25 Mac 2011

Cerita Pasal Nombor (Episod 1)

Cerita Pasal Nombor (Episod 1)

Pada satu hari, ketua kampung bernama Pak Seman sedang bersiar-siar menaiki basikal cucunya di halaman rumah. Lama kelamaan Pak Seman bosan; dia terus main jengkek2 dengan Makcik Robeah. Akhirnya Pak Seman kalah. Pak Seman pon blah dari tempat kejadian. Dia pergi kedai runcit Ah Teng membeli kuaci. Sambil dia berjalan dia mengunyah kuaci itu.

Tiba-tiba lembu Pak Meon mintak sikit kuaci kat Pak Seman; tapi Pak Seman tak endahkan. Lembu tu pon berlari2 anak sambil memegang sapu tangan mengelap airmatanya...Pak Seman menerus kan perjalanan nya sehingga ke kedai minum Mak Lang. Dia melihat jirannya yang sedang membaca surat khabar lantas berkata. "YES aku kena first prize: RM 3000. Bleh beli mesin air tebu". Pak Seman pon menasihati jirannya supaya jangan main nombor ekor. Jirannya terus insaf dan bertaubat.

Pastu Pak Seman ternampak anaknya bernama Yusuf. Dia mendengar anaknya bercerita pasal nombor. Apalagi.Pak Seman pon naik angin. Dan terus lompat jauh melintasi divider jalan. Malang nya Pak Seman jatuh kejap. berdarah kat siku. Pak Seman menyerang anaknya.

Last2, anaknya cerita pasal no angka giliran bank sahaja. Pak Seman malu. Disebabkan penjaga bank Pak Mat kesian ngan Pak Seman. Pakmat pon bagi Pak Seman RM 20 sen untuk beli air pop hilangkan dahaga.



6 ulasan:

Comment Jom