Photoshop Designer

28 Mei 2012

Sembang Petang

hari ini(27.5.2012)  agak membosankan, nak tggu render video projek masih lagi ada 2 hours remaining. Suhu Melaka 25 darjah celcius. org ckp kalau suhu rendar haruan kurang makan? Jam baru pkol 5 ptg. nak g mancing ke tak nak? nak g dpn umah atau yg jauh skit? stok katak ada g 5 eko. kalau nak g dekat tak penah dapat kasar2, semuanya curut. mungkin sebab aritu aku nampak memerang 2 eko. Memandangkan masa awal lagi g la tempat jauh skit dalam 15 minit je. Hari ahad jalan agak lengang sbb semua pekerja banyak cuti. jam kat traffik light menunjukkan pkol 6. sempat lagi ni..Eeh minah pon ada potong traffik light ker? Sampai je port haruan , aku tgk semak macam baru kena redah, macam baru je orang masuk port ni? mungkin pagi tadi. Tak per, aku teruskan niat memancing. Bukannyer abis pon aruan kat port ni. Baling punya baling tak dapat sambutan langsung. menangkap ada. tapi semuanya kat tempat sukar di baling dipenuhi dgn lalang air. Lalang air tak per lagi. ni ada orkid liar lak. dah la dahan kasar. hari kemain ke lewat petang.





 Dalam hati terfikir kat tempat ni penah dapat 1.5kg. Pegang kepala haruannya ngam2 tgn. Tapi ada yang lucut jugak  2kali << yang kasar. Takkan takda kot hari ni. macam2 gaya balingan dah aku wat. karau benti, karau benti, karau abis laju, karau slow. Akhirnya balingan yang terakhir ada sambutan, dlm pkol 6:45ptg. Haruan ni terpikat dengan karauan laju. Ku lihat gelombang yang agak besar mengejar umpan katak itu. Slow kan skit karauan. poWWWW!! meletup dia tangkap umpan atas air. biar kan jap 10 saat. SENTAPP!!!...melompat haruan tu kat atas lalang air.karau terus. Sampai dekat pegang kepala haruan. Pehhh, saiz yang agak besarr.paling tak pon 1kg.sambil pegang plastik beras dan umpan aku melompat-lompat meniti kayu. (sebab kena meniti kayu baru dapat baling kawasan spot haruan)...Alhamdulillah...Skang ni mmg sukar nak carik port haruan saiz yg kasar. Mungkin ada, tapi jauh dan lain2. Jangan jelez bila tgk muka haruan garang ni. haha. sekian ~

9 ulasan:

  1. huhuhu...mmg jeles....coz xpernah dapat....huhuhu....

    BalasPadam
  2. tension je muka haruan tu..kenapa aku?? -katanya
    hahaha..

    BalasPadam

Comment Jom