Photoshop Designer

8 April 2011

3 Tips Cari Pasangan

1. Pertama sekali anda mesti seorang yang pandai beramah mesra dan bersopan santun serta lulus dalam mata pelajaran bahasa malaysia. Biasakan diri anda bergaul dengan jiran-jiran anda anta lauk serta berbual kosong. Dan pastikan jiran anda itu ada anak cantik;p..Sebelum tidur anda mesti fikirkan macamane nak tambat hati gadis kesukaan anda. Seperti bagi hadiah bear, cincin, sarung tangan dan pesil 2b. Malahan juga anda boleh tegur sapa dengan gadis itu. jangan malu. kuatkan hati anda. mulakan langkah pertama anda. kalau dia kena pinang dengan orang lain anda yang melepas.

2. Tips yang kedua, anda mestilah seorang yang bekerja kuat , tekun dan bijaksana. Cari kerja yang boleh menampung tayar. eh menampung perbelanjaan anda masa kawin nanti. Jika anda tiada kerja boleh buat kerja sambilan seperti jual aiskrim, karpet, tikar mengkuang dan jual buah mengkudu. Nanti bila dah  cukup duit anda boleh hantar meminang. Dan boleh buat kenduri sbagai tanda kesyukuran;)

3. Tips yang terakhir, anda mestilah seorang yang ikhlas dan jujur dalam apa jua keadaan. tanamkan sikap toleransi dan jati diri. Nanti mesti gadis itu terpikat dengan sikap anda itu. tapi amik masa sikit la. kalau gadis itu kerja setempat dengan anda lagi cantik. time rehat anda boleh belanja dia air sirap ke, mee bandung ke, xpun goreng pisang. Lama kelamaan mesti hati gadis ini semakin melekat kat anda. bila anda dah nak kawin jangan lupa anta kad jemputan kawin kat saya. sebab saya nak men kompang..sekian ;)




8 ulasan:

  1. betul jugak tu..
    tips yg sempoi..

    BalasPadam
  2. blm jd blogger tegar lg..mayb blm waktunya lagi..huhu...neway bijak idea ni...

    @mamadiana

    BalasPadam
  3. haha.. pensil 2b tak boleh blah..

    BalasPadam
  4. lulus bhs malayu?? pensil 2b?? hehehee

    BalasPadam
  5. haha gud tips...tapi bab agama, solat n pandai mengaji Quran jangan dilupakan ye dik:)

    BalasPadam
  6. hehe, mula dengan kaple??
    done following U :)

    BalasPadam

Comment Jom