13 Mac 2012

Student Akan Suka Apabila..

Student Akan Suka Apabila..


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkara yang student akan suka apabila..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Selamat meluangkan masa dan jangan membazirkan masa :D

Sarapan Pagi Korang??

Sarapan Pagi Korang??



Assalamualaikum dan selamat pagi. Korang dah sarapan bagi? Belum? Biasa korang sarapan pagi makan apa? tak biasa sarapan pagi? sebab apa? bangun lambat? hehe..kadang memang ada yang tak biasa sarapan pagi, kadang ada yang biasa sarapan pagi. Yang bagusnya pada yang biasa sarapan pagi. Untuk tenaga belajar atau bekerja. Jangan lak sarapan pagi melantak lauk tengah hari...








Sarapan pagi juga bagus untuk menjaga kesihatan badan. Mengelakkan penyakit gastrik, perut masuk angin, pening kepala dan lain-lain lagi. Menu biasa sarapan pagi iaitu roti kosong cicah milo, roti canai, nasik lemak, ataupun kuih muih..Selamat bersarapan ;D

12 Mac 2012

Doodle Muslimah Free

Doodle Muslimah Free







 


Doodle muslimah free untuk my beloved member fanpage :D


Doodle Free | Muna Rahimah

Doodle Free | Muna Rahimah










Doodle free untuk member fanpage, Muna Rahimah

Bila Lewat Datang Ke Kelas

Bila Lewat Datang Ke Kelas



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Sebagai seorang student pastinya korang pernah lewat datang ke kelas akibat dari perkara yang tak diingini berlaku. Kadang ada juga lecturer/guru yang melenting apabila pelajarnya lewat datang ke kelas. Kadang ada yang ok.







Bila lecturer dah melenting,(pintu masuk kelas kena kunci, kena sound dengan lecturer depan pelajar lain, mood lecturer nk mengajar hilang, kelas di batalkan) alasan student lewat datang ke kelas seperti berikut: sakit perut, pening kepala, tertinggal bas, tayar moto pecah, bangun lambat dan lain-lain alasan biasa di dengar. Ok la jugak datang lewat dari tak datang atau ponteng kelas kan ? Tapi seelokknya datang awal << padahal member pon selalu datang lambat gak ;p

11 Mac 2012

Doodle Free | Eyda

Doodle Free | Eyda




 



  

Doodle free untuk member fanpage Eyda>>

Kereta Idaman Korang?

Kereta Idaman Korang?



Assalamualaikum, apa khabar? Sapa taknak menaiki kereta mewah atau pun kereta yang canggih pada zaman teknologi sebegini. Asal lalu highway je, nampak kereta BMW 7 series, atau Lamborghini, Lancer Evolution, Inspira, Mazda RX-8, Peugeot, Nissan Skyline GTR, dll potong korang punya kereta. Dah la canggih, laju, selesa, dan menepati spesifikasi untuk pemanduan. Mestila berbangga jika miliki kenderaan sebegini.






Sapa yang dah berjaya miliki kereta idaman diorang, Alhamdulillah.
Mesti puas hati dapat memandu,basuh kete, gilap tayar, dan yang berkenaan. Untuk buat survey, apakah kereta idaman korang? ;D

10 Mac 2012

Bila Kena Buli

Bila Kena Buli



Assalamualaikum semua pembaca. Selamat makan tengah hari di dahulukan. Sememangnya kena buli berkaitan dengan bila seseorang itu masuk ke sekolah dan di gelar sebagai junior, atau pun apabila seseorang itu pindah ke sekolah atau tempat kerja lain. Gejala buli pada waktu dulu memang banyak. Tapi sekarang dah kurang kot. Golongan senior mengambil kesempatan membuli pelajar junior akibat senior menjadi abg besar dalam sekolah. Pelajar junior tak leh buat apa2, melainkan turutkan apa kata pelajar senior..

Korang ada pengalaman kena buli??? ;p

 


9 Mac 2012

Tempat Yang Membuatkan Korang Rasa Cuak!!

Tempat Yang Membuatkan Korang Rasa Cuak!!



