Rezeki Ada Di Mana-Mana
Pada 17 may 2012, terdetik hati nak mengilat haruan memandangkan cuaca petang yang redup.Sampai ke destinasi balingan umpan kurang sambutan sehinggalah ke lewat petang. Umpan di ragut terus selepas katak baru jatuh di permukaan air. Sentapan yang sederhana dilakukan kerana terdapat pokok liar sebesar ibu jari. Tapi haruan tersebut berjaya melarikan diri. Karauan terakhir dilakukan di kawasan lalang air kerana meletup-letup dia punya menangkap. Kawasan agak semak dengan lalang, tapi berjaya haruan lagi seekor menyambar katak yang bersaiz sederhana. Meletup kat permukaan air. Apa lagi, sentapan yang maksimum dilakukan sehingga rod pancing patah. Gelutan demi gelutan haruan itu masuk ke dalam lumut. Reel pancing di karau, tapi sempat haruan tersebut menyangkutkan dirinya di dalam lumut. Masih terasa ayunan badan haruan ingin memboloskan dirinya. "Apakah aku kena terjun dalam paya tu dan tangkap haruan pakai tangan? Aish, tak berani aku kawasan semak ". Maka di biarkan selama 5 minit. Sehinggalah tali benang tu ku tarik sekali lagi. Malangnya, haruan tersebut tak berjaya di naikkan. Kili bengkok abis, Mata kail senget sebelah. Kalau berjaya naikkan tu, paling tak pon 3KG. Yang peliknya bagaimana haruan itu membengkokkan Kili bersaiz sederhana kepada bentuk "S". Tak pe, inilah dunia memancing yang mengajar erti "Sabar" dan "Tenang". Paling tak pon pakcik puas hati dapat merasa gelutan haruan bersaiz "XXL". Lain bulan pakcik turun lagi. Alhamdulillah, sekian