TOKYO March 23, 2011- Kebocoran Sinar Radiasi dari penjanaan elektrik yang rosak akibat tsunami telah menyebabkan air paip Tokyo; Jepun melebihi standard keselamatan bagi bayi untuk minum. Penduduk membersihkan rak-rak kedai bungkusan air setelah Gabenor Tokyo Shintaro Ishihara mengatakan tahap radioaktif iodin dalam air paip melebihi dari dua kali apa yang dianggap selamat untuk bayi. Pihak berkuasa memohon mereka untuk membeli hanya apa yang mereka perlukan sahaja. Sinar Radiasi dari kilang Dai-ichi Fukushima nuklear telah meresap ke dalam susu mentah, air laut dan 11 jenis sayuran, termasuk brokoli, kubis dan lobak, dari daerah sekitar kilang. US Food and Drug Administration mengatakan supaya menghentikan pengimportan susu Jepun yang dihasilkan dari daerah berdekatan. Jepun terpaksa melakukan pemeriksaan keselamatan pada daging, telur dan makanan laut sebelum menerima produk.
Related Posts : News
0 comments:
Catat Ulasan
Comment Jom