Assalamualaikum, selamat makan tengah hari. Gaya dan perasaan korang akan menjadi cuak apabila melalui tempat ini. Korang akan menggeletar, naik bulu roma, pandang kiri, pandang kanan, pejam mata, berdebar-debar, kelubung seluruh badan dengan selimut, tangan tutup telinga, patah balik akibat takut lalu depn lembu atau pun mintak member/mak/ ayah temankan.








Mengikut pengalaman korang, dimana tempat korang akan merasa cuak(takut) bila melalui atau pergi ke tempat tersebut.... Sememangnya ramai akan cuak bila di tempat yang gelap kan? Jom kongsi-kongsi pengalaman tempat korang akan rasa cuak? jamban belakang rumah ke? ;p

Doodle Free | Nurul Atikah

Doodle Free | Nurul Atikah




  

Doodle free khas untuk member2 fanpage :)


8 Mac 2012

Bila Frust Nonggeng!!

Bila Frust Nonggeng!!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Korang dah makan tengah hari? hehe...Tajuk kali ni bila korang Frust Nonggeng..Idea nak buat tajuk ni datang masa balik kelas tadi. Ada sorang minah ni dok nyorok kat bawah tangga. Muka nampak macam sedih. Frust nonggeng bermungkinan juga akibat assigment banyak, ditinggal pakwe, duit moto tak abis bayar, konflik dengan keluarga, dan lain-lain lagi masalah peribadi. 





Masalah antara ujian dari Allah. Kena pandai berfikir mana alternatif untuk selesaikan masalah..And last sekali, korang rasa korang penah frust nonggeng mcm gmbr doodle kat atas? ;p..Sekian, Wassalam ;)

7 Mac 2012

Trend K-POP

Trend K-POP 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang dah makan? Menu apa hari ni? Agak-agak korang, tau dak apa itu k-pop? korang rasa penah dengar dak muzik k-pop? Lagi satu korang rasa cara pemakaian korang ala-ala k-pop dak?










Mesti ada peminat muzik k-pop atau korea kan? kat youtube berlambak-lambak muzik macam gini. Apa-apa pun jangan minat sampai membuatkan anda tengok muzik atau video-video k-pop selama setengah-hari. Sekian, Wassalam ;D

National BizVid Challenge 2011/2012

National BizVid Challenge 2011/2012 



Assalamualaikum semua. Baru-baru ini ada pelancaran National BizVid Challenge 2011/2012. Korang usha la tengok. Jangan lupa LIKE video youtube ni tau ;p





National BizVid Challenge 2011/2012
Organised By : Faculty of Business and Information Science, UCSI University
Main Sponsor : Canon Marketing (Malaysia)
Supported By : Ministry of Science, Technology & Innovation, Malaysia

6 Mac 2012

Ben Ashaari Ajak Korang Kritik Blog Aku

Ben Ashaari Ajak Korang Kritik Blog Aku



Assalamualaikum permulaan bicara..Semoga kalian sihat sejahtera. Jom kritik blog acik kalau ada yang tidak menyenangkan mata korang. Hehe, jgn lupa follow tau ;p

Sekian, Wassalam :)

Hensemnya Abang!!

Hensemnya Abang!! 



Assalamualaikum semua..Moga-moga sihat di samping keluarga. Tajuk hot kita kali ini ialah Hensemnya Abang!!. Jadi apa yang Hot sangat dengan tajuk ni? Sila rujuk gambar doodle kat bawah ni. Kalau tak faham, baca ayat seterusnya di perenggan yang kedua.




.
.
.
.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), maka sesungguhnya azab-KU sangat pedih."
(Ibrahim, 7)
.
.
.

"Maka ingatlah AKU nescaya AKU akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-KU dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-KU." 
(Al-Baqarah, 152)
.
.
.
.

SYUKUR ALHAMDULILLAH

5 Mac 2012

Budaya Sindir Menyindir

Budaya Sindir Menyindir



Assalamualaikum semua. Apakhabar? Apa maksud dengan Budaya Sindir Menyindir? Korang tau kan? Bermaksud tidak menggunakkan kata-kata kesat kepada orang lain, hanya menyindir saja perangai kawan-kawan korang yang membuatkan korang tak selesa. Menyindir ni tak da la sampai tinggikan suara sehingga boleh mengecilkan hati kawan-kawan korang. 

