Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan

21 April 2012

Bila Kaki Kebas

Bila Kaki Kebas


Assalamualaikum pembaca semua. harap sihat sejahtera. Peh lama dah tak update blog akibat kesibukan yang memanjang ataupun malas. haha. kepada yang rq doodle tu harap bersabar ye. Tajuk harini akibat atau bila kaki kebas. Menurut defenisi den sendiri, kaki kebas akibat dari gerakan urat berada dalam kedudukan yg lama atau si dia ni jarang bersenam.haha 





Last but not least, korang ada pengalaman dak mengebaskan kaki, tangan, siku, lutut, atau telinga korang?

3 April 2012

Sebelum Dan Selepas Kelas

Sebelum Dan Selepas Kelas 





24 Mac 2012

Kaki Games Facebook?

Kaki Games Facebook?



Salam, semoga kalian sihat sejahtera. Tajuk katun arini adalah adakah anda seorang kaki games Facebook? seperti fish ville, Gardens of Time, The Sims Social, Cityville, DoubleDown Casino, Indiana Jones Adventure World, Words With Friends, Bingo Blitz, Empires & Allies, Slotomania-Slot Machines, Diamond Dash dll?







Korang rasa bape lama korang spend masa untuk bermain game facebook? Lagi satu apa pendapat korang tentang games facebook? Saje wat survey. time kasih atas feedback korag ;D.

23 Mac 2012

Hobi Menabung, Adakah Masih Di Amalkan?

Hobi Menabung, Adakah Masih Di Amalkan?


Salam, selamat makan tengah hari. Bila cite pasal menabung teringat dulu-dulu buat tabung pakai buluh je. Sebab nak ikut kawan menabung ataupun galakan dari mak ayah dan cikgu sekolah. Mak Ayah bagi duit belanja tiap-tiap hari. Bila ada belen duit belanja simpan dalam tabung. kadang ada yang sampai tak makan waktu rehat kat sekolah untuk memenuhkan koleksi tabung.








Tapi skang masih ada ke budak-budak atau adik2 kita menabung? Mungkin kurang akibat tiada galakan abg, , mak, ayah atau cikgu. Apa pendapat/pengalaman korang?

22 Mac 2012

Gejala Tiru Assignment

Gejala Tiru Assignment



Salam, alamak assigment En. Kordi tak siap lagi ni. Macam mana aku nak buat ni? dah la esok kena hantar. Kena jumpa Leman gak ni. Tiru dia punya assignment sudah. Lagipun xda masa dah aku nak wat assignment yang payah ni. (padahal tak tau)







Begitulah salah satu situasi apabila hari kena submit assigment semakin dekat. Sememangnya sudah jadi gejala meniru assignment walaupun lecture tak tau. Acik rasa gejala meniru assignment ni sudah menjadi lumrah dalam Universiti, mahupun di Universiti Of London. Jadi apa pendapat korang? :D

21 Mac 2012

Si Dia Kaki Mencarut!!

Si Dia Kaki Mencarut!!



Assalamualaikum, sihat? Tajuk hari ni berkenaan dengan Si Dia Kaki Mencarut!! Iskk..Apa ke hal dia nak mencarut kat aku? Sedangkan aku hanya wt salah yang kecil saja. Tak kan tak boleh di maafkan??
Kenapa dia nak besar-besarkan cerita sehingga berlaku permusuhan?? Aku fedup la dengan kata-kata mencarut sial, cibai, babi, lahanat, p*kimak, dan yg semaksud dengannya.







Sapa si dia tu? Si dia tu adalah seorang yang ada xkena je mesti automatik sebut perkataan mencarut dari mulutnya.Apa yg penting kita sama-sama kurangkan dan kawal percakapan kita agar benda yang tak betul tak keluar dari mulut kita. InsyaAllah, sama-sama doakan agar mencarut tak terus di amalkan dalam hidup kita, Amin~

20 Mac 2012

Luang Masa Kegembiraan Korang

Luang Masa Kegembiraan Korang


Assalamualaikum dan selamat makan tengah hari semua. Tidak di nafikan lagi korang mesti di lamun tekanan perasaan, sebab kita mesti di beri ujian kan? Di antara korang akan mengambil luang masa kegembiraan untuk melepaskan tekanan perasaan. Ada yang keluar g karaoke, ada yang jumpa kawan2 lama, ada yang g berjogging, ada yang g mandi spa lumpur, ada yang tengok wayang, jumpa awek/pakwe dan macam-macam lagi.







