Memaparkan catatan dengan label buah-buahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buah-buahan. Papar semua catatan

10 Julai 2011

Pokok Salak Buah Salak

Pokok Salak Buah Salak 

buah salak muda

Salam sejahtera. Korang penah makan salak? Sedapp..hehe. nak kongsi skit informasi tentang buah salak. Pokok Salak atau nama saintifiknya salasa adulis adalah dari keluarga tumbuhan Palmae. Pokok salak tumbuh dengan subur di bawah lindungan tumbuhan iaitu dalam keadaan yang lembap dan teduh.Buah Salak mempunyai rasa masam-masam manis dan kelat. Buah Salak juga boleh dibuat jeruk


tunggu lagi seminggu masakla

buah salak memang manis

Pokok salak terdiri daripada pokok jantan (tidak berbuah) dan betina. Pokok salak boleh membuahkan hasil selepas 4 tahun di tanam.Buah salak ini memiliki kandungan gizi yang cukup tinggi dan dapat diolah sebagai manisan. Isi buah ini mengandungi kalsium, tanin, saponin, dan flavonoida

5 Julai 2011

Belimbing Ke Buluh?

Belimbing Buluh 

buah belimbing buluh

Belimbing Buluh ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.

Jus belimbing buluh buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.