-2 , wa start moto pkol 8 setengah pagi, nak citer skit dalam perjalanan ade la sebuah kete Proton Exora bukan men x lagi kat jalan raya. Orang lain pon lambat gak. jangan nak hon sane, hon sini kat jalan raya. ade ke hon blakang wa. terkejut wa. Kalau ade spoket wa baling dah kat kete tu. Lebih sadis lagi pompuan kot yang bawak.

Santai dalam bilik kuliah


Macam besa hari ke-2 blaja Microsoft Project gak. Tapi dalam kumpulan. Kena wat satu contoh project untuk presentation. Kami bersepuluh wat tajuk movie production. Macam-macam la kene wat seperti Tasklist, Goal, Objecktive, Cost, Resource, Network Diagram, dan lain2. Keje aku wat diagram kat kertas mahjong. Kami bedal je berdasarkan pengalaman subjek System Development dan Audio Video Technology.

Nordin dan Apiz Idzri rela muka dipaparkan di sidang media

Pada hari ke-3 merupakan penerangan dengan lebih detail lagi tentang project management dan kegunaan Microsoft Project. Macam kuliah. Best, Santai, Relax. Kemudian buat group dan terangkan kelebihan dan kelemahan content Microsoft Project. Pastu ade kuiz buat Gantt Chart. Sempoi. senang je ;p
Bersambung dengan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal pada esok hari...

info: Amalan kejuruteraan First Attempt Di UTeM

10 Mei 2011

Hari Pertama Amalan Kejuruteraan

Hari Pertama Amalan Kejuruteraan


Salam kepada semua pembaca, semalam merupakan hari pertama amalan kejuruteraan. Kenapa? Sukatila aku nak citer.. wakaaka...Semalam wa belajar Microsoft Project. Sebelum ni dah blaja subjek system developtment.
Skang blaja lagi detail la. cite pasal Gantt Chart, Time Delay, Project Management, dll

Pastu lukis root task untuk company. Best woo...rasa wa ni macam Project Manager je..Insyaallah..

8 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu


Salam dan selamat sejahtera. Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu seluruh dunia terutama sekali ibu saya. Semoga ibu saya dan ibu yang lain berada dalam keadaan sihat sejahtera, bahagia dan gembira ;).

7 Mei 2011

Page Speed Online

Page Speed Online


Salam sejahtera kepada pembaca sekalian, wa tgh usha-usha StumbleUpon. Pastu wa pasan page speed online dari googlelabs. Jadi wa nak share gak same lu olang...

Page speed online bukan kira bape banyak data transfer per saat. Tapi diberi percentage speed website atau blog kita..Contohnya seperti berikut:

The page Blog Apis got an overall Page Speed Score of 77 (out of 100).

Selain itu page speed beri kita recommendation (cadangan) untuk menambahkan kelajuan blog/website kita. 
  1. High priority = kelajuan paling lembab
  2. Medium priority = kelajuan sederhana
  3. Low priority = kelajuan pantas
  4. No suggestion = kelajuan paling pantas.

tryla tengok ;D

6 Mei 2011

Mari Menari !

Tarian Tradisional

usop ngan abu yang sedang asyik menari

Salam dan selamat sejahtera  kepada pembaca semua. Kali ni wa pon bosan2 gak, wak wt la tajuk mari menari.
Pada masa sekarang ni wa rasa kurang dah yang mengamalkan tarian tradisonal. Sebab apa? Mungkin sebab pengaruh Barat yang kuat kot. Lame-lame tarian tradisional luput ditelan zaman.

Apa kepentingan tarian tradisional? Secara tak langsung tarian tradisional mewujudkan perpaduan antara rakyat seterusnya dapat mengekalkan budaya masyarakat melayu yang majmuk. Wa nak cite same lu olang. Wa ade pasan orang mane tah upload video kat Youtube. Ade ke Silat Melayu di tukar kepada Shuffle ngan Breakdance untuk mempersembahkan kepada pengantin bersanding?kalau nak tengok carik sendiri ;p.


