7 Julai 2011

Bersih 2.0 - Terpulang Kepada Polis : Najib

Bersih 2.0 - Terpulang Kepada Polis : Najib 






KLANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan untuk membenarkan perhimpunan diadakan di Stadium Merdeka pada Sabtu ini akan dibuat oleh pihak berkuasa terutamanya polis.

“Itu kita serah kepada pihak berkuasa terutamanya polis untuk tentukan keselamatan dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia di sini.Beliau berkata sekiranya ada permohonan rasmi daripada penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu ia perlu memenuhi syarat antaranya ialah pertubuhan itu mestilah berdaftar.

Selain itu, ia juga perlu mematuhi syarat-syarat keselamatan yang akan dikenakan oleh polis, katanya.Menjawab soalan wartawan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 adalah pertubuhan haram, beliau berkata: “Bersih adalah haram, ia tidak pernah berdaftar."
Ditanya bilakah pertemuan antara beliau dengan pengerusi perhimpunan itu, Datuk S.Ambiga, beliau berkata: “Saya tak kata akan jumpa Ambiga. Kerajaan boleh bermaksud orang lain yang boleh mewakili kerajaan…kerajaan tidak bermakna saya secara peribadi.”

Bersih @ Stadium Merdeka : Terpulang Kepada Polis : – Najib

2 ulasan:

  1. lesen aggong lagi besar dari polis dan PM kan ?

    BalasPadam
  2. After everything, one always desires to come
    back to the place called "home" Payday Loans
    this could possibly be a simple means for people who may have made financial blunders during the
    past to rebuild their credit, mainly because it may be
    very difficult for them to have approved for a
    plastic card and other forms of loans.

    BalasPadam

Comment Jom