Operasi Cicah Pelam Dengan Budu
Salam, semalam xberaya acik. sebab skang ni musim pelam. Sapie afdal start moto g kedai Sapari beli budu
Sedap Senghoti cap ikan emas. Lepastu Si Mat Karung g petik serongkoi pelam di sebelah rumah Cik Mah.
Sapie afdal menghidangkan kami dengan air teh ais yang di bekukan dalam sebotol air. tunggu cair air baru bleh minum. Suki (bukan nama sebenar) dengan tak baca Bismillah melantak pelam Cik Mah lebih kurang sepuluh bijik. Dipercayai dalam gambar di atas dekat pasu bunga belakang Pak Itam terdapat Cicak Pokey sebanyak 2 ekor kepunyaan Sapie Afdal
Dengan resepi Sapie Afdal, budu + limau + cili menyedapkan lagi selera mencicah pelam dengan budu.
Tiba-tiba Pak Itam menyusur masuk ke laman rumah Sapie. Malangnya pelam sudah habis. Dengan tangkasnya Pak Itam memetik lagi serongkoi pelam sebab buah pelamnya hanya paras pinggang. Mudah untuk Pak Itam petik. Selepas Suki makan, dia mengeluarkan rokok sponsor berjenama Dunhill untuk jamahan kawan2. Si Hadi baru saja bertolak balik ke Klang menyerahkan mercun bola yang belen kepada sapie dan Pak Itam. Mereka bermain mercun bola dengan riangnya tanpa memikirkan Pak Deris nak solat Asar. terkejut Pak Deris.
Batu dan Chot yang duk sebelah rumah pun keluar akibat kedengaran mereka bermain mercun.Batu dengan memakai seluar Ali Baba keluar untuk join operasi cicah pelam dengan budu. Semakin petang, semakin ramai mai rumah Sapie Afdal seperti Anuar Zain, Atai, JasonKing, Bro Arm, dll. Acik dah dtg awal lagi ;p.
Kami melepak sampai tibanya lewat petang sambil2 mengenakan @ mengusik kawan2 yang lain bagi merapatkan silaturrahim antara orang kampung sebab setaun sekali je dapat berkumpul.
begitulah cerita acik hendaknya. =)
pelam cicah budu ? pelik sungguh , cicah kicap lg sdp .
BalasPadamsedap weh colek pelam ...
BalasPadamcmne la rasa dia eh
BalasPadamrasa pait, masam, masin, manis ;p
BalasPadamThe collateral is commonly the auto you would be buying payday loans and none of it takes
BalasPadamplace, needless to say, before the issue is polled to measure how
potential voters are likely to react.