Berikut merupakan Senarai Tarian Tradisional

  1. MAKYONG
  2. ZAPIN
  3. TARIAN GAMELAN
  4. TARIAN CIK SITI WAU BULAN
  5. TARIAN ULIK MAYANG
  6. JOGET
  7. TARIAN SARAH
  8. TARIAN CERACAP INAI
  9. TARIAN ASYIK
  10. TARIAN AYAM DIDIK


Amacam penah dengar ke nama-nama tarian di atas? 

Download Maharaja Lawak 3gp

Download Maharaja Lawak 3gp

Salam kepada pembaca, wa boring2, wa tolong convertkan dan share ngan korang video maharaja lawak 3gp.Tapi wa xconvert semua terus. convert satu2 pkai adobe premier. video yg lain wa update kemudian.. hope korang enjoyyy..

hahahaha

Siapakah yang akan bergelar Juara Maharaja Lawak?

Maharaja Lawak Jozan Minggu Pertama [download]
Maharaja Lawak Jozan Minggu Ke-2 [download]
Maharaja Lawak Jozan Minggu Ke-3 [download]
Maharaja Lawak Jozan Minggu Ke-4 [download]
Maharaja Lawak Jozan Minggu Ke-5 [download]



Maharaja Lawak Sepah Minggu Pertama [download]
Maharaja Lawak Sepah Minggu Ke-2 [download]
Maharaja Lawak Sepah Minggu Ke-3 [download]
Maharaja Lawak Sepah Minggu Ke-4 [download]
Maharaja Lawak Sepah Minggu Ke-5 [download]

Nabil, Jambu, Man, Balas, Amir in progress..


Maharaja Lawak Sepah Minggu Ke-7 3gp



Sambil tu jgn lupe vote my blog yer :)

5 Mei 2011

Cerita Pasal Guli

Cerita Pasal Guli

Hassan Juara Guli Peringkat Rumah Kuning di Kampung Timun

Salam, kepada pembaca. dan selamat sejahtera. Tengah2 wa duduk bosan2 belek laptop. Tiba-tiba datang satu idea . Wa nak cite pasal permainan tradisional. Dulu dh besa dh wa men guli. Time baru darjah 3 kot. Wa dh berkecimpung dalam sukan yang xberpeluh ni. Tapi berpeluh gak sbb time kecik panas ujan tak dikiranya. Asalkan dapat bergelar juara.

Permainan guli macam-macam jenis. Contohnya letak guli dalam bank. Taruh bape banyak guli. sape dapat kuarkan guli dari bank. Maka guli tu hak tuih..eh, guli tu hak dia. Pastu. Men tuju-tuju. Sapa yang kena tuju maka bergelar Looser. Ada lagi, buat lubang. Buat garisan yang jauh dengan lubang. Pastu baling segerombolan guli ke dalam lubang. Sape dapat masukkan paling banyak dialah bergelar juara.

Dulu punya citer, Guli pun leh wat bisnes. Ade yg jual 2 bijik seposen, 10 bijik seposen. Ada lagi, masa Sekolah Agama. Time rehat pon leh men guli. Sanggup xmakan.Panjang lagi cerita ni...tapi dipendekkan

Sekian,
Korang ade ke pengalaman men guli?

3 Mei 2011

Video: Osama Bin Laden

Osama Bin Laden 


Salam kepada semua pembaca. Tadi wa usha2 news kat Google Reader. Wa tengok punya la meletup-letup US buat news pasal Kematian Osama Bin Laden. Wa baca punya baca. US seronok dengar khabar kematian Osama. dengan kosa kata "Justice Has Been Done".

Apa-apa pun kita sedekahkan Al-Fatihah atas kematian perjuang Osama Bin Laden...
Samada betol atau tidak kita serahkan segalanya kepada Allah Maha Kuasa.

