Memaparkan catatan dengan label cartoon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cartoon. Papar semua catatan

8 April 2011

3 Tips Cari Pasangan

1. Pertama sekali anda mesti seorang yang pandai beramah mesra dan bersopan santun serta lulus dalam mata pelajaran bahasa malaysia. Biasakan diri anda bergaul dengan jiran-jiran anda anta lauk serta berbual kosong. Dan pastikan jiran anda itu ada anak cantik;p..Sebelum tidur anda mesti fikirkan macamane nak tambat hati gadis kesukaan anda. Seperti bagi hadiah bear, cincin, sarung tangan dan pesil 2b. Malahan juga anda boleh tegur sapa dengan gadis itu. jangan malu. kuatkan hati anda. mulakan langkah pertama anda. kalau dia kena pinang dengan orang lain anda yang melepas.

2. Tips yang kedua, anda mestilah seorang yang bekerja kuat , tekun dan bijaksana. Cari kerja yang boleh menampung tayar. eh menampung perbelanjaan anda masa kawin nanti. Jika anda tiada kerja boleh buat kerja sambilan seperti jual aiskrim, karpet, tikar mengkuang dan jual buah mengkudu. Nanti bila dah  cukup duit anda boleh hantar meminang. Dan boleh buat kenduri sbagai tanda kesyukuran;)

3. Tips yang terakhir, anda mestilah seorang yang ikhlas dan jujur dalam apa jua keadaan. tanamkan sikap toleransi dan jati diri. Nanti mesti gadis itu terpikat dengan sikap anda itu. tapi amik masa sikit la. kalau gadis itu kerja setempat dengan anda lagi cantik. time rehat anda boleh belanja dia air sirap ke, mee bandung ke, xpun goreng pisang. Lama kelamaan mesti hati gadis ini semakin melekat kat anda. bila anda dah nak kawin jangan lupa anta kad jemputan kawin kat saya. sebab saya nak men kompang..sekian ;)




7 April 2011

3 Cara Popularkan Blog

1. Bawa laptop anda kemana-mana sahaja. apabila anda ternampak benda-benda yang pelik, menarik, terhibur dan kecewa anda boleh terus mulakan menulis apa yang sedang berlaku. Contoh nya: semasa anda berjalan keseorangan ke Kampung Sirih. pastu anda ternampak seekor anjing sedang mencuri timun Mak Temah. Anda terus bukak laptop dan gambarkan situasi diatas. Pastu anda simpulkan bahawa sungguh jahat anjing itu.

2. Cara yang kedua, apabila anda pergi kemana sahaja dimana jua tak kira tempat, tak kira masa. Jangan lupa fikirkan tajuk-tajuk blog yang menarik tertarik dan kau memang de boom...Contohnya: anda baru balik mengaji dari rumah besan Ketua Kampung. Pastu semasa berjalan anda boleh juga luangkan masa untuk fikirkan tajuk blog anda. bila anda sedang berjalan anda ternampak seekor burung. Dengan pantas anda bleh buat tajuk sungguh cantik burung itu. Lama kelamaan jiran-jiran anda pun perasan lantas mengomen di post anda. "nak2 tu burung ape?"

3. Dan akhir sekali buat kenduri kesyukuran...sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah. Apa yang penting kita blog dengan ikhlas dan tidak menimbulkan pertelingkahan sesama umat. Jadi saya cadangkan buatlah cerita yang tiada kena mengena dengan gosip, keburukkan orang lain dll. ;p

5 April 2011

3 Tips Hilangkan Rasa Cemburu

1. Jika anda hendak ke pasar borong nak membeli bayam, pastu anda pun terus pergi ke pasar menaiki basikal BMX jiran anda. Selepas anda membeli bayam, anda pun mengayuh basikal perlahan-lahan. Tiba-tiba anda ternampak Awek anda tengah dating dengan ketua kampung. Anda jangan panik dan cemburu melihat mereka berdua. Apa yang anda kena lakukan ialah : anda tinggal basikal anda. Kemudian dan lari secara terburu-buru ke rumah anda. Bila dah sampai rumah anda akan berasa lega dan boleh masak sup bayam dengan hati yang tersenyum..

2. Tips yang kedua. apabila anda baru pulang dari keje. anda keletihan dan rasa hendak tidur. Xpe2
.Balik nanti anda mesti tidur awal. Jangan tertekan dengan kerja yg berlambak anda. Amik masa 5 minit untuk joget lambak bagi mengurangkan tekanan anda. Kalau anda perasan Awek anda dating dengan orang lain, jangan ikutkan emosi.Anda pergi memburu kancil, rusa, musang dan arnab. Lagipun bila meburu dapat hasil. Kalau cemburu dapat ape?

