3 Ogos 2010

SEARCH - Neo Romantik


Dengarlah puteriku cerita konon
Terkandung dalam senandungku
Semoga terlerai rindu dendammu
Pada wira panji putih

Sekabus mitos, sehangat bara
Dihembus angin telapak kuda

Dengarlah seriku irama bebas
Terkandung dalam senandungku
Semoga terlerai cinta sucimu
Pada bayang mimpi siang

Sekalut mitos, sepurba cermin
Digilap jampi kebayan mamai

Oh harumnya kasturi tak seharum tanah hitam
Sehitamnya rambutmu yang melamar mimpiku

Hei, ayuh, sarungkanlah kasut tarimu

[solo]

Hei, ayuh, sarungkanlah kasut tarimu

Sekalut mitos, sepurba cermin
Digilap jampi kebayan mamai

Dengarlah puteriku cerita konon
Terkandung dalam senandungku
Semoga terlerai rindu dendammu
Pada wira panji putih

Sekalut mitos, sehangat bara
Dihembus angin telapak kuda

Sekalut mitos, sepurba cermin
Digilap jampi kebayan mamai

Penulis/Pencipta : SEARCH/Loloq

0 comments:

Catat Ulasan

Comment Jom