Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan

5 Julai 2011

Belimbing Ke Buluh?

Belimbing Buluh 

buah belimbing buluh

Belimbing Buluh ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.

Jus belimbing buluh buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.

4 Julai 2011

Aktiviti Pembalakan Haram

Aktiviti Pembalakan Haram 

arghhh besa nyer lori balak nii

Salam sejahtera, yeke lori berat membawa bertan-tan balak boleh memberi risiko kepada pengguna jalan raya yang lain? Pembalakkan secara haram boleh menyebabkan spesis flora dan fauna terjejas? Kawasan hutan simpan pun boleh buat pembalakan haram ker? sapa yang mengawal aktiviti pembalakan di Malaysia?
salah siapa? byk persoalan yang timbul..



Keratan Akhbar

IPOH 7 Mac – Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan satu kegiatan pembalakan haram di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Perak dan Pahang dalam operasi bersama Jabatan Perhutanan Perak dan Rela semalam.

Kawasan pembalakan haram berkenaan terletak berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Dalam operasi yang bermula kira-kira 9 pagi semalam, beratus-ratus batang balak yang baru dipotong dan dianggar bernilai jutaan ringgit serta beberapa jentera berat yang berada di kawasan itu disita.

18 Jun 2011

Seni Mempertahankan Diri Perempuan

Seni Mempertahankan Diri Perempuan





Salam sejahtera. Kenapa perempuan kena belajar seni mempertahankan diri? Kenapa perempuan malas nak belajar seni mempertahankan diri? Apa kebaikan perempuan belajar mempertahankan diri?


Sekarang ramai perempuan menjadi mangsa jenayah seperti dirogol, diragut, diugut, dan lain-lain lagi. Jadi perempuan di galakan belajar seni mempertahankan diri. Ramai yang anggap seni mempertahankan diri buang masa. Sibuk dan tak da masa nak buat. Pada hari ini, hanya >10 peratus sahaja perempuan belajar seni mempertahankan diri. Minat dalam seni ini harus diteruskan sekaligus mengurangkan kadar jenayah pada zaman sekarang...ingat jangan lupa bukak kuda-kuda.

16 Jun 2011

Apa Itu Sisha?

Apa Itu Sisha?




Salam. Penah ke korang isap sisha? Macamane rasanya?

Sisha ni berasal dari panggilan Arab. Org putih panggil Waterpipe. Org india lak panggil Hookah. Sisha ni mempunyai pelbagai perasa seperti epal, strawberi, vanila, ceri, pisang, kelapa, kiwi, anggur, ros, mangga dan lain-lain lagi..
Kalau rokok dibuat dari tembakau. Sisha lak perasa yang diperam dan dijadikan seperti serbuk diletakan dalam air.. Biasanya perkhidmatan menyewa sisha di warung2 mamak. Sekali guna 10 ringgit. Tu pun mau 40 minit nk abiskan..ada juga yang membuat tempahan menyewa sisha. Sisha dengan rokok juga mempunyai kesan sampingan pada jantung.. Harga sisha standard Rm40-60 ringgit. Kalau yang besar seperti gambar kat atas ni dalam Rm 100-500, bergantung pada reka bentuk sisha.




Sabri asik menyedut sisha tanpa menyedari telur yang digoreng di dapur sudah hangit

Selain dari kesan pada jantung dan paru-paru. Sisha juga memberi kesan pada penyakit TB akibat dari perkongsian pipe sisha.Ada juga yang mengatakan sisha lagi memberi kesan yang teruk jika selalu menghisap sisha kerana sisha tidak mempunyai penapis ataupun filter.

Apa Pun Tak Boleh!

Maharaja Lawak Apa Pun Tak Boleh!



Salam sejahtera. Hanya tinggal 2 minggu lagi untuk menentukan siapakah juara maharaja lawak..siapakah pesaing Jozan? Sepah? Jambu? Nabil? ataupun R2?

