Memaparkan catatan dengan label kisah teladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah teladan. Papar semua catatan

30 Julai 2011

Kisah Tahun Gajah

Kisah Tahun Gajah 


Abrahah adalah seorang penganut agama Nasrani yang fanatik. Dia menghantar tenteranya ke Yaman bagi menghancurkan kerajaan Dzu Nuwas yang beragama Yahudi.

Abrahah naik marah apabila mengetahui bahawa kerajaan pimpinan Dzu Nuwas telah bertindak keras kepada orang-orang yang memeluk agama Nasrani supaya keluar dari agama itu dan memaksa mereka memmeluk agama Yahudi. Dengan pergolakan yang berlaku di Yaman, maka mudah Abrahah dapat menawan negara tersebut.

Sebaik sahaja dia berkuasa, maka dia pun mendirikan sebuah gereja yang besar dan cantik. Kemudian dia merasa marah apabila orang-orang dari luar dan Yaman sendiri masih berkiblat ke Mekah. Berduyun-duyun orang datang ke Mekah untuk mengunjungi Kaabah iaitu Baitullah yang mereka puja dan hormati sejak dibangunkan oleh Nabi Ibrahim A.S

Apabila Abrahah melihat gerejanya tidak mendapat sambutan, maka dia pun mengambil tindakan untuk menghancurkan Kaabah. Maka berangkatlah tentera Abrahah dengan bala tenteranya yang berkenderaan gajah menuju ke Kota Mekah dengan didampingi oleh Abu Rughal sebagai penasihat dan penunjuk jalan.

Ketika dalam perjalanan dari San'a ke Mekah, Abrahah memaksa setiap suku bangsa Arab taat setia kepada kerajaannya. Apabila Abrahah dan tenteranya sampai di suatu tempat yang bernama 'Almughammas' yang terletak di persimpangan jalan di antara Tha'if dan Mekah, dia telah memerintahkan tentera-tenteranya merampas harta kekayaan milik penduduk Tuhamah yakni dari suku kaum Quraisy. Di antara barang yang di rampas itu termasuklah 200 ekor unta milik Abdul Mutalib Bin Hasyim (datuk Rasulullah S.A.W).

Abdul Mutalib pada masa itu adalah pemuka dan pemimpin sukunya, di samping itu, dia juga adalah pelayan yang membahagi-bahagikan air zam-zam kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke Kaabah dan dia juga merupakan orang yang sangat terkemuka dan disegani di antara suku Quraisy.

Setelah suku Quraisy dan bangsa Arab yang lain tahu akan tujuan kemaraan tentera Abrahah, maka  mereka pun mengadakan rundingan untuk membuat apa yang perlu. Dalam masa rundingan sedang berjalan, maka tiba-tiba datang utusan dari Abrahah memberitahu bahawa Abrahah hendak bertemu dengan pemuka-pemuka.

Akhirnya berangkatlah satu rombongan yan diketuai oleh Abdul Mutalib menemui Abrahah, apabila sampai di tempat Abrahah, maka mereka di sambut dengan ramah.

Abrahah mendahului dengan mengatakan, "Kami ini datang bukan untuk memerangi kamu semua tetapi kami datang adalah untuk merobohkan Kaabah, dan kalau kamu semua tidak menghalangi kami dari tujuan kami, maka kami tidak akan melakukan pertumpahan darah walau setitik pun."

Sebaik sahaja selesai Abrahah menerangkan tujuannya, Abdul Mutalib pun berkata, "Kami tidak bermaksud untuk berperang dengan tuan, apa lagi dengan tentera tuan yang begitu ramai, dan kami juga tidak bersedia untuk itu."

Berkata Abrahah, "Baiklah, nampaknya kamu mengizinkan kedatanganku, jadi adakah apa-apa yang  kehendak kamu sampaikan kepadaku?".

Abdul Mutalib berkata, "Kami hanya mengharapkan kamu dapat kembalikan harta kami yang telah dirampas oleh tentera kamu itu."

Apabila Abrahah mendengar kata-kata yang di ucapkan oleh Abdul Mutalib, maka dia pun berkata, "Wahai bapak suku kaum Quraisy, sesungguhnya aku begitu simpati dan hormat kepadamu, akan tetapi apabila aku mendengar permintaanmu itu, maka hilanglah rasa hormat dan simpatiku padamu. Aku sungguh hairan memikirkan kamu, aku ingat kamu hendak membicarakan tentang Kaabah, yang menjadi tempat suci pemujaanmu dan nenek moyangmu, dan kamu tahu tujuanku ke mari untuk merobohkannya, tetapi kamu lebih pentingkan 200 ekor unta kamu yang di rampas oleh tenteraku. Ternyata kamu menganggap soal Kaabah adalah satu soal yang re,eh, dan aku merasa kecewa dengan pendirianmu."