Seman: Hutang ko RM10 tu esok jela aku bayar.
Salman: Takpe Seman, bapak aku baru bank-in RM1000 petang tadi.
(sambil mata tengok ke atas, tangan dua2 kat bahu)..



Budaya sindir menyindir patut di terapkan untuk mengelakkan dari bergaduh mulut hingga ke bergaduh tangan. Sekian, Wassalam ;).

4 Mac 2012

Adakah Anda Seorang Yang Gelabah?

Adakah Anda Seorang Yang Gelabah?



Assalamualaikum, selamat makan tgh hari untuk korang semua. Lauk apa hari ni? Tajuk kita berkisarkan dengan Adakah Anda Seorang Yang Gelabah? Salah satu contoh ialah: Gelabah apabila di tenking dengan JPJ bermisai kontot akibat melanggar tiang. Kalut apabila assigment lambat di hantar. Gelabah bila lewat ke pejabat/sekolah. Gelabah apabila barang yang dipinjam sudah menghilang. Kalut apabila ada roadblock





Kesan dari gelabah mungkin berkaitan dengan yang lain. Seperti: Apabila di tengking oleh JPJ, korang gelabah lalu menekan minyak kereta sehingga melanggar lutut JPJ bermisai kontot. Akibat kekalutan korang berlari menaiki tangga, korang terjatuh. Sebab lewat ke pejabat, korang drive laju2 kat atas jalan raya sehingga melanggar lampu isyarat. Apabila barang yang korang pinjam itu hilang, korang kalut lalu lari ke luar negara.

Jadi begitulah antara definisi dan contoh Gelabah. Kesimpulannya, gelabah ok? tapi jgn menimbulkan masalah yang lain. Be Cool Man!!..Sekian, Wassalam ;)

Realiti VS Doodle

Realiti VS Doodle



Assalamualaikum, apa khabar? sihat? Apa maksud Realiti Vs Doodle? Kalau nak tau sila rujuk gambar contoh di bawah. Ada la sikit gambar acik edit/lakar. Kesempatan ini, acik ucapkan terima kasih untuk korang yang slalu mai, LIKE fanpage, Follow, dan komen kat blog ni. Thanks a alot dude. Gambar kat bawah ni antara doodle percuma yang di request oleh blogger @ facebooker. Kalau nak request rujuk kat fanpage ok? Senyum skit ;) 


.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

  
.
.
.
.
.
 

3 Mac 2012

Ben Ashaari Tanya, Kalaulah Aku Dapat Ultrabook tu..

Ben Ashaari Tanya, Kalaulah Aku Dapat Ultrabook tu.. 



Salam sejahtera kepada pembaca yang turut sertai segment sebegini. Persoalannya kalaula acik dapat Ultrabook tu, apa yang acik akan buat? Sememangnya dan tidak dinafikan lagi Ultrabook yang dilengkapi dengan processor i7. Yang mana mempercepatkan kerja. Kalau dalam bidang acik, processor Ultrabook dapat membantu mempercepatkan process rendering video. Mengikut pengalaman acik. Pernah membuat satu video menggunakan HD Sony Video Camera. Length video dalam 15 minit.

Tapi nak render output video mengambil masa 3 jam. Lepas tu ada la member bawak Ultrabook. Render 15 minit je beb. Memang best. Kalau dh render 15 minit, mesti la render 3D animation yang memakan masa seharian akan di kurangkan. Memang best kalau buat sesuatu project animation, video editor, dll. Kayo pakcik..Sekian, Wassalam. Thanks for reading ;)


