Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan

7 Oktober 2011

Korang Loghat Apa?

Korang Loghat Apa? 

 

Salam, kalau nak cite pasal loghat, macam2 kat Malaysia ni. ada yang loghat Jawa, loghat Banjar, loghat Perak, loghat Kelantan, loghat Melaka, loghat Terengganu, loghat Daerah dan macam2 lagi.
Loghat tu bermaksud corak pertuturan setempat. Acik besa loghat banjar. Korang lak loghat apa? 

6 Oktober 2011

Bila Kerja Dapat Curi Tulang

Bila Kerja Dapat Curi Tulang 

 


Salam, apa pendapat korang bila tengok member kerja asik curik tulang je. sedangkan gaji member korang sampai 2k, kereta pun mewah. goyang kaki je. adakah patut di tubuhkan persatuan anti curi tulang? hehe ;p. 

Cara Korang Cover Malu

Cara Korang Cover Malu 

 

Salam, andai kata korang tengah berjalan menuju ke kampus, bank, pejabat post, atau kedai cermin. Tiba di pintu masuk korang tak perasan yang pintu masukknya adalah pintu kalis cahaya. Lantas korang pun melanggar pintu itu sedangkan anda ingat pintu itu telah terbuka, padahal tidak. Anda pun jatuh di depan orang ramai yang juga menunggu turn untuk bayar bil kat bank dan melihat gelagat anda. Bagaimana cara korang cover malu korang? ;p. 

4 Oktober 2011

Bila Member Tidur Berdengkur

Bila Member Tidur Berdengkur 

 


Salam, apa tindakan korang sekiranya member sebilik korang tidur berdengkur? hehe ;p 



Antara Sebab Korang Menangis

Antara Sebab Korang Menangis 

 

Salam, kalau nak cita pasal menangis, acik pun ada pengalaman penah menangis atau menitiskan airmata semasa berpisah dengan kawan2 masa matrikulasi, masa raya ngan family, dan masa tengok cerita melayu yang menginsafkan. Cite lak pengalaman korang menangis ;)... 


Kenapa Kita Selalu Lupa?

Kenapa Kita Selalu Lupa? 


 

Salam, kenapa kita selalu lupa? mesti banyak sebab jadi pelupa kan? Antara sebabnya masa kecik2 kita dah makan nasik lemak yang ada ikan bilis. bila makan kepala ikan bilis banyak2 jadila seorang yang pelupa. Tak macam orang Arab makan kibas. Jadi tak hairanla boleh hafaz 30 juzuk Al-Quran. Korang ada idea apa lagi sebab kita ni jadi pelupa? 

30 September 2011

Rumah Itu Usang

Rumah Itu Usang 

 

Salam. "Jam dah pukul 12 tengah malam, aku(bernama Karim) masih melepak di rumah Hasan sambil berbual-bual. Rumahku jauh juga. Dahla datang rumah Hasan jalan kaki. Lalu lak kat kawasan denai lembu dengan semak tinggi pinggang. Kebetulan lak ade rumah usang kat depan semak tu yang dah di tinggalkan bertahun-tahun lamanya.
alamak, macamane ni. nak balik rumah ke tak ni? malam jumaat lak tu. xkan nak tido rumah Hasan. dia tu dah ada bini.

cuba bayangkan anda berada dalam situasi Karim. apakah tindakan anda? ;p

28 September 2011

Tempat Paling Best Mentekedarah

Tempat Paling Best Mentekedarah 

 



Salam, korang rasa tempat mane paling best g makan2 kat area melaka ni? sebab acik ngan geng acik nak pekena sup tulang ini malam..slurppp...kalau korang org melaka g tau la ye port2 sup tulang...;D . 

24 September 2011

Bila Motor Habis Minyak

Bila Motor Habis Minyak 

 

Salam, korang penah mengalami situasi motor habis minyak di tengah jalan? hehe. Mengikut pengalaman acik, mau 10 kali atau lebih dah pengalaman moto habis minyak. sebabnya tengah takde duit isi minyak atau meter minyak motor rosak hehe ;p. 

22 September 2011

Cinta Pertama Paling Bahagia

Cinta Pertama Paling Bahagia 

 


betul ke orang kata cinta pertama paling bahagia? 

16 September 2011

Saya Nak Buat Kek Untuk Merahitujambu

Saya Nak Buat Kek Untuk Merahitujambu 



 

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk cik merahitujambu ;). 
tag semua yang terbaca ;p. 