Dan siapakah yang akan tersingkir pada minggu ke-12? samada R2 ataupun Nabil?. Persembahan siapa yang tiptop pada minggu ke-12? Sama-sama kita saksikan Maharaja Lawak Minggu Ke-12 pada hari Jumaat pukul 10 malam hanya di Astro Warna. Ataupun saksikan siaran langsung di Johor Bahru

10 Jun 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke-11 | Siapakah Akan Tersingkir?

Maharaja Lawak Minggu Ke-11 | Siapakah Akan Tersingkir? 


Salam sejahtera? mari layan maharaja lawak musin ke-10 di kuantan atau pun di astro warna. Anda rasa siapakah yang akan tersingkir??? vote2

2 Persembahan.
1. Bebas
2. Menyonsangkan props yang di beri...


hahaha..sape yang paling kreatif dan sape yang paling looser malam ni?

5 Jun 2011

Les Sekinchan

Les Sekinchan 

Salam sejahtera, bagi aku Kumpulan Les Sekinchan nie merupakan band yang kreatif. Suka aku dengar lagu diorang. Sempoi abis. Pastu aku cut cerita gila-gila pengantin remaja. tapi aku tak tau tajuk lagunya. feel gitu..

Les Sekinchan



Amir lari lalu sembunyi sendiri
mengapa sampai hati mungkir janji
dan tak tahu mastura perlu berlalu 
meninggalkan semua janji dulu

tanpamu pengolahan dan fandi yang dengki
barulah terasa puas hati si fandi
merana hati amir
hancur musnah kecewa

bagaimana nak menentu masa depan
yang dirancang tanpamu mastura
yang dikasihi..

bagaimana nak menentu masa depan
yang dirancang tanpamu mastura
yang dikasihi..

Kucing Siapakah Ini?

Kucing Siapakah Ini? 




1 Jun 2011

Bermain Layang-Layang Di Marina Bay

Bermain Layang-Layang Di Marina Bay, Melaka

Salam sejahtera. Kalau cuaca cun, angin cun, memang best lepak kat tepi pantai ni. Sambil bleh beli layang-layang gitu. baru RM10 paling murah, paling mahal RM50-80 jugak la. besa pon besa kalau yng mahal.
Santai la lepak sini, kalau xde layang layang korang watla sendiri layang-layang suratkhabar ke.haha

Petang je. confirm ramai yang datang, ade yg berniaga, ade yg dating, ade yg nak beli goreng pisang, ade yang men basikal, ade yang fotoshot, ade yang mancing dan ade juga yang berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian.

Tryla datang merasakan suasananya..ceh mcm agen pelancongan plak ;p

24 Mei 2011

Cerita Pasal Keraguan

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Cerita kali ini tentang keraguan. atau pun bermaksud tak yakin. Keraguan datang dari bisikan syaitan.

abu ragu-ragu mengambil air sembahyang


Pada suatu hari seorang pelajar ingin mengambil air sembahyang. Setelah selesai mengambil air sembahyang dia berasa ragu-ragu dia dah basuh kepala ke belum.

Dia pergi balik mengambil air sembahyang. Selepas itu dia masih ragu-ragu mengambil air sembahyang

Dia pun berjumpa dengan Ustaznya menerangkan keadaan nya. Ustaz mencadangkan supaya dia niat dan terjun ke dalam kolam dekat surau itu. Pelajar tu pon berbuat demikian

Dia pon berjumpa dengan Ustaznya dan menyatakan dia masih ragu-ragu. Lantas Ustaznya menyuruh dia jangan sembahyang. Pelajar itu bertanya. Kenapa?
Ustaz menjawab: sebab awak gila...


// Jangan keraguan itu mengatasi keyakinan.
// Tinggalkan apa-apa yang meragukan kepadamu kepada sesuatu yang tidak meragukan.

22 Mei 2011

Menghormati Tetamu

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Pada suatu hari, sedang aku melepak di depan rumah kawan ku, kelihatan seorang jiran datang ke rumah kawan ku. Setelah 15 minit berlalu, terdengar jiran mengatakan mane airnya? Sepatutnya kita yang patut memberi air minuman kepada jiran yang datang ke rumah kita sebagai tanda kita menghormati tetamu atau jiran kita...

menghormati tetamu yang datang ke rumah kita

Apa kelebihan menghormati tetamu?
Apabila kita menghormati tetamu yang datang ke rumah kita, kita akan memperolehi seribu keberkatan.


