14 Julai 2011

Remaja Lari Rumah

Remaja Lari Rumah 


Salam sejahtera, kenapa isu remaja lari rumah semakin meningkat? haaa..apa sebab remaja lari rumah? sebab nak kawin lari ke? sebab nak tunjuk perasaan ke? sebab takut dengan mak bapak ker? sebab kurang didikan ker? eh...macam2 la pandangan dan sebab kenapa remaja lari dari rumah...ni ade aku nak tunjukkan keratan akhbar remaja lari rumah.


"Mak jangan cari Yana. Yana bahagia di sini. Yana nak aman. Yana nak ubah diri. Jangan risau. Yana sayang mak, OK," demikian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan seorang pelajar tingkatan empat kepada ibunya selepas tidak pulang ke rumah sejak lebih sebulan lalu di Felda Jengka 5 dekat sini.

Ibu remaja terbabit, Nisah Salleh, 39, memberitahu, Nur Shazliana Ghazali, 16, melarikan diri dari rumahnya pada 22 Jun lalu dan dipercayai berada di Johor bersama teman lelakinya.

Nisah risau kerana anaknya meninggalkan rumah sehelai sepinggang tanpa membawa wang.

"Pada awalnya kami tidak mengesyaki apa-apa dan menghubungi saudara-mara kerana mungkin dia ke rumah saudara-mara namun setelah gagal menjejaki di merata tempat, kami sekeluarga membuat laporan di Balai Polis Sungai Jerik.

"Kami khuatir keadaan dirinya sekarang, apatah lagi dia seorang perempuan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.


oleh itu jangan lah berfikiran pendek. Lari dari rumah bukan boleh lari dari masalah. Lari dari rumah menyebabkan kita tidak hormat pada kedua orang tua kita. Sayangilah mereka seadanya. OK? ;)

8 ulasan:

Comment Jom