ULTRABOOK takde CD DRIVE … korang rasa perlu tak CD DRIVE tu pada ULTRABOOK ?
Apa ada hal setakat cd drive tu. tak penting sangat pun. Banyak lagi boleh di gunakan seperti USB Flash Drive. Ataupun External CD Drive ;p

http://www.benashaari.com/2012/03/segmen-kalaulah-aku-dapat-ultrabook-tu.html

Ping Entry Di BLOGR.MY | Mudah Dan Berkesan

Ping Entry Di BLOGR.MY | Mudah Dan Berkesan 



Salam, kepada pembaca semua yang minat ping entry blog. Silalah ke BLOGR.MY
Sebab apa mudah dan berkesan? Hanya perlu login via Twitter dan Ping. Tak perlu nak retrieve feeds post kita. Cepat je nak ping. Bermacam kategori entry untuk di sertakan bersama.
Happy Ping...Sekian,Wassalam



 

Baru Je Letak Dah Hilang!!

Baru Je Letak Dah Hilang!! 



Salam, harap pembaca sekalian sihat selalu. Kalau tak sihat jangan lupa makan ubat. Apa kes Baru Je Letak Dah Hilang!!? Mesti korang penah mengalami situasi sebegini. Jam dah menunjukkan waktu lunch time dah abis. Kena masuk kerja balik. Time nak amik balik aksesori korang seperti jam, anting-anting, cincin, kunci motor, kunci kerta, dompet, beg tangan, handset, mahupun seangkatan dengannya. Tiba-tiba aksesori korang tidak dijumpai akibat lupa di mana korang letak barang tersebut. 







Alamak, macamane ni. Dah lewat nak masuk kerja/sekolah. Rilex-rilex, tenang-tenang, ingatkan balik. Dalam 5-30 minit kemudian barula jumpa barang tersebut. Kadang korang biar je dulu barang tersebut. Tu pun kalau barang tak penting atau tidak menjejaskan profession engkorang sebagai pekerja. Jadi macam tulah ceritanya pada hari ni. Elok letak barang atas meja yang biasa korang letak atau sangkut kunci kat tempat penyankut kunci belakang pintu. hehe..Sekian, Wassalam...;)

2 Mac 2012

Bang Makan Bang!!

Bang Makan Bang!! 



Salam sejahtera kepada semua pembaca. Semoga tak demam, selesema, dan pening kepala. Tajuk hari ini untuk menyampaikan wish Selamat Makan Tengah Hari untuk korang semua. Apa menu makan tengah hari korang hari ni? Best? Mak masak ke atau makan kat kedai saja?



 





Penah tak korang makan kat kedai makan yang amik lauk biasa je. Tapi harga dia superb? hehe. Oklah, selamat makan tengah hari sekali lagi, Wish hari ini korang boleh buat lagi baik dari semalam yang hangat.

1 Mac 2012

Strategi Teng-Teng

Strategi Teng-Teng


Salam, apa khabar kepada semua pembaca. Salah satu permainan yang semakin luput telan dek zaman. Permainan sebegini diberi nama teng-teng ataupun jengkek-jengkek. Permainan yang mengisi masa kanak-kanak dengan aktiviti yang tidak membosankan. Dulu kanak2 lelaki atau perempuan selalu bermainan aktiviti ala-ala kampung ni di halaman rumah. Korang penah main ker? ;p



Tak kisah la atas tanah pun. Mula-mula buat garisan petak-petak sebanyak mana yang mereka suka, 6 atau 9 petak. Para pemain lebih kurang 3 atau 4 orang. Kemudian memulakan permainan dengan la la tamplong atau pun one two som. Sapa menang dia start dulu. Baling duit atau apa2 yang boleh di pijak ke kotak teng-teng. Kemudian melompat-lompatlah kanak2 tu mengikut step yang di tetapkan sehingga kembali ke tempat permulaan. Sapa yang tak dapat pijak benda yang di baling dikira batal dan giliran pemain seterusnya. Mengajar kanak-kanak mengaturkan strategi sejak dari kecil :)..




Tapi sekarang mungkin sukar melihat kanak-kanak terlompat-lompat bermain teng-teng di halaman rumah. Mungkin sebab kemajuan dan minat yang lain salah diterapkan kepada kanak-kanak. Apa-apa pun bila terkenang zaman kanak-kanak dulu, memang rasa nak ambil kembali feeling bermain teng-teng dengan kawan-kawan atau jiran sebelah. Sememangnya permainan sebegini kurang menimbulkan pertengkaran antara pemain. Sekian, Wassalam ;)

29 Februari 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012 



 

Kenapa korang kena pilih blog acik sebagai bloglist korang?