Wah...banyaknya keberkatan. Lebih banyak kita menghormati tetamu, lebih bahagialah keluarga dan juga jiran tetangga kita. Kena ingat tu. Jangan tetamu datang kita wat tak tau plak...;p

21 Mei 2011

Salah Siapa ?

Salah Siapa ? 

Salam sejahtera kepada semua pembaca...Kalau korang tengok gambar kat bawah paham dak? kalau paham korang memang kreatif ;)

Subtopik kali ni aku nak ketengahkan:

  • Jangan rasa kita hebat (ujub)
  • Jangan hina orang lain yang berbuat baik
  • Jangan selalu salahkan orang lain
  • Rendah diri (tawadduk)


Semoga kita sama-sama memperolehi asas amalan dan sikap di atas.
Semoga juga kita sama-sama bahagia di alam akhirat kelak.
Amin....


19 Mei 2011

Cerita Pasal Diam

Cerita Pasal Diam 

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, kali ni aku nak cite satu kisah berkenaan dengan diam.
Penah dengar dak falsafah tentang diam?

Diam itu orang kata bodoh?


abu seorang yang pendiam
Pada satu hari seorang ustaz sedang mengajar anak muridnya. Pada akhir sidang pelajaran. Ustaz tu bertanya kepada anak muridnya.

Ustaz: Ada apa-apa soalan?

Anak murid: ...

Ustaz: Awak yang hujung tu diam je? ada soalan?

Anak murid: ..errr..Bilakah  waktu kita berbuka puasa?

Ustaz: Apabila terbenamnya matahari kenalah berbuka..

Anak murid: Ustaz, kalau matahari tak terbenam jugak ?

Ustaz: ...... Eloklah engkau diam..


Kesimpulan: Boleh juga bertanya, tapi jangan bagi soalan yang pelik-pelik...;p

Lazimkan oleh kamu dengan diam, kerana bahawasanya diam itu menolakkan diri daripada syaitan

18 Mei 2011

Cerita Pasal Bersin

Cerita Pasal Bersin 

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Pertama sekali nak tanya kat korang, penah dengar dak ayat falsafah ni?

Kita berjalan jantung berjalan, kita tidur jantung berjalan,
Kita berhenti jantung berjalan, jantung berhenti kita jalan.

dua situasi bersin yang berbeza

Sebab apa kita kena sebut Alhamdulillah selepas bersin? Sebabnya ketika bersin jantung berhenti seketika. Jadi lepas bersin sebutlah Alhamdulillah sebagai tanda bersyukur jantung kita kembali berjalan.

Apabila kawan kita bersin dan dia sebut Alhamdulillah,
Kita berada disebelah menjawab Yarhamukallah.

Janganla lepas bersin sebut excuse me plak ;p

15 Mei 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke-7 3gp

Maharaja Lawak Minggu Ke-7 3gp

Salam kepada semua pembaca...saje nak share ngan korang lepas aku dh convert Maharaja Lawak Minggu Ke-7 ke 3gp. File ini achive. Ade 6 kumpulan seperti Jozan, Jambu, Balas, Amir, Nabil, Sepah.
Jangan lupa password nyer: lawak 


Link >> http://www.4shared.com/file/1hwNE3-U/maharaja_lawak_minggu_ke7.html

6 Mei 2011

Download Maharaja Lawak 3gp

Download Maharaja Lawak 3gp

Salam kepada pembaca, wa boring2, wa tolong convertkan dan share ngan korang video maharaja lawak 3gp.Tapi wa xconvert semua terus. convert satu2 pkai adobe premier. video yg lain wa update kemudian.. hope korang enjoyyy..

hahahaha

Siapakah yang akan bergelar Juara Maharaja Lawak?

