Memaparkan catatan dengan label ragam puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ragam puasa. Papar semua catatan

9 Ogos 2011

Ragam Puasa: Mercun Roket

Ragam Puasa: Mercun Roket 

  

Salam sejahtera dan Salam Ramadhan. Ragam puasa arini berkenaan dengan mercun roket yang berlaku pada tahun 1999. Ni bukan calang2 mercun roket. Sekali meletup satu kampung dengar. Adela satu malam tu, acik dengan kawan2 acik yang lain bosan2 lepak tepi jalan. Kebetulan lak member sorang ni bawak mercun roket yang besar. Ntah mane dia dapat. Kami pun bercadang nak membakor mercun roket tu. Nak test macam mane pergi dia. Tapi bukan acik yang bakor. haha.

Cucuk la batang mercun roket tu kat atas tanah merah yang tak berapa melekat batang mercun roket tu. Member acik pun cucuh mercun roket tu. Lepas cucuh je batang mercun roket tu jatuh dan terus menghala ke rumah jiran acik yang bernama cik Moktar. "Pommmmmm!!!" bukan men kuat lagi dia punya bunyi kat bawah rumah cik Moktar. Apa lagi menjerit la dia. "Woooiii!!!"..Cik Moktar bukan pintu mencari siapakah orang yang menghala mercun ke rumah dia.

Kami buat apa? Apa lagi. lintang pukang lari nyorok kat tempat gelap kat belakang pokok pisang. Nasib baik tak kantoi..."Fuhh."..Takot ooo. Mane tak nyer, member acik pun penah kena lempang ngan cik Moktar akibat preng2 moto kesana kesini lalu depan umah dia. "Fuhh, Gengster abang ni".

Ragam lain: Cik Moktar penah masuk hutan ngan kami. Dia ade senapang. Kuat memburu dulu. Skang tak dah. Yang jadi masalahnya, time kami semua lepak kat dalam hutan yang berbatu-batu jauhnya dari kampung, Ada ke dia crita pasal pengalaman dia kena kejar ngan Pak Belang. Cite time tgh malam lak tu. Tak ke kecut perut acik duk dalam utan tu. apa2 pun cik Moktar memang baik orangnya, cuma jangan carik nahas ngan dia..hehe  

Ragam Puasa: Bazar Ramadhan

Ragam Puasa: Bazar Ramadhan 

  


.
.
.
.
.
.
.
.
.

Salam, ingat jangan tak puasa. Bak kata lagu Ramli Sarip, 
"Bulan seribu bulan, hanyalah sebulan. Siang malam keberkatan"  

8 Ogos 2011

Ragam Puasa: Kena Mercun

Ragam Puasa: Kena Mercun 

 

Salam, pada suatu hari pada tahun linkungan 1998, acik dengan kawan acik bernama lan dan paprik (bukan nama sebenar) pergi ke belakang rumah lan. Hajat hati kalau tak silap acik nak menyauk ikan kot. Kebetulan masa tu bulan puasa. bukan main meriah lagi orang kampung main mercun. Kejap sini bunyi dummmm!!, kejap sane bunyi dummm!!..Lepas sampai je kat lokasi paya belakang umah, si paprik pun mengeluarkan mercun TNT yang berharga dalam duit hinggit sebutir. Dia menjerit, "tepi2 aku nak bakar mercun". Lantas dia kuarkan petik api dan mencucuh mercun yang dibawanya.

Malangnya mercun yang di cucuh tak meletup, masuk angin kot. Paprik pun mengoyak kelongsong mercun itu dengan lahapnya. "Wah banyaknya belerang dalam kelongsong mercun ni" kata beliau. Lalu paprik membakar belerang mercun itu. "Arghhhhhh" dia menjerit kerana belerang mudah sambar api, sehingga tangan beliau menjadi bewarna merah padam. Paprik terus menangis meraung-raung kesakitan dan balik rumah. Dia  berserah, hari raya terpaksa pakai bandit tangan ;p...

nak kongsi cerita? emel apis_v2@yahoo.com