26 Julai 2011

Memberi Salam Dan Ganjarannya

Memberi Salam Dan Ganjarannya 


Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai manusia, sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah di waktu malam pada waktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga."

"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah di lihat oleh mata, yang belum pernah dibayangkan oleh hati manusia."

Lalu bertanya para sahabat. "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah S.A.W. "Ia adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yang memberi makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat, "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Akan ku terangkan pada kamu semua:
  1. Barangsiapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.


  2. Barangsiapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya sehingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan

  3. Barangsiapa berpuasa dalam Bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan Syawal (selain satu Syawal haram berpuasa), bererti dia telah sentiasa berpuasa.

  4. Barangsiapa solat Isyak dan solat Subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."


Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Ibnu Abbas r.a berkata, "Sesungguhnya iblis terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh, aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya."

4 ulasan:

Comment Jom