27 Mac 2011

Cerita Pasal Nombor (Episod 2)

Cerita Pasal Nombor (Episod 2)

Pada suatu hari Pak Seman letih setelah menampi padi di pinggiran. Selepas itu, Pak Seman pon tidur di pamkin depan rumah. Kemudian datanglah Makcik Robeah memberi lauk gulai kepada Pak Seman. Apalagi Pak Seman mentekedarah dulu bersama-sama kucing beliau. Pastu Pak Seman tidur.

Pak Seman bangun pada pukul 3 petang setelah dikejutkan oleh kucing beliau. Lantas kucing beliau bernama Meon buat air sirap ais dan goreng pisang untuk Pak Seman. Meon banyak berjasa kepada Pak Seman setelah kematian isterinya. Anak Pak Seman bernama Yusuf tu asik berjalan je.

Pastu Pak Seman pergi mencari Yusuf untuk suh beli gula pasir dengan menaiki helikopter peninggalan arwah isterinya. Kemudian Pak Seman singgah di kedai minum Mak Lang dan bertanya nampak Yusuf dak? Mak Lang pon cakap dia ada kat belakang. Pak Seman pon pergi ke belakang kedai dan berkata "Eh ni bukan anak aku"...
Mak Lang pun menjawab. "La ingatkan ko cari Yusuf Tayub anak Pak Deraman tu,"

Pak Seman pon tensen. Last2 dia ternampak Yusuf di sudut kedai. Dia terdengar Yusuf cakap 4 nombor.
Pak Seman pon lari ambik lajak untuk tendang Yusuf. Pastu terkena PakMat; iaitu cikgu matematik sementara di kampung tu. Rupanya Pak Seman salah sangka sahaja. Yusuf hanya belajar matematik dengan Pak Mat.
Sebelum balik. Pak Mat memberi sekehan di kepala Pak Seman; akhirnya pulang lah dua beranak tu ke rumah...

Cerita Pasal Nombor (Episod 1)

0 comments:

Catat Ulasan

Comment Jom