Kisah Si Penarik Beca
Satu ketika bandar ini pernah menyaksikan zaman kegemilangan pengangkutan awam ini sekitar tahun 60-an dengan kira-kira 150 buah beca rancak beroperasi tanpa mengira masa.
Bagaimanapun, senario seperti itu sampai ke penghujungnya kerana difahamkan hanya tinggal empat buah beca sahaja di bandar ini pada masa kini.Situasi ini diakui sendiri oleh salah seorang penarik beca, Hamat Osman, 61, yang masih setia menunggu penumpang berhampiran Pasar Besar Kuantan di sini.
Beliau yang merupakan anak jati Kuantan berkata, dia dan rakannya hanya mampu meraih pendapatan kira-kira RM300 sebulan berikutan kekurangan pelanggan.''Dahulu sekitar tahun 90-an, selain orang tempatan yang menaiki beca, pihak hotel juga sering bekerjasama dengan kami untuk membawa pelancong asing mengelilingi bandar.''Malangnya kini tiada lagi aktiviti sedemikian kerana kami difahamkan pelancong asing tidak lagi tertumpu ke bandar ini tetapi lebih gemar pergi ke Cherating atau lokasi percutian yang agak pendalaman,'' katanya.
Hamat berkata, mata pencarian mereka terpaksa bergantung kepada pelanggan tetap semata-mata yang kebanyakannya terdiri daripada golongan tua.Tambahnya, selain kekurangan pelancong, tiadanya sambutan daripada golongan muda untuk mewarisi pekerjaan ini merupakan faktor utama pengangkutan ini bakal dilupakan."Sanggupkah orang muda mengayuh beca ke hulu ke hilir mencari penumpang.
Tambahnya, dia dan rakan-rakan pengayuh beca yang lain sudah membayangkan bahawa pengangkutan beca hanya akan tinggal nama kerana hanya generasi terakhir sahaja yang masih mengayuh beca di bandar ini.''Empat buah beca ini sahaja yang masih bertahan di sini. Jika kami berempat tidak bawa beca maka tiada lagi beca di sini.''Disebabkan tiada istimewa pengangkutan ini sekarang kerana dengan pertambahan kenderaan lain, orang ramai juga bimbang memilih beca untuk ke sesuatu destinasi dalam bandar," ujarnya.
Oleh ZAMZURINA AHMAD
//patutkah pengangkutan beca terus berkubur?
tak patut beca nie dibaiarkan terkubur mcm tue jer..patut kene ade usaha utk popular kan balik beca nie..
BalasPadambetul tu ;)
BalasPadamcheap uggs
BalasPadamlouis vuitton
michael kors outlet
nike mercurial
nike outlet store
sac longchamp
lululemon outlet
canada goose jackets
north face jackets
ugg outlet
20161128lck