Lalu Abdul Mutalib berkata, "200 unta itu adalah milik aku sendiri dan sudah sepatutunya aku berusaha untuk menyelamatkannya. Tentang Kaabah pula, itu adalah urusan Yang Maha Kuasa, dan terpulanglah kepada-Nya untuk menyelamatkannya."

Mendengar kata-kata Abdul Mutalib itu, maka dengan angkuhnya Abrahah berkata, "Kaabah itu tidak akan terlepas dari rancanganku untuk merobohkannya."

"Terpulanglah kepada pemilik Kaabah untuk melindunginya," kata Abdul Mutalib.

Kemudian Abrahah pun memerintahkan tenteranya supaya memulangkan kembali segala harta yang di rampas beserta dengan 200 ekor unta kepunyaan Abdul Mutalib. Maka bergembiralah rombongan Abdul Mutalib apabila mendengar penjelasan daripada Abrahah. Setelah mendapat jaminan tentang harta mereka, lalu rombongan Abdul Mutalib mengesorkan kepada Abrahah supaya sepertiga harta kekayaan Mekah di serahkan kepada Abrahah dengan syarat Abrahah tidak memusnahkan Kaabah, tetapi, syor itu telah ditolak oleh Abrahah.

Maka kembalilah rombongan Abdul Mutalib dengan perasaan hampa sambil memikirkan akan perkara yang akan berlaku.

Sebaik sahaja Abdul Mutalib dan rombongannya sampai kota Mekah, maka ia pun memberitahu penduduk Mekah supaya menjauhkan diri dan mencari perlindungan di atas bukit-bukit yang berasa di sekitar kota Mekah. Apabila sekitar bandar Mekah kosong, lalu Abdul Mutalib dan beberapa pemuka Quraisy menghampiri Kaabah sambil mendoakan kepasa Tuhan agar Kaabah di selamatkan.

Kesemua penduduk Kaabah yang melihat dari atas bukit merasa cemas dan gelisah menantikan tentera Abrahah yang akan menghancurkan Kaabah. Penduduk Mekah merasa lega apabila mengetahui bahawa tentera Abrahah telah berundur dengan baki tenteranya apabila telah berlaku satu peristiwa yang mana sekumpulan burung-burung yang di kirim oleh Allah S.W.T membawa batu api yang sangat panas dan membuangnya ke atas tentera Abrahah. Banyaklah tentera Abrahah yang mati dan luka. Mereka yang luka kembali  ke negara mereka dengan siksaan dan kengerian yang mereka hadapi itu.

Kisah peristiwa tentera bergajah ini ada di sebutkan oleh Allah S.W.T dalam surah al-Fil ayat 1 hingga 5.

28 Julai 2011

Kisah Langit Dan Bumi

Kisah Langit Dan Bumi 

gambar hiasan 

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit di tempat aku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan sekalian orang-orang yang beriman."

Berkata langit pula, "Hai bumi, di tempat aku juga ada Baitil Makmur untuk bertawaf para malaikat penghuni langit dan ada syurga tempat arwah para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin(orang-orang baik).

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempat aku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempat aku."

Langit tidak berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia menghadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, engkau telah mengkabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bum, oleh itu aku minta kepada-Mu Ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengkabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S bertanya, "Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke syurga dan ambillah buraq dan terus pergi ke Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang lenang di taman syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad.

Diantara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran airmatanya.

Jibrail A.S menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menagis , ya buraq?"

 Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana di bakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S, "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

27 Julai 2011

Kisah Percubaan Membunuh Rasulullah S.A.W Di Kaabah

Kisah Percubaan Membunuh Rasulullah S.A.W Di Kaabah 


gambar hiasan


Pada suatu hari, orang-orang kafir berkumpul di rumah Abu Jahal. Tiba-tiba datanglah seorang yang bernama Thariq Ash Ahaidalani dan berkata, "Bertapa mudah bagiku membunuh Muhammad."

"Bagaimana caranya hai Thariq?" tanya Abu Jahal.