Maharaja Lawak Jozan Minggu Pertama [download]
Maharaja Lawak Jozan Minggu Ke-2 [download]
Maharaja Lawak Jozan Minggu Ke-3 [download]
Maharaja Lawak Jozan Minggu Ke-4 [download]
Maharaja Lawak Jozan Minggu Ke-5 [download]



Maharaja Lawak Sepah Minggu Pertama [download]
Maharaja Lawak Sepah Minggu Ke-2 [download]
Maharaja Lawak Sepah Minggu Ke-3 [download]
Maharaja Lawak Sepah Minggu Ke-4 [download]
Maharaja Lawak Sepah Minggu Ke-5 [download]

Nabil, Jambu, Man, Balas, Amir in progress..


Maharaja Lawak Sepah Minggu Ke-7 3gp



Sambil tu jgn lupe vote my blog yer :)

30 April 2011

Welcome To 3D

Welcome To 3D

by apisv2
Sample character

Salam, ni nak cite skit, aku nak ucapkan selamat datang kepada diriku dan squad aku ke alam animasi 3D...
Aku dengan squad aku di kehendaki membuat animasi 3D selama 3minit je pun..Sekarang ni aku masih xda idea nak guna software ape untuk buat animasi. Korang ada cadangan?

Aku yang cabut undi ni ;p...Dah agak mesti dapat 3D. Project multimedia ni merangkumi 4 platform:
Linear Project:
Mini movie : Dokumentari, Iklan,Talk Show, Klip Video, Video Korporat dan etc (20 minit)
Short movie Animation: 2D animation (5 minit), 3D animation (3 minit)

Non-Linear Project:
Multimedia Interactive Information system: Courseware, Teachware and CD Title. Projek ini perlu diintegrasikan dengan animasi 2D / 3D dan video. 

Multimedia Content:
Kiosk: Projek ini perlu menggunakan touch screen sebagai paparan projek.
Mobile content: Projek ini perlu menggunakan peranti mobile untuk mensimulasikan projek.

MySquardMember:
Atiqah Adnan
Apis << that's me ;p

23 April 2011

Support Me!

DigiWWWOW Malaysian 1st by The People, For The People
Internet For All Awards 

Salam, kepada pembaca post ni aku nk mohon kerjasama korang vote post aku ;p

Cara nak vote:
Click image di bawah vote via Facebook

Ianya di lancarkan oleh DigiWWWOW Malaysian 1st by The People, For The People
Internet For All Awards
Click to Support Me!
CATEGORIES: FAVE PERSON OVER 40

22 April 2011

Maria Elena

Maria Elena

eh bergurau
Salam, hai. sebenarnya aku baru kenal nick Maria Elena ni. Salam kenalan..jadi aku nak kongsi la dengan korang yang masih belum kenal Maria Elena. Lepas aku tengok vlog Maria Elena ngan Ben Ashaari, aku terus rasa nak wat posting pasal Maria Elena. Jangan marah ;p

Bagi aku menarik jugak blog Maria Elena, ade tips tacap muka, video2 funky dia dari youtube channel shortnap. kalau nak tau lagi cube usha tengok...hehe.bye.

Coolest Stuff HyppTV

HyppTV


Apa itu HyppTV?
  • HyppTV adalah service pembayaran tv digital pertama di Malaysia.
  • Dan melalui kelajuan broadband yang maksimum.

Apakah Kelebihan HyppTV?
  • Service yang terkawal kerana kita yang memilih channel tv.
  • 24 jam service up to date
  • Tidak mengalami ganguan ketika hujan
  • Aplikasi interaktif (Waktu Solat, Games, dll )

HyppTV’s exclusive bloggers’ party!
Date: 6 May 2011 (Friday)
Time: 6.45 pm
Venue: To be revealed soon!
Dress code: Dress up as your favourite Hollywood character! We can’t wait to see Indiana Jones, Captain Jack Sparrow, The Incredibles or maybe Lara Croft that night!

30 peserta yang mempunyai blog entry yang kreatif akan
memenangi 2 jemputan blogger's party dari HyppTV