Strategi Teng-Teng
Salam, apa khabar kepada semua pembaca. Salah satu permainan yang semakin luput telan dek zaman. Permainan sebegini diberi nama teng-teng ataupun jengkek-jengkek. Permainan yang mengisi masa kanak-kanak dengan aktiviti yang tidak membosankan. Dulu kanak2 lelaki atau perempuan selalu bermainan aktiviti ala-ala kampung ni di halaman rumah. Korang penah main ker? ;p
Tak kisah la atas tanah pun. Mula-mula buat garisan petak-petak sebanyak mana yang mereka suka, 6 atau 9 petak. Para pemain lebih kurang 3 atau 4 orang. Kemudian memulakan permainan dengan la la tamplong atau pun one two som. Sapa menang dia start dulu. Baling duit atau apa2 yang boleh di pijak ke kotak teng-teng. Kemudian melompat-lompatlah kanak2 tu mengikut step yang di tetapkan sehingga kembali ke tempat permulaan. Sapa yang tak dapat pijak benda yang di baling dikira batal dan giliran pemain seterusnya. Mengajar kanak-kanak mengaturkan strategi sejak dari kecil :)..
Tapi sekarang mungkin sukar melihat kanak-kanak terlompat-lompat bermain teng-teng di halaman rumah. Mungkin sebab kemajuan dan minat yang lain salah diterapkan kepada kanak-kanak. Apa-apa pun bila terkenang zaman kanak-kanak dulu, memang rasa nak ambil kembali feeling bermain teng-teng dengan kawan-kawan atau jiran sebelah. Sememangnya permainan sebegini kurang menimbulkan pertengkaran antara pemain. Sekian, Wassalam ;)