3. Akhir sekali; jika anda rasa anda xhensem, xpe2. jangan risau sangat. banyakkan pakai losyen dan makan jamu. Pastu jika anda asik rasa cemburu je melihat Awek anda dengan lelaki lain, jangan kisah sangat. sebab anda akan rasa hidup anda tak tenteram jika ada perasaan sedemikian. Adalah lebih baik anda melihat burudu berenang di permukaan air sehingga menjadi katak pisang..Sekian.

Cerita Pasal Mustakim (Episod 3)

Pada hari khamis, Mustakim kena pergi bekerja memotong rumput kerana Guru Besar sekolah nya nak ada kan pertandingan lari dalam guni baja. Semua pelajar-pelajar Tadika Bernas tak melepaskan peluang ini untuk menyertai pertandingan ini. Selain itu, Guru Besar turut menyediakan hadiah-hadiah untuk para peserta. Tempat pertama mendapat tapawe, tempat kedua mendapat bekas air, dan tempat ketiga mendapat mesin basuh. Mustakim bangun pagi2 pukul 6 untuk pergi memotong rumput. Setelah bangun Mustakim pergi bersiap dan berjalan ke sekolah Tadika tersebut.

Setengah jam kemudian Mustakim tiba di padang sekolah. Si kambingnya Habibah pula menumpang Pak Mail menaiki Yamaha Cup. Mustakim pon memulakan kerja memotong rumput, manakala Habibah memotong rumput menggunakan sabit sahaja. Perut mereka kelaparan. Tiba-tiba kambing Mustakim, Habibah mempelawa Mustakim memakan Biskut Tiger dan air Milo. Mereka pun kembali bertenaga dan memulakan kerja lagi.

Mustakim pun kepenatan. Dan menyuruh Habibah pula mesin rumput..Maka datangla seorang cikgu yang lawa menegur Mustakim. "Hai sibuk bekerja nampak?"
Mustakim pon malu kerana dia hanya pakai baju Pagoda dan seluar Yankee je..Cikgu tu bagi Mustakim karipap dengan cekodok sebagai tanda perkenalan..Mustakim berdebar-debar apabila melihat Cikgu Rubiah itu. Adakah Mustakim jatuh hati dengan Cikgu Rubiah?  [bersambung....]

30 Mac 2011

Cerita Pasal Mustakim (Episod 2)

Cerita Pasal Mustakim (Episod 1)

Pada hari sabtu, Mustakim cuti sebab sekolah tadika pun cuti. Mustakim xtau nak buat apa. Pada pagi itu, dia pon pegila melepaskan kambing nya dalam sangkar. Mustakim terasa lapar dan ingin pergi bersarapan. Selepas mandi kat telaga Pak Seman. Mustakim pon merancang nak beli sarapan. Mustakim pon pergi ke kedai Mak Lang menaiki kambing beliau. Selepas perjalanan 3 kilometer kambing Mustakim bernama Habibah kepenatan membawa Mustakim. Kebetulan mereka ade depan 7e. Habibah suh Mustakim beli RedBull.

Pas Habibah minum RedBull barula mereka meneruskan perjalanan. Tiba-tiba mereka selisih dengan Pak Seman  yang menaiki helikopter kat tol seremban. Pak Seman bersama Makcik Robeah. Mereka cakap nak pergi mandi air terjun. Mustakim nak tumpang Pak Seman pergi kedai Mak Lang. Tapi Pak Seman wat tak tau je sebab Mustakim xbayar lagi sewa  rumah. Sebelum beredar, Pak Seman bagi cucur nangka dengan sebiji rambutan pada Mustakim akibat keprihatinan Pak Seman.

Pada Kilometer ke 9, Habibah mula penat kembali. Akhirnya Mustakim terpaksa mendukung Habibah plak.
Lagi 1 kilometer mereka nak sampai ke Kedai Mak Lang. Habibah tertidur akibat kepenatan. Sampai je Mustakim kat kedai Mak Lang, dia terus membeli nasik lemak sebungkus..dan mentekedarah. Habibah plak hanya minum air kosong je. Disebabkan Mak Lang kesian dengan Habibah. Mak Lang pon bagi sambal nasik lemak lebih kat Habibah. ..pas makan mereka pon pulang...bersambung>>



Cerita Pasal Mustakim (Episod 1)

Cerita Pasal Mustakim (Episod 1)

Cerita Pasal Mustakim (Episod 1)

Salam. Mustakim berumur 35 tahun. Sekarang dia bekerja sebagai pemotong rumput di sekolah tadika bernas. dan menginap di rumah sewa Pak Seman. Mustakim seorang yang kuat berusaha dan bekerja kerana mangidamkan untuk membeli kereta kancil. Hidup Mustakim sebatang kara sahaja. sehari gajinya xmenentu. kadang-kadang sehari dapat seringgit setengah je.Ngam2 nak beli nasik lemak kedai Mak Lang.