1. Blog yang memaparkan tutorial blog, illustrator, photoshop dll.
2. Banyak cerita dan kisah yang diadaptasi, imej lakaran doodle di sertakan.
3. Boleh kongsi pengalaman disebalik cerita dan pengalaman korang.
4. Bagi doodle percuma kepada yang minat mendoodlekan muka sendiri berdasarkan gambar.
5. Menyentuh isu sosial, kehidupan, Islam, dan perkara yang perlu di ambil positif.
6. Apa yang penting dapat menjalankan hubungan baik dengan blogger-blogger lain di seluruh Malaysia.
7. Time kasih kepada korang yang memilih dan follow blog ini. hehe ;)


Aku Si Pemandi Sungai

Aku Si Pemandi Sungai 



Salam, semoga pembaca sihat sentosa. Sapa yang tak penah mandi sungai? Sungai yang jernih dan sejuk membuatkan korang tak leh tahan tangok. Mesti kena terjun jugak. Menikmati kesegaran air sungai yang terasa harmoni bila menyelam dalam sungai. Asal mandi sungai je mesti ada aktiviti sampingan seperti berenang, lipat belakang atau depan,lumba berenang, men BOOM kat kawan2, men menyelam sapa paling lama dll. Sapa yang dah expert aktiviti sampingan di atas sudah dikira champion dalam kampung acara mandi sungai.. 




Lepas mandi sungai naik ke darat jap, pekena roti sandwich, burger, kentang atau makanan yang lain. Sebab mandi sungai atau berenang merupakan salah satu Sunnah Nabi. Menyihatkan badan. Kepada yang tak reti berenang tu boleh belajar slow. Duk tempat singkat dan berenang secara mengayuh kaki dan tangan agar badan terapung dan boleh dikawal. Jangan panik masa masuk kat air dalam. Cuba cabai tahap keseimbangan badan. Kalau takut masuk dlm air yang dalam, maka janganla duk gatal2 terjah, takut lemas. Sekian, isi masa anda dengan berenang, mandi sungai, ataupun sukan2 yang lain. Wassalam ;) 

28 Februari 2012

Main Pondok-Pondok

Main Pondok-Pondok 



Salam sejahtera, saje mengimbas kembali kenangan silam bermain pondok-pondok masa kecik-kecik dulu. Aktiviti petang hari, kadang2 tengah ari pon boleh jadi. Nak kata men pondok2 mesti ada sorang jadi mak, sorang jadi ayah.yang lain jadi anak2. hehe. Tak kira la laki pon boleh jadi mak. Pastu amik bunga2 wat hiasan pondok2, ada yang lebih buat bahan masakan. Bila nak makan tu, makan olok-olok je. jangan di telan lak bunga kertas tu. 




Selain dapat memupuk silaturrahim antara jiran sebelah, men pondok2 juga dapat memberi gambaran zaman perkahwinan kelak. haha. Apa yang penting, tiap2 korang mesti ada pengalaman pondok2 tersendiri. Jangan sampai gaduh2 lak berebutkan nak jadi mak atau ayah(abang besar). Ada pengalaman boleh sertakan kat komen dibawah untuk rujukan ;p. Sekian, wassalam :) 

 


Doodle Free | Jom Request

Doodle Free | Jom Request




Doodle untuk Syahieyr

Berperang Dengan Pistol Terung Pipit

Berperang Dengan Pistol Terung Pipit 



Salam, semoga kalian sihat sokmo. Berperang Dengan Pistol Terung Pipit? Ini adalah topik untuk mengimbau kembali zaman kanak2 dahulu. hehe, tak sure la korang pun ada pengalaman sebegini. Dalam usia darjah 4,5,6,sudah berpengalaman membuat dan berperang dengan pistol terung pipit. Lokasi permainan di kawasