2 Mac 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??


Ini kisah dan pengalaman aku yg ingin ku coretkan untuk pembaca blog ku.
Kisah ini bermula pada bulan Ramadhan. Di keheningan petang yg di sinari sinaran matahari, datanglah sahabatku, Alan mengajak ku keluar ke bandar berdekatan. Tapi ku agak keberatan nak mengikutinya. Ku pun tidak tahu mengapa aku menolak tawaran nya. Wajah nyer yang ceria dengan senyuman, dengan redha berlalu menaiki kereta. Senja semakin hampir. Pada waktu malam ku dengar berita yang tak dapat disangka sekali. Sahabat ku yang lain memberitahuku bahawa Alan sudah tiada.
Dia mengalami sakit jantung semasa pergi ke bandar ptg td. Keadaan yg mengejutkan. Ku harapkan arwah sahabatku di tempatkan di kalangan orang beriman. Juga ku pohon padaMu Ya Allah supaya tidak menarik nyawaku dalam keadaan yang mengejutkan. Amin~~~