14 September 2011

Bila Mandi Bunga

Bila Mandi Bunga 

 

Salam, orang tua2 kata mandi bunga ni untuk tolak bala. betul ker?
Acik nak tanya korangla. penah dak korang mandi bunga?
acik? seingat acik tak penah lagi kot. mane la tau masa kecik ke. lupe ;p. 

10 September 2011

Balik Melaka, Tak Dapat Dah Mandi Air Kolah

Balik Melaka, Tak Dapat Dah Mandi Air Kolah 


Alhamdulillah, dah nak start sem 5. pasang niat, belajar kerana Allah, menuntut ilmu. 
pada kawan2 yg lain pun selamat bermulanya sem baru. Junior2 pun baru, lecture pun baru, subjek pun baru.
pastu mandi pun guna air paip. xdapat dah rasa mandi air kolah kat rumah ;p. 

5 September 2011

Gulung Tikar

Gulung Tikar 

 

Salam, "alamak acik kena buang kerja lak. kena gulung tikar acik. terpaksa acik menetap kat kampung jadi penganggur. boleh la setakat dapat duit tanam ubi, jual sayur, atau mesin rumput. "
kata acik yg memegang watak si baju biru.

Macam tulah salah satu situasi watak yang kena gulung tikar ( kena buang kerja, bankrup,
kedai kena bakar, kena tipu dll). Tak semestinya gulung tikar bermaksud kecewa atau di belenggu masalah seperti tak ada duit @ tak mampu byr duit kereta. Kat mana2 pun ade rezeki dari Allah. Duk kampung pun
boleh carik duit yang penting ada usaha kan? mungkin kerja yang lama tak sesuai dengan kita, kerja yang baru 
lebih selesa untuk kita walaupun pendapatan tak seberapa.
InsyaAllah. renung-renungkan =). 


4 September 2011

Cendol Sedap Senghoti

Cendol Sedap Senghoti 

 

Salam, semalam acik di jemput oleh Sabri Yunus (nama samaran), untuk pergi beraya. Asalnya acik rancang nak ngilat ikan haruan kat petronas, tapi tak jadi. Sabri nak g beraya umah rakan sekerja dia (polisko) dekat area Pemanis. Malangnya lagi sekali dia suh datang malam. Acik pun g la pusing2 kawasan Segamat dengan adik acik, Zaibo Bo, Sabri (pemandu), dengan Yow. Setelah pusing2, Si Sabri mengajak pekena Cendol depan Nirwana Segamat. Huh, lama tak kena Cendol kat situ. Memang sedap, macam2 jenis cendol ade.


Cendol dengan kacang merah, cendol dengan pulut, cendol special dan lain2. Ni bukan promosi, tapi nak rekemen kat korang pekena cendol Segamat. Kalau korang duk jauh di rantau, acik leh jadi pemandu pelancung korang. haha. Lepas tu  perasan Acik Sabran kuar dari Nirwana Segamat. Acik tegur la. Dia pun lalu depan kedai cendol tu, mungkin dia nak pekena cendol gak. 

 


Gambar kat atas tu Si Zaibo Bo, yang rela jadi model cendol sedap senghoti. Acik rasa senghoti ni macam sedap sungguh @ sedap sangat. Kalau salah korang betulkan la yer. Cendol kat situ harga RM1.60 je pun.
Murah dan sedap. Lepas dari jalan-jalan kat kawasan Segamat barula kami g beraya kat rumah rakan sekerja Sabri yunus.. oklah ye, acik nak makan cendol jap ;D 

3 September 2011

Operasi Cicah Pelam Dengan Budu

Operasi Cicah Pelam Dengan Budu 



Salam, semalam xberaya acik. sebab skang ni musim pelam. Sapie afdal start moto g kedai Sapari beli budu 
Sedap Senghoti cap ikan emas. Lepastu Si Mat Karung g petik serongkoi pelam di sebelah rumah Cik Mah.
Sapie afdal menghidangkan kami dengan air teh ais yang di bekukan dalam sebotol air. tunggu cair air baru bleh minum. Suki (bukan nama sebenar) dengan tak baca Bismillah melantak pelam Cik Mah lebih kurang sepuluh bijik. Dipercayai dalam gambar di atas dekat pasu bunga belakang Pak Itam terdapat Cicak Pokey sebanyak 2 ekor kepunyaan Sapie Afdal

 

Dengan resepi Sapie Afdal, budu + limau + cili menyedapkan lagi selera mencicah pelam dengan budu.
 Tiba-tiba Pak Itam menyusur masuk ke laman rumah Sapie. Malangnya pelam sudah habis. Dengan tangkasnya Pak Itam memetik lagi serongkoi pelam sebab buah pelamnya hanya paras pinggang. Mudah untuk Pak Itam petik. Selepas Suki makan, dia mengeluarkan rokok sponsor berjenama Dunhill untuk jamahan kawan2. Si Hadi baru saja bertolak balik ke Klang menyerahkan mercun bola yang belen kepada sapie dan Pak Itam. Mereka bermain mercun bola dengan riangnya tanpa memikirkan Pak Deris nak solat Asar. terkejut Pak Deris.