Penghujungnya, korang lakukan aktiviti masa kegembiraan korang biarlah yang sihat, baik, dan dapat di kawal. Korang rasa korang gembira dak skang?;p

19 Mac 2012

Tabiat Bercakap Depan Cermin

Tabiat Bercakap Depan Cermin



Assalamualaikum, apa khabar? tajuk harini berkenaan dengan tabiat bercakap depan cermin? korang pernah wat? Tabiat seperti ini mungkin terjadi apabila dalam keadaan sedih, tertekan, atau gembira. Apa ayat yang selalu kuar bila tengok muka sendiri depan cermin?






Atau nak berlagak seperti actor/pelakon di depan cermin? bercakap depan cermin untuk Ready persiapan presentation, ucapan, syarahan dll? Apa pendapat korang? Pernah buat? ;p

18 Mac 2012

Antara Sebab Perangai Kawan Korang Yang Disukai

Antara Sebab Perangai Kawan Korang Yang Disukai




Salam sejahtera. Hope korang semua sihat sentosa. Mungkin banyak perangai kawan korang tak disukai. Tapi sebab salah satu sebab korang suka perangai dia yang best membuatkan hubungan dan keakraban persahabatan korang hingga ke hari ini.








Salah satu contoh perangai kawan acik yang best dan disukai ialah pandai menyanyi dan bermain gitar, pandai buat lawak, pandai ambik hati orang, hormati antara satu sama lain,hobi sama dan macam-macam lagi. Korang pulak bagaimana? Perangai kawan korang yang korang suka?

17 Mac 2012

Antara Muzik Dengan Anda??

Antara Muzik Dengan Anda??




Salam sejahtera kepada pembaca yang sekilas pandang entri ni. Antara korang semua mesti sukakan hiburan, seperti mendengar muzik. Ada juga yang mengeluarkan kata "Aku kalau tak da muzik aku tak leh buat kerja". Setiap orang menyukai rentak muzik yang berbeza-beza (jazz, blues, rock, brutal, hard rock, techno, dll)






"Hanya muzik, semangat zaman. Hanya muzik, rock n roll "
Aha, ni antara lirik lagu Semangat zaman. Nak dengar pendapat korangla tentang muzik dalam kehidupan korang.

16 Mac 2012

Student Tak Suka Apabila..

Student Tak Suka Apabila..




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Harap semua pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat. Mungkin ada antara pembaca entri ni salah seorang student/pelajar. Student Tak Suka Apabila..
.
.
.
.


Selamat menuntut ilmu =)

13 Mac 2012

Student Akan Suka Apabila..

Student Akan Suka Apabila..


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkara yang student akan suka apabila..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Selamat meluangkan masa dan jangan membazirkan masa :D

Sarapan Pagi Korang??

Sarapan Pagi Korang??



Assalamualaikum dan selamat pagi. Korang dah sarapan bagi? Belum? Biasa korang sarapan pagi makan apa? tak biasa sarapan pagi? sebab apa? bangun lambat? hehe..kadang memang ada yang tak biasa sarapan pagi, kadang ada yang biasa sarapan pagi. Yang bagusnya pada yang biasa sarapan pagi. Untuk tenaga belajar atau bekerja. Jangan lak sarapan pagi melantak lauk tengah hari...








Sarapan pagi juga bagus untuk menjaga kesihatan badan. Mengelakkan penyakit gastrik, perut masuk angin, pening kepala dan lain-lain lagi. Menu biasa sarapan pagi iaitu roti kosong cicah milo, roti canai, nasik lemak, ataupun kuih muih..Selamat bersarapan ;D

12 Mac 2012

Bila Lewat Datang Ke Kelas

Bila Lewat Datang Ke Kelas



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Sebagai seorang student pastinya korang pernah lewat datang ke kelas akibat dari perkara yang tak diingini berlaku. Kadang ada juga lecturer/guru yang melenting apabila pelajarnya lewat datang ke kelas. Kadang ada yang ok.







Bila lecturer dah melenting,(pintu masuk kelas kena kunci, kena sound dengan lecturer depan pelajar lain, mood lecturer nk mengajar hilang, kelas di batalkan) alasan student lewat datang ke kelas seperti berikut: sakit perut, pening kepala, tertinggal bas, tayar moto pecah, bangun lambat dan lain-lain alasan biasa di dengar. Ok la jugak datang lewat dari tak datang atau ponteng kelas kan ? Tapi seelokknya datang awal << padahal member pon selalu datang lambat gak ;p

11 Mac 2012

Kereta Idaman Korang?

Kereta Idaman Korang?



Assalamualaikum, apa khabar? Sapa taknak menaiki kereta mewah atau pun kereta yang canggih pada zaman teknologi sebegini. Asal lalu highway je, nampak kereta BMW 7 series, atau Lamborghini, Lancer Evolution, Inspira, Mazda RX-8, Peugeot, Nissan Skyline GTR, dll potong korang punya kereta. Dah la canggih, laju, selesa, dan menepati spesifikasi untuk pemanduan. Mestila berbangga jika miliki kenderaan sebegini.






