4 Julai 2011

Jangan Menganiaya Binatang

Jangan Menganiaya Binatang 


Penganiayaan atau penyeksaan terhadap binatang itu adalah satu kezaliman. Islam melarang keras kepada umatnya melakukan sebarang bentuk kezaliman baik sesama manusia mahupun
terhadap binatang. Hatta ketika menyembelih pun, binatang itu hendaklah diperlakukan dengan penuh ihsan. Sebagaimana yang disyariatkan hendaklah menggunakan pisau yang tajam serta
makruh mengasah pisau di hadapan binatang yang akan disembelih dan menyembelih binatang lain di hadapannya.

Perbuatan menyeksa atau menganiaya binatang adalah jelas haramnya. Al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah mengkategorikan menyeksa binatang itu termasuk dalam dosadosa
besar. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat.”(Hadits riwayat Ahmad)

2 ulasan:

  1. Tulisan kat blog ni mmg bermakna.
    Teruskan lagi menulis

    BalasPadam
  2. mereka juga makhluk Allah yg sama-sama berkongsi di bumi ini, bersikap adil lah kpd mereka..

    BalasPadam

Comment Jom