"Sekarang Muhammad sedang bersandar pada dinding Kaabah. Jika salah seorang dari kita pergi kesana dan naik ke dinding Kaabah kemudian melempar batu besar di atas dinding itu pasti akan remuk kepalanya seketika itu juga."

Mendengar saranan itu, maka berdirilah seorang pemmuda yang tegap badannya seraya berkata dengan lantang. "Hai Thariq, bagaimana kalau kau saja yang membunuhnya. Aku pun setuju kalau kau membunuhnya."

Mendengar kata-kata Syihab itu, rakan-rakan mereka yang lain menyahut bersetuju. Jawab Thariq, "Aku rasa engkaulah yang patut membunuhnya kerana aku yang memberitahu cara-caranya."

Akhirnya Syibab pun bersetuju, tanpa membuang masa Syibab pun pergi ke Kaabah. Dengan diam-diam, dia terus naik ke atas Kaabah tanpa disedari oleh sesiapa pun. Setelah sampai di atas Kaabah, dia pun terus melemparkan batu yang dibawanya ke arah Rasulullah S.A.W.

Dengan kehendak Allah, batu yang di lemparnya itu melayang-layang di udara tidak turun-turun seperti kebiasaannya jatuh ke bumi. Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W bangun dari tempatnya, batu itu pun jatuh bergelimpangan di tepi Kaabah.

Melihat hal demikian, Syibab berasa terlalu hairan, dengan penuh rasa kebenaran dan kehairanan, dia pun turun dari dinding Kaabah itu. Dia segera menghadap Rasulullah S.A.W dan menyatakan masuk Islam. Sementara itu, rakan-rakannya yang lain sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Syibab telah masuk Islam, maka mereka pun turut masuk Islam.

26 Julai 2011

Orang Soleh Dengan Pencuri

Orang Soleh Dengan Pencuri 


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Haqim menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang terkenal dengan kerja-kerja sehariannya hanyalah mencuri. Hampir setiap malam dia mencuri harta benda kepunyaan jiran tetangganya. Jirannya sentiasa menasihati beliau agar meninggalkan perkara yang keji itu.

Pada suatu malam, dia hendak pergi mencuri, tiba-tiba dia bertemu dengan seorang miskin yang sentiasa duduk di dalam masjid. Dia tidak tahu bahawa orang yang bercakap dengan dia itu adalah orang yang miskin sangat soleh dan zuhud terhadap dunia. Maka tanpa segan silu perncuri itu mengajak lelaki miskin itu pergi mencuri bersama-sama dengannya.

"Hai orang miskin." kata pencuri itu.

"Mengapa engkau selalu duduk di dalam masjid sambil menanti belas kasihan orang lain. Marilah ikut aku nescaya engkau akan memperoleh pekerjaan yang menguntungkan. Kalau engkau bersetuju marilah kita pergi mencuri bersama-sama." ajak pencuri itu.

"Baiklah," jawab orang miskin itu ringkas.

"Kalau begitu marilah kita pergi sekarang kerana hari sudah gelap," ajak pencuri itu.

"Lebih baik kita atur rancangan dulu," kata pencuri itu lagi.

"Saya masuk ke dalam kedai manakala engkau tunggu sahaja di luar. Kalau engkau nampak orang datang segeralah beritahu aku, ingat, jangan sampai kita tertangkap.."

Setelah mereka merancang dengan teliti maka pencuri itu pun memulakan tugasnya mengikut apa yang telah di rancangkan. Pencuri itu masuk ke kedai manakala orang miskin yang soleh itu menanti di luar.

Setelah agak lama pencuri itu berada di dalam, tiba-tiba orang miskin yang soleh itu berteriak, "Hai kawan, cepat keluar ada orang datang ke mari."

Mendengar teriakkan orang miskin itu, pencuri itu kelam kabut lari keluar untuk menyelamatkan diri bersama dengan kawannya itu. Setelah agak tenteram, dia pun berkata kepada kawannya itu.

"Tadi engkau kata ada orang datang, tapi mana orang itu?"

Maka, orang miskin itu menjawab dengan lemah lembut, "Benar kata engkau hai kawan, tidak kah engkau sedar bahawa ada Zat Yang Maha Melihat yang sentiasa melihat kita."

"Walaupun kita tidak melihat-Nya, tetapi Dia sentiasa melihat kita. Dia itu Allah Yang Maha Pemurah yang telah menyediakan rezeki untuk semua hamba-Nya."

