Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

6 Mac 2012

Hensemnya Abang!!

Hensemnya Abang!! 



Assalamualaikum semua..Moga-moga sihat di samping keluarga. Tajuk hot kita kali ini ialah Hensemnya Abang!!. Jadi apa yang Hot sangat dengan tajuk ni? Sila rujuk gambar doodle kat bawah ni. Kalau tak faham, baca ayat seterusnya di perenggan yang kedua.




.
.
.
.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih."
(Ibrahim, 7)
.
.
.

"Maka ingatlah AKU nescaya AKU akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-KU dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-KU." 
(Al-Baqarah, 152)
.
.
.
.

SYUKUR ALHAMDULILLAH

15 Februari 2012

Bergurau Senda..

Bergurau Senda.. 





Batasan Dalam Bergurau Senda
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !"

Riwayat Abu Daud

14 Februari 2012

Memuliakan Tetamu

Memuliakan Tetamu 





Ini seperti ditegaskan Rasulullah saw yang bermaksud: "Tiada kebaikan bagi sesiapa yang tidak menerima tetamu." Amalan mengundang tetamu dan menikmati hidangan bersama-sama ini juga adalah amalan nabi-nabi. >>



5 Oktober 2011

Angin Merah, Bersediakah Kita?

Angin Merah, Bersediakah Kita? 

 

 

Salam, antara tanda-tanda akhir zaman dan bala bencana. Yang pertama, angin kencang ribut taufan menerbangkan dan menghancurkan benda di muka bumi. Yang kedua, gempa bumi yang menelan umat-umat Nabi Muhammad s.a.w. Dan yang terakhir sekali Allah S.W.T menukarkan rupa asal manusia menjadi kera, beruk dan sebagainya. Subhanallah. Bersediakah kita? 

 [ sumber ceramah Ustaz Kazim Elias - Angin Merah ] 


8 Ogos 2011

Sunat Melambatkan Waktu Bersahur

Sunat Melambatkan Waktu Bersahur 

Hadith :

Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian: 
1. Orang yang hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.
2. Jarak yang paling afdhal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat al-Quran.
3. Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah dengan makan sahur. 

7 Ogos 2011

Sunat Berbuka Dengan Kurma

Sunat Berbuka Dengan Kurma 

Hadith :

Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”.

(Abu Daud dan at-Tirmidzi) 

1 Ogos 2011

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan 




Salam sejahtera, jom dengar tazkirah Ramadhan dari Ustaz Ismail Kamus..bestt 

Jangan Lupa Sahur

Jangan Lupa Sahur 

abu cemas sahur nak masuk waktu subuh dah 

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”


Riwayat Bukhari & Muslim



Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

iv) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.

v) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.

Islam.gov.my >> 

24 Julai 2011

Lembu Dan Anjing

Lembu Dan Anjing 



LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?
...
ANJING: Aku lalu tepi 2 orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing! pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU:
Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu..

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


" Dari Ma`qil bin Yasar dari Nabi saw., beliau bersabda: 
Sesungguhnya ditusuknya kepala salah seorang diantara kamu dengan jarum besi itu lebih baik daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya"

23 Julai 2011

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53


Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-53 


Qari

Johan : Amir Rahman Bin Hj Abas (Malaysia)
Naib Johan: Muhammad Saudi M.Gandisa(Filiphina)
Tempat Ke-3: Mahmud Abdel Bast Mohamed (Mesir)
Tempat Ke-4: Hamidreza Abbassi
Tempat Ke-5: Awang Hj Ismail bin Haji Sulaiman

Qariah

Johan : Hajjah Suraya Binti Abu Hassan (Malaysia)
Naib Johan: Hajjah Noor Khalidah Kaspur Anuwar (Indonesia)
Tempat Ke-3: Nor Azizah Bt Solichin (Singapura)
Tempat Ke-4: Dayang Nurfaizah Bt Haji Emran (Brunei Darulsalam)
Tempat Ke-5: Rahimah M.Panondiongan (Filiphina)


Semoga tilawah Al-Quran yang dijalankan menyemarakkan lagi pembangunan ummah. Sekalung tahniah kepada pemenang.