Cerita Pasal Snooker

Cerita Pasal Snooker

by apisv2
Seman pemain snooker terkenal Kampung Lalang

Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca..Tadi tiba-tiba aku nak buat post pasal snooker...Lepas dah buat gambar kat atas, tak da idea lak nak tulis pasal per. Apa-apa pun pada masa sekarang memang ramai remaja-remaja seronok bermain snooker. Bagus jugak hangout men snooker dari hangout merempit kat jalan raya;p

Macamane men snooker? snooker tak silap aku ade 13 bijik bola merah, 6 bijik bola kaler dan sebijik bola cue ball wane putih..Mula2 masukkan bola merah, kemudian bola kaler...sampai abis..bilangan mata untuk keseluruhan maximum adalah 147 mata.

Sape kalah bayar ! itulah command biasa kepada pemain snooker. Kadang-kadang ade gak yang men lucky ball. Macam judi jugak. Malas aku nak cerita..haha
Men snooker pon janganla dari malam sampai ke pagi ;p

Sekian,

Apa itu RSS Feeds ?

Apa itu RSS Feeds ?

apa itu rss feeds

Salam kepada semua pembaca. dan selamat sejahtera. Nak terangkan sedikit pasal RSS feeds. Kepada sape yang dah tahu kene lebih tahu ;p. RSS feeds adalah cara popular bagi mempromosikan artikel atau kandungan blog mereka dengan mudah.

Contohnya: Apabila Ali update kandungan blog, salah seorang dari kawan Ali iaitu Senah langgan
(subscribe me) feeds. Maka Senah boleh melihat kandungan blog Ali yang terkini melalui:


Untuk memastikan anda mendapat ramai feed reader, kenalah maintain kandungan blog anda. Selain itu format xml feeds memudahkan enjin carian (search engine) crawl kandungan blog anda. sebab itulah sitemap kita dalam bentuk xml bukan dalam bentuk html, xhtml dll.

Macamane nak register RSS feeds?
Tingkatkat Traffic Via RSS Feeds
Optimize RSS feeds
Sekian, ada bantahan dan cadangan sila kemukakan ;)

2 Mei 2011

7 Teknik Mencari Pembaca Setia

7 Teknik Mencari Pembaca Setia

by apisv2
paham kan situasi di atas ;p


1. Pertama sekali mestilah fokus kepada subjek dan topik yang sesuai melalui kategori kandungan blog anda. Contohnya kalau blog anda menceritakan tips dan tutorial; janganlah plak korang cerita pasal hal personal korang....kemungkinan pembaca naik luak ;p.

2. Yang kedua, design blog anda mestilah kemas dan cantekk...jangan letak terlalu banyak widget yang boleh hilangkan fokus pembaca. ;)

3. Kemudian, jangan lupa kemaskini  blog anda. Contohnya setiap hari mesti ada satu entry blog dari anda ;)

4. Yang keempat, kandungan blog anda sentiasa up-to-date. terkini dan sensasi ;D

5. Yang kelima, post entry anda mestilah menarik dan kreatif. macamane nak buat? ikot kreativiti masing-masing

6. Selepas itu, jika banyak kandungan iklan dalam blog anda. Susun dengan kemas dan teratur

7. Akhir sekali, mengunjungi juga blog-blog pembaca yang lain..;)

Sekian...
ada pendapat bleh kemukakan ;p

1 Mei 2011

Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

lihat, catat dan rasa ;p

Salam kepada semua pembaca blog, sedang aku tengah men Stumbleupon, tiba-tiba aku terfikir hari ni hari minggu. Jadi kenapa dengan hari minggu? Hari minggukan ramai blogger online....Okey, seterusnya kenapa plak dengan trafik dan hari minggu?

Teknik nie ramai yang blogger kurang lakukan sebab ape? sebab mereka nak post banyak-banyak entry setiap hari..Okla. Kadang-kadang kita kena control gak posting kita setiap hari. Jangan gelojoh.Jadi caranya ialah:

Simpan (schedule) entry blog anda yang anda rasa terbaik. Kemudian post entry blog anda pada hujung minggu di saat ramai blogger online.. Selepas itu, barulah anda ping / share entry anda dengan blogger-blogger lain. Cuba tengok pegi dia macammane?

Sebenarnya banyak lagi cara terbaik. nanti kita explore lagi. Ok jadi itulah saja perkongsian dari aku. Sebarang idea boleh korang ketengahkan... Selamat berhujung minggu bersama blog ;p