Orang miskin itu terus berkata, "Hai kawan, engkau telah mengajakku mencari kekayaan dengan cara mencuri. Sekarang bolehkah engkau membuktikan kepada aku, manakah pencuri yang telah menjadi kaya di dunia ini?

Pencuri itu termenung mendengar kata-kata orang miskin itu lantas dia pun menyatakan keinsafannya serta berjanji tidak akan mengulangi pekerjaan yang terkutuk itu.

Memberi Salam Dan Ganjarannya

Memberi Salam Dan Ganjarannya 


Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai manusia, sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah di waktu malam pada waktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga."

"Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah di lihat oleh mata, yang belum pernah dibayangkan oleh hati manusia."

Lalu bertanya para sahabat. "Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?"

Sabda Rasulullah S.A.W. "Ia adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yang memberi makan, bagi orang yang selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."

Bertanya para sahabat, "Siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya Rasulullah?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Akan ku terangkan pada kamu semua:
  1. Barangsiapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.


  2. Barangsiapa memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya sehingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan

  3. Barangsiapa berpuasa dalam Bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan Syawal (selain satu Syawal haram berpuasa), bererti dia telah sentiasa berpuasa.

  4. Barangsiapa solat Isyak dan solat Subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur."


Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab."

Ibnu Abbas r.a berkata, "Sesungguhnya iblis terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh, aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya."

14 Julai 2011

SAKITNYA SAKRATUL MAUT

SAKITNYA SAKRATUL MAUT



Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut."Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!!

10 Julai 2011

Berkat Membaca Bismillah

Berkat Membaca Bismillah 

 

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

7 Julai 2011

Nama-Nama Syurga Dan Neraka

Nama - Nama Surga dan Neraka


Aras nama-nama syurga ialah :-
  1. Firdaus
  2. Syurga ‘Adn
  3. Syurga Na’iim
  4. Syurga Na’wa
  5. Syurga Darussalaam
  6. Daarul Muaqaamah
  7. Al-Muqqamul Amin
  8. Syurga Khuldi



Aras nama-nama neraka adalah :-
  1. Neraka Jahannam
  2. Neraka Jahiim
  3. Neraka Hawiyah
  4. Neraka Wail
  5. Neraka Sa’iir
  6. Neraka Ladhaa
  7. Neraka Saqar
  8. Neraka Hutomah

2 Julai 2011

Sifat Lemah Lembut Mendatangkan Kebaikan

Sifat Lemah Lembut Mendatangkan Kebaikan:

"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal. (Riwayat Muslim)"

18 Jun 2011

Cinta Si Penggali Kubur


suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah SAW sambil menangis. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Umar, “Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?” Umar menjawab, “Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku”. Maka Rasulullah SAW menyuruh Umar membawanya masuk. Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.
Rasulullah SAW : Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?
Pemuda : Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada ALLAH SWT yang sangat murka kepadaku.
Rasulullah SAW : Apakah kamu telah mempersekutukan Allah?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Apakah kamu telah membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Maka Allah SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.
Pemuda : Wahai Rasul Allah, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya.
Rasulullah SAW : Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?
Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosamu lebih besar dari Arasy?
Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosa kamu lebih besar dari dimaaf oleh Allah?
Pemuda : MaafNya lebih besar.
Rasulullah SAW : Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar keampunanNya. Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?
Pemuda : Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Beritahu aku apakah dosamu itu.
Pemuda : Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur mayat seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia. Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata, “Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah SWT dalam keadaan junub”.
Rasulullah SAW : Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini!
Maka keluarlah pemuda itu. Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada Allah dan pada malam yang ke-44, dia memandang ke langit sambil berdoa, “Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika Eengkau telah mengampunkan aku, maka beritahulah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat”. Tidak beberapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibril mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam…
Malaikat Jibril : Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.
Rasulullah SAW : Ialah Assalam dan daripadaNya salam dan kepadaNya segala keselamatan.
Malaikat Jibril : Allah SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?
Rasulullah SAW : Allah lah yang menjadikan segala makhluk.
Malaikat Jibril : Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?
Rasulullah SAW : Allah lah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk lain.
Malaikat Jibril : Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?
Rasulullah SAW : Allah yang menerima taubat dariku dan mereka.
Malaikat Jibril : Allah berfirman, maafkanlah hambaKu itu kerana Aku telah mengampunkannya.
Maka segera Rasulullah SAW memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.
http://sinar.cikedis.com/allah-yang-maha-besar-yang-besar-keampunannya