Mustakim masih lagi tidak berkahwin kerana kekasih nya dulu di rampas oleh Pak Seman. Sebab Pak Seman orang kaya. ada helikopter. Mustakim cuma ada mesin rumput. xbleh terbang macam helikopter. Mustakim sedih dengan nasib beliau. Penah sekali Mustakim nak pinjam duit kat GuruBesar sekolah tadika bernas untuk beli kereta. Tapi GuruBesar hanya bagi 80sen sahaja kat Mustakim.

Mustakim ada bela seekor kambing bernama Habibah yang di letakkan dalam sangkar. tapi kambing tu tak beranak pun sebab ade sekor je. Kadang-kadang, Habibah yang tolong Mustakim mesin rumput di padang sekolah tadika bernas....bersambung>>

29 Mac 2011

Cerita Pasal Nombor (Episod 3)

Cerita Pasal Nombor (Episod 3)

Pagi itu, Pak Seman baru bangun dari tidur. Dan sembahyang subuh. Pastu Pak Seman kedapur dan terbau masakan yang sungguh sedap sekali. Pak Seman melihat mee goreng mamak dengan teh tarik berada di atas meja. Tiba-tiba Mak Cik Robeah keluar dari bilik air. Pak Seman terkejut. Lantas Makcik Robeah berkata:
" Sori eh, pinjam bilik air jap" Makcik Robeah pon beredar dari dapur dan mengambil balik mee goreng dan teh tariknya diletakkan atas meja td. Pak Seman kecewa..

Pak Seman mengejut Yusuf tok suh belikan nasik lemak Pak Mat kat kampung seberang. Tapi Yusuf sukar untuk bangun pagi. Pak Seman pon mintak tolong Jalak kejutkan...Jalak pon pergi mengejut Yusuf. Selang beberapa minit Yusuf pon bangun akibat Jalak berkokok di tepi telinganya. Jalak pon mintak secupak beras untuk breakfast kat Pak Seman.

Yusuf pon pergi ke kampung seberang menaiki kasut roda..Yusuf penah memenangi acara balapan di kampung itu. dan mendapat kasut roda emas...Selang sejam, Yusuf masih xsampai rumah. Pak Seman dah Lapar...Pak Seman pon g kampung seberang menaiki rakit. Kemudian dia terdengar Yusuf sebut2 nombor dengan Pak Mat. 
"ni mesti main nombor ni" bisik Pak Seman.
Pak Seman pon terjun tiruk kat parit dan tergesa-gesa ke arah Yusuf akibat kemarahan beliau.
Rupa-rupanya Yusuf lalai bermain Saidina dengan Pak Mat..
Pak Mat pon memberi tuala kepada Pak seman kerana kagum melihat Pak Seman terjun tiruk....




27 Mac 2011

Cerita Pasal Nombor (Episod 2)

Cerita Pasal Nombor (Episod 2)

Pada suatu hari Pak Seman letih setelah menampi padi di pinggiran. Selepas itu, Pak Seman pon tidur di pamkin depan rumah. Kemudian datanglah Makcik Robeah memberi lauk gulai kepada Pak Seman. Apalagi Pak Seman mentekedarah dulu bersama-sama kucing beliau. Pastu Pak Seman tidur.

Pak Seman bangun pada pukul 3 petang setelah dikejutkan oleh kucing beliau. Lantas kucing beliau bernama Meon buat air sirap ais dan goreng pisang untuk Pak Seman. Meon banyak berjasa kepada Pak Seman setelah kematian isterinya. Anak Pak Seman bernama Yusuf tu asik berjalan je.