Sapa yang dah berjaya miliki kereta idaman diorang, Alhamdulillah.
Mesti puas hati dapat memandu,basuh kete, gilap tayar, dan yang berkenaan. Untuk buat survey, apakah kereta idaman korang? ;D

9 Mac 2012

Tempat Yang Membuatkan Korang Rasa Cuak!!

Tempat Yang Membuatkan Korang Rasa Cuak!!



Assalamualaikum, selamat makan tengah hari. Gaya dan perasaan korang akan menjadi cuak apabila melalui tempat ini. Korang akan menggeletar, naik bulu roma, pandang kiri, pandang kanan, pejam mata, berdebar-debar, kelubung seluruh badan dengan selimut, tangan tutup telinga, patah balik akibat takut lalu depn lembu atau pun mintak member/mak/ ayah temankan.








Mengikut pengalaman korang, dimana tempat korang akan merasa cuak(takut) bila melalui atau pergi ke tempat tersebut.... Sememangnya ramai akan cuak bila di tempat yang gelap kan? Jom kongsi-kongsi pengalaman tempat korang akan rasa cuak? jamban belakang rumah ke? ;p

8 Mac 2012

Bila Frust Nonggeng!!

Bila Frust Nonggeng!!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Korang dah makan tengah hari? hehe...Tajuk kali ni bila korang Frust Nonggeng..Idea nak buat tajuk ni datang masa balik kelas tadi. Ada sorang minah ni dok nyorok kat bawah tangga. Muka nampak macam sedih. Frust nonggeng bermungkinan juga akibat assigment banyak, ditinggal pakwe, duit moto tak abis bayar, konflik dengan keluarga, dan lain-lain lagi masalah peribadi. 





Masalah antara ujian dari Allah. Kena pandai berfikir mana alternatif untuk selesaikan masalah..And last sekali, korang rasa korang penah frust nonggeng mcm gmbr doodle kat atas? ;p..Sekian, Wassalam ;)

7 Mac 2012

Trend K-POP

Trend K-POP 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang dah makan? Menu apa hari ni? Agak-agak korang, tau dak apa itu k-pop? korang rasa penah dengar dak muzik k-pop? Lagi satu korang rasa cara pemakaian korang ala-ala k-pop dak?










Mesti ada peminat muzik k-pop atau korea kan? kat youtube berlambak-lambak muzik macam gini. Apa-apa pun jangan minat sampai membuatkan anda tengok muzik atau video-video k-pop selama setengah-hari. Sekian, Wassalam ;D

5 Mac 2012

Budaya Sindir Menyindir

Budaya Sindir Menyindir



Assalamualaikum semua. Apakhabar? Apa maksud dengan Budaya Sindir Menyindir? Korang tau kan? Bermaksud tidak menggunakkan kata-kata kesat kepada orang lain, hanya menyindir saja perangai kawan-kawan korang yang membuatkan korang tak selesa. Menyindir ni tak da la sampai tinggikan suara sehingga boleh mengecilkan hati kawan-kawan korang. 

Seman: Hutang ko RM10 tu esok jela aku bayar.
Salman: Takpe Seman, bapak aku baru bank-in RM1000 petang tadi.
(sambil mata tengok ke atas, tangan dua2 kat bahu)..



Budaya sindir menyindir patut di terapkan untuk mengelakkan dari bergaduh mulut hingga ke bergaduh tangan. Sekian, Wassalam ;).

4 Mac 2012

Adakah Anda Seorang Yang Gelabah?

Adakah Anda Seorang Yang Gelabah?



Assalamualaikum, selamat makan tgh hari untuk korang semua. Lauk apa hari ni? Tajuk kita berkisarkan dengan Adakah Anda Seorang Yang Gelabah? Salah satu contoh ialah: Gelabah apabila di tenking dengan JPJ bermisai kontot akibat melanggar tiang. Kalut apabila assigment lambat di hantar. Gelabah bila lewat ke pejabat/sekolah. Gelabah apabila barang yang dipinjam sudah menghilang. Kalut apabila ada roadblock





Kesan dari gelabah mungkin berkaitan dengan yang lain. Seperti: Apabila di tengking oleh JPJ, korang gelabah lalu menekan minyak kereta sehingga melanggar lutut JPJ bermisai kontot. Akibat kekalutan korang berlari menaiki tangga, korang terjatuh. Sebab lewat ke pejabat, korang drive laju2 kat atas jalan raya sehingga melanggar lampu isyarat. Apabila barang yang korang pinjam itu hilang, korang kalut lalu lari ke luar negara.

Jadi begitulah antara definisi dan contoh Gelabah. Kesimpulannya, gelabah ok? tapi jgn menimbulkan masalah yang lain. Be Cool Man!!..Sekian, Wassalam ;)