Batu dan Chot yang duk sebelah rumah pun keluar akibat kedengaran mereka bermain mercun.Batu dengan memakai seluar Ali Baba keluar untuk join operasi cicah pelam dengan budu. Semakin petang, semakin ramai mai rumah Sapie Afdal seperti Anuar Zain, Atai, JasonKing, Bro Arm, dll. Acik dah dtg awal lagi ;p.
Kami melepak sampai tibanya lewat petang sambil2 mengenakan @ mengusik kawan2 yang lain bagi merapatkan silaturrahim antara orang kampung sebab setaun sekali je dapat berkumpul.
begitulah cerita acik hendaknya. =) 

7 Ogos 2011

Kerja Amal

Kerja Amal 

 

Alhamdulillah Felda sekarang semakin ramai belia2 membuat kerja amal bagi memupuk intergrasi belia yang berjaya. Elakkan dari budak2 dari follow awek naik moto, kejar awek naik moto, pewiit awek lalu tepi jalan dll. Padahal kita ni hidup serumpun je, baik buat benda2 yang positif.  Bulan puasa ni banyakkan kerja yang positif...keep it up..;)

Senyum Kambing

Senyum Kambing 

 
Salam dan selamat pagi subuh, mesti korang seronok bila tengok member2 senyum. Walaupub hidup korang di belenggu masalah, korang tetap akan senang ati bila melihat member yang ceria dan manis dengan senyuman. Bukan kah kita tau yang senyum itu sedekah. Eceh, macam syarahan lak. Apa-apa pun muka arus murah dengan senyum, bulan2 puasa ni leh tambah pahala. Oklah, acik pun takde idea dah nak wat karangan ni..selamat berpuasa semua pembaca...;)  

6 Ogos 2011

Makan Tepi Jalan

Makan Tepi Jalan 

 
Salam sejahtera, dengan muka gembiranya jepon (nama singkatan) dengan deklah menjamah masakan yang dibuat oleh mak deklah hanya di tepi jalan sahaja tanpa peduli orang lain pandang enteng. Diorang ni dari Segamat ke Kelantan, balik kampung melawat sanak saudara. Hanya berbekalkan masakan dari rumah sahaja untuk mengisi perut kosong diorang. Eh, jangan silap. Ni bukan masa bulan puasa. Bekal yang  di bawa dari rumah sudah tentu menjimatkan kos dan menambahkan selera makan. betol tak?

//sumber gambar dari jepon 

Rewang Memeriahkan Majlis Perkahwinan

Rewang Memeriahkan Majlis Perkahwinan 

 

Apa maksud rewang sebenarnya? rewang ni bahasa jawa, rewang bermaksud macam kerja-kerja tolong-menolong supaya majlis berjalan lancar. Kerja rewang termasuklah seperti bantu membasuh pinggan, memasak, bancuh air, angkat hidangan, dll. Kat kampung acik, asal kenduri belah2 jiran terdekat je, mesti semua budak2 kena balik kampung. tu yang best tu ramai member2 balik.

Nampak tak payung kat gambar kat atas ni? Itu tuan rumah, menyambut kedatangan tetamu yang datang ke majlis perkahwinan anaknya. Tetamu kalau dah abis makan akan diberi sedikit berkat seperti bunga telur atau lain2. Time nak balik pun tetamu kena salam dengan tuan tumah. salam pun kena ade hulur sedikit duit atau pun lebih dikenali sebagai salam krukut.

Asal kenduri kahwin ye berpusu-pusu budak2 datang claim rokok rewang selepas buat kerja. Mesti kena ada sorang orang tua kena jaga rokok rewang. Lagi meriah kalau kenduri kahwin ada cabutan bertuah. Tapi nak meriah, khemah kenduri kahwin kena pasang, sekurang2nya 2 khemah besor. satu khemah untuk lelaki dan satu khemah untuk perempuan. hehe, pas majlis kenduri kahwin dah abis, khemah kena turunkan dulu baru bleh balik....