Pastu Pak Seman pergi mencari Yusuf untuk suh beli gula pasir dengan menaiki helikopter peninggalan arwah isterinya. Kemudian Pak Seman singgah di kedai minum Mak Lang dan bertanya nampak Yusuf dak? Mak Lang pon cakap dia ada kat belakang. Pak Seman pon pergi ke belakang kedai dan berkata "Eh ni bukan anak aku"...
Mak Lang pun menjawab. "La ingatkan ko cari Yusuf Tayub anak Pak Deraman tu,"

Pak Seman pon tensen. Last2 dia ternampak Yusuf di sudut kedai. Dia terdengar Yusuf cakap 4 nombor.
Pak Seman pon lari ambik lajak untuk tendang Yusuf. Pastu terkena PakMat; iaitu cikgu matematik sementara di kampung tu. Rupanya Pak Seman salah sangka sahaja. Yusuf hanya belajar matematik dengan Pak Mat.
Sebelum balik. Pak Mat memberi sekehan di kepala Pak Seman; akhirnya pulang lah dua beranak tu ke rumah...

Cerita Pasal Nombor (Episod 1)

25 Mac 2011

Cerita Pasal Nombor (Episod 1)

Cerita Pasal Nombor (Episod 1)

Pada satu hari, ketua kampung bernama Pak Seman sedang bersiar-siar menaiki basikal cucunya di halaman rumah. Lama kelamaan Pak Seman bosan; dia terus main jengkek2 dengan Makcik Robeah. Akhirnya Pak Seman kalah. Pak Seman pon blah dari tempat kejadian. Dia pergi kedai runcit Ah Teng membeli kuaci. Sambil dia berjalan dia mengunyah kuaci itu.

Tiba-tiba lembu Pak Meon mintak sikit kuaci kat Pak Seman; tapi Pak Seman tak endahkan. Lembu tu pon berlari2 anak sambil memegang sapu tangan mengelap airmatanya...Pak Seman menerus kan perjalanan nya sehingga ke kedai minum Mak Lang. Dia melihat jirannya yang sedang membaca surat khabar lantas berkata. "YES aku kena first prize: RM 3000. Bleh beli mesin air tebu". Pak Seman pon menasihati jirannya supaya jangan main nombor ekor. Jirannya terus insaf dan bertaubat.

Pastu Pak Seman ternampak anaknya bernama Yusuf. Dia mendengar anaknya bercerita pasal nombor. Apalagi.Pak Seman pon naik angin. Dan terus lompat jauh melintasi divider jalan. Malang nya Pak Seman jatuh kejap. berdarah kat siku. Pak Seman menyerang anaknya.

Last2, anaknya cerita pasal no angka giliran bank sahaja. Pak Seman malu. Disebabkan penjaga bank Pak Mat kesian ngan Pak Seman. Pakmat pon bagi Pak Seman RM 20 sen untuk beli air pop hilangkan dahaga.



22 Mac 2011

Kisah Layang-Layang 2

Kisah Layang-Layang 2


Usop tak puas ati sebab dia hanya boleh menaikkan layang2 menggunakan moto beliau. akhirnya dia g repeat nak g naikkan layang-layang. kali nie die ajak sameon. sameon juga tak mahu ikot usop sebab usop xbawak kete honda civic. usop hanya bawak honda bulat nyer...usop pon beredar dari rumah sameon sambil angkat tayar moto depan selama 1 tiang. usop pon mengambil layang-layang beliau dan terus berlari tergesa-gesa sebab anjing limtatying kejar beliau.kemudian usop trus bagi anjing itu coklat hacks; lalu anjing tu pon beredar. hari ini usop amat malang sebab dia telah terjatuh gaung setinggi 1 kaki. usop cedera parah..

Kisah Layang-Layang

Kisah Layang-Layang



Pada suatu hari, usop ingin bermain layang-layng. dia mengajak sopiah, bekas girlfriend nyer. tp sopiah taknak kerana usop tak bawak helmet lebih. pastu usop pon pegi la tepi pantai membawa moto honda bulat nyer. layang2 usop di perbuat daripada daun mengkuang. usop pon berlari-lari anak untuk menaikkan layang-layangnyer. akhirnya usop xberjaya menaikkan layang2 nyer akibat jalan mati.
tapi usop tak putus asa. dia terus rider honda bulat sambil ikat benang kat motonyer. usop pulas abis.barulah layang2 itu terbang dengan megah..

21 Mac 2011

Melatah

jangan selalu terjah member seperti di atas

19 Mac 2011

Acara Rejam Lembing

cerita dan watak ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati  

Lompat Tinggi Bergalah

cerita dan watak ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati  

18 Mac 2011

Mari Bermain Golf

cerita dan watak ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati  

Lompat Bergalah

cerita dan watak ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati  

17 Mac 2011

Darjat Dan Adat

Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat 

16 Mac 2011

Penah Dengar Pepatah Ni?

renung-renungkan 

Anda Tertekan?

15 Mac 2011

Utamakan Keselamatan