21 Julai 2011

Bersyukur Dengan Nikmat Allah

Bersyukur Dengan Nikmat Allah 


Salam sejahtera, acik menasihati dan menegur diri acik sendiri serta pembaca post ini. Kita semua di ingatkan supaya jangan mengeluh dan hendaklah sentiasa bersyukur ke atas kesemua nikmat yang Allah berikan..Syukur Alhamdulillah acik dan korang semua masih mampu mencari makan dan hidup sampai sekarang. Insyaallah jika kita semua bersyukur, Allah akan tambah nikmat kepada kita semua..

Sebagai peringatan, Firman Allah S.W.T: 


"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." 
(Surah an-Nahl, ayat 18)

.
.
"Dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur."
(Surah Yasin, ayat 31 hingga 35)
.
.
"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu ingkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."
(Surah Ibrahim, ayat 7)
.
.

Remaja Dan Arak

Remaja Dan Arak  



Muin: Wei, macamane ni dekat bandar asik ada jpj je jaga. Takut lak aku kena urine...semalam dah isap banyak ganja

Sepol: Ko jangan risau la, ko dah bilas belum?

Muin: Bilas pakai apa?

Sepol: Ko minum je SevenC ke Carlsberg ke..

Muin: Yeke boleh bilas?


Situasi di atas merupakan salah satu punca remaja terjebak meminum arak. Dan ingatlah


Sebagaimana firman Allah s.w.t.

"Sesungguhnya tujuan syaitan akan membangkitkan permusuhan diantara kamu didalam khamar(arak) dan judi."
.
.
.
Asmaa' binti Yazid r.a. berkata: "Saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda
"Siapa yang minum khamar sehingga masuk dalam perutnya, maka tidak diterima sembahyangnya satu minggu dan bila sampai mabuk (hilang akal) maka tidak diterima sembahyangnya empat puluh hari dan jika mati sebelum taubat mati kafir dan jika bertaubat maka Allah s.w.t. akan memberinya minum dari thinatil khabaal (darah yang campur nanahnya ahli neraka)."

20 Julai 2011

Bulan Puasa Hampir Tiba

Bulan Puasa Hampir Tiba 



Salam sejahtera. Insyaallah kita akan mulakan puasa pada awal bulan Ogos ni. Selamat berpuasa kepada semua saudara-saudara Islam. Semoga ibadah kita di bulan puasa berkati dan di rahmati Allah

Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.
.
.
Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat yang bermaksud:

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik."
.
.
.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya."


19 Julai 2011

Budaya Lepak

Budaya Lepak 




Melepak selalunya dikaitkan dengan perbuatan duduk beramai-ramai atau bersendirian tanpa ada objektif tertentu dan perbuatan khusus. Secara ringkasnya melepak saya takrifkan (sekiranya boleh) dengan kata ‘mengisi masa tanpa pengisian’. Masa dibiarkan berlalu tanpa dihargai dan sedar tak sedar, berjam-jam telah dihabiskan dengan melepak.

Mari kita jadikan melepak sebagai aktiviti yang positif dan kita tukar persepsi orang lain tentang melepak. Saya mencadangkan supaya kita perlu memasukkan aktiviti melepak ini dalam kalendar kehidupan agar ia dapat menjadi contoh kepada golongan yang melepak tanpa tujuan. Kita ingin mereka menjadikan melepak itu sebagai satu perbuatan yang ada tujuan dan matlamat.

Maksud saya ialah, sesekali kita perlu keluar dan melepak di satu tempat bersama rakan-rakan atau mungkin juga sanak saudara terutama jika masing-masing sibuk dan jarang berjumpa. Mungkin sebulan sekali, sebulan dua kali dan sebagainya merupakan waktu yang sesuai dengan kesibukan masing-masing. Maka melepak yang saya maksudkan ini seeloknya bercirikan ciri-ciri yang berikut:

  1. Seeloknya tidak menganggu waktu solat yang agak singkat seperti antara maghrib dan isya’ atau antara asar dan maghrib. Waktu yang paling baik mungkin selepas isya’ atau pada waktu pagi.
  2. Memastikan bahawa pada waktu melepak itu tidak ada perkara lain yang lebih penting untuk kita uruskan contohnya seperti urusan perubatan, tugasan kerja, tanggungjawab terhadap ibu bapa, keluarga dan lain-lain.
  3. Melepak dihiasi dengan makan dan minum agar perbincangan tidak terganggu kerana lapar.
  4. Merancang terlebih dahulu apa yang hendak dibualkan dan perbualan mestilah bersih daripada perkara dosa.
  5. Memilih tempat yang agak tenang dan tiada hiruk pikuk yang akan mengganggu perbincangan.
  6. Bagi yang agak ‘loaded’ bolehlah mengambil tindakan membayar kos makanan rakan-rakan lain yang melepak agar rezeki akan lebih banyak dan lebih berkat. Tetapi janganlah asyik orang yang sama sahaja terpaksa bayar kerana ini pasti akan mengganggu emosinya dalam berbincang.
  7. Masa yang diperuntukkan untuk melepak janganlah terlalu singkat dan jangan pula terlalu lama.
  8. Perlu ada sesuatu yang dianggap sebagai ‘resolusi’ untuk diambil tindakan selepas melepak.
melepak jangan sambil wat benda yang tak elok lak ;p
rujukan halaqah.net

16 Julai 2011

Hukum Mencukur Bulu Kening

Hukum Mencukur Bulu Kening 






Menurut pandangan syara' adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.

Ok. jadi saudara2 semua kena beringat jangan hanyut mengejar kecantikan duniawi. Akhirat nanti kita juga akan di soal. terima kasih kerana sudi membaca ;)

4 Julai 2011

Jangan Menganiaya Binatang

Jangan Menganiaya Binatang 


Penganiayaan atau penyeksaan terhadap binatang itu adalah satu kezaliman. Islam melarang keras kepada umatnya melakukan sebarang bentuk kezaliman baik sesama manusia mahupun
terhadap binatang. Hatta ketika menyembelih pun, binatang itu hendaklah diperlakukan dengan penuh ihsan. Sebagaimana yang disyariatkan hendaklah menggunakan pisau yang tajam serta
makruh mengasah pisau di hadapan binatang yang akan disembelih dan menyembelih binatang lain di hadapannya.

Perbuatan menyeksa atau menganiaya binatang adalah jelas haramnya. Al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah mengkategorikan menyeksa binatang itu termasuk dalam dosadosa
besar. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat.”(Hadits riwayat Ahmad)

27 Jun 2011

Pesan Mak

Pesan Mak




Kat sekolah nanti belajar bersungguh-sungguh ye nak. Ingat pesan mak
Nak keluar jangan balik lewat malam ye nak. Ingat pesan mak
Bawak moto/kereta perlahan-lahan ye nak. Ingat pesan mak
Kat sane nanti buat perangai elok-elok ye nak. Ingat pesan mak.

Begitulah contoh-contoh pesanan mak kat kita. Apabila kita mengikut pesan mak kita, InsyaAllah mendapat kerberkatan dari Allah. Apabila kita tak peduli pesan mak kita ada yang kena nanti. Jadi, saya menasihati diri saya sendiri serta kawan-kawan yang membaca ni supaya mengikuti pesan mak kita.

Suatu ketika ada seseorang yang datang menghadap Rasulullah Saw meminta izin untuk ikut andil berjihad bersama Rasulullah Saw, maka beliau bertanya, “Adakah engkau masih memiliki ibu?”. Orang itu menjawab, “Ya, Masih. ” Kemudian beliau bersabda, “Bersungguh-sungguhlah dalam berbakti kepada ibumu. Karena sesungguhnya syurga itu berada di bawah kedua kakinya”

25 Jun 2011

Menutup Mulut Apabila Menguap

Menutup Mulut Apabila Menguap 

.
.
.
.
.
.


Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”

(Muslim)

Jangan Membangga Diri

Jangan Membangga Diri



.
.
.
.
.
.

Hadith : 

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.

24 Jun 2011

Sayang Menyayangi Dalam Islam

Sayang Menyayangi Dalam Islam


.
.
.
.
.
.
.
.

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
(al-Bukhari)

Huraian
Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata-mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram. Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.