Photoshop Designer

9 Ogos 2011

Ragam Puasa: Mercun Roket

Ragam Puasa: Mercun Roket 

  

Salam sejahtera dan Salam Ramadhan. Ragam puasa arini berkenaan dengan mercun roket yang berlaku pada tahun 1999. Ni bukan calang2 mercun roket. Sekali meletup satu kampung dengar. Adela satu malam tu, acik dengan kawan2 acik yang lain bosan2 lepak tepi jalan. Kebetulan lak member sorang ni bawak mercun roket yang besar. Ntah mane dia dapat. Kami pun bercadang nak membakor mercun roket tu. Nak test macam mane pergi dia. Tapi bukan acik yang bakor. haha.

Cucuk la batang mercun roket tu kat atas tanah merah yang tak berapa melekat batang mercun roket tu. Member acik pun cucuh mercun roket tu. Lepas cucuh je batang mercun roket tu jatuh dan terus menghala ke rumah jiran acik yang bernama cik Moktar. "Pommmmmm!!!" bukan men kuat lagi dia punya bunyi kat bawah rumah cik Moktar. Apa lagi menjerit la dia. "Woooiii!!!"..Cik Moktar bukan pintu mencari siapakah orang yang menghala mercun ke rumah dia.

Kami buat apa? Apa lagi. lintang pukang lari nyorok kat tempat gelap kat belakang pokok pisang. Nasib baik tak kantoi..."Fuhh."..Takot ooo. Mane tak nyer, member acik pun penah kena lempang ngan cik Moktar akibat preng2 moto kesana kesini lalu depan umah dia. "Fuhh, Gengster abang ni".

Ragam lain: Cik Moktar penah masuk hutan ngan kami. Dia ade senapang. Kuat memburu dulu. Skang tak dah. Yang jadi masalahnya, time kami semua lepak kat dalam hutan yang berbatu-batu jauhnya dari kampung, Ada ke dia crita pasal pengalaman dia kena kejar ngan Pak Belang. Cite time tgh malam lak tu. Tak ke kecut perut acik duk dalam utan tu. apa2 pun cik Moktar memang baik orangnya, cuma jangan carik nahas ngan dia..hehe  

2 ulasan:

  1. hahaha nasib bek xkantoi kan,kalau tak dikejar dan dipukul nye org yg buat bising kt umah die keh3x

    BalasPadam

Comment Jom