5 April 2011

Cerita Pasal Mustakim (Episod 3)

Pada hari khamis, Mustakim kena pergi bekerja memotong rumput kerana Guru Besar sekolah nya nak ada kan pertandingan lari dalam guni baja. Semua pelajar-pelajar Tadika Bernas tak melepaskan peluang ini untuk menyertai pertandingan ini. Selain itu, Guru Besar turut menyediakan hadiah-hadiah untuk para peserta. Tempat pertama mendapat tapawe, tempat kedua mendapat bekas air, dan tempat ketiga mendapat mesin basuh. Mustakim bangun pagi2 pukul 6 untuk pergi memotong rumput. Setelah bangun Mustakim pergi bersiap dan berjalan ke sekolah Tadika tersebut.

Setengah jam kemudian Mustakim tiba di padang sekolah. Si kambingnya Habibah pula menumpang Pak Mail menaiki Yamaha Cup. Mustakim pon memulakan kerja memotong rumput, manakala Habibah memotong rumput menggunakan sabit sahaja. Perut mereka kelaparan. Tiba-tiba kambing Mustakim, Habibah mempelawa Mustakim memakan Biskut Tiger dan air Milo. Mereka pun kembali bertenaga dan memulakan kerja lagi.

Mustakim pun kepenatan. Dan menyuruh Habibah pula mesin rumput..Maka datangla seorang cikgu yang lawa menegur Mustakim. "Hai sibuk bekerja nampak?"
Mustakim pon malu kerana dia hanya pakai baju Pagoda dan seluar Yankee je..Cikgu tu bagi Mustakim karipap dengan cekodok sebagai tanda perkenalan..Mustakim berdebar-debar apabila melihat Cikgu Rubiah itu. Adakah Mustakim jatuh hati dengan Cikgu Rubiah?  [bersambung....]

2 ulasan:

  1. habibah makan biskut tiger.. patut la kuat.. huhu... rajin habibah tolong tuan dia.. hehe...

    BalasPadam
  2. heheheh habibah oo habibah :P

    jum singgah blog kiko ewunyukiko.blogspot.com

    i kiss ur nuff :D

    BalasPadam

Comment Jom