19 Julai 2011

Budaya Lepak

Budaya Lepak 




Melepak selalunya dikaitkan dengan perbuatan duduk beramai-ramai atau bersendirian tanpa ada objektif tertentu dan perbuatan khusus. Secara ringkasnya melepak saya takrifkan (sekiranya boleh) dengan kata ‘mengisi masa tanpa pengisian’. Masa dibiarkan berlalu tanpa dihargai dan sedar tak sedar, berjam-jam telah dihabiskan dengan melepak.

Mari kita jadikan melepak sebagai aktiviti yang positif dan kita tukar persepsi orang lain tentang melepak. Saya mencadangkan supaya kita perlu memasukkan aktiviti melepak ini dalam kalendar kehidupan agar ia dapat menjadi contoh kepada golongan yang melepak tanpa tujuan. Kita ingin mereka menjadikan melepak itu sebagai satu perbuatan yang ada tujuan dan matlamat.

Maksud saya ialah, sesekali kita perlu keluar dan melepak di satu tempat bersama rakan-rakan atau mungkin juga sanak saudara terutama jika masing-masing sibuk dan jarang berjumpa. Mungkin sebulan sekali, sebulan dua kali dan sebagainya merupakan waktu yang sesuai dengan kesibukan masing-masing. Maka melepak yang saya maksudkan ini seeloknya bercirikan ciri-ciri yang berikut:

  1. Seeloknya tidak menganggu waktu solat yang agak singkat seperti antara maghrib dan isya’ atau antara asar dan maghrib. Waktu yang paling baik mungkin selepas isya’ atau pada waktu pagi.
  2. Memastikan bahawa pada waktu melepak itu tidak ada perkara lain yang lebih penting untuk kita uruskan contohnya seperti urusan perubatan, tugasan kerja, tanggungjawab terhadap ibu bapa, keluarga dan lain-lain.
  3. Melepak dihiasi dengan makan dan minum agar perbincangan tidak terganggu kerana lapar.
  4. Merancang terlebih dahulu apa yang hendak dibualkan dan perbualan mestilah bersih daripada perkara dosa.
  5. Memilih tempat yang agak tenang dan tiada hiruk pikuk yang akan mengganggu perbincangan.
  6. Bagi yang agak ‘loaded’ bolehlah mengambil tindakan membayar kos makanan rakan-rakan lain yang melepak agar rezeki akan lebih banyak dan lebih berkat. Tetapi janganlah asyik orang yang sama sahaja terpaksa bayar kerana ini pasti akan mengganggu emosinya dalam berbincang.
  7. Masa yang diperuntukkan untuk melepak janganlah terlalu singkat dan jangan pula terlalu lama.
  8. Perlu ada sesuatu yang dianggap sebagai ‘resolusi’ untuk diambil tindakan selepas melepak.
melepak jangan sambil wat benda yang tak elok lak ;p
rujukan halaqah.net

1 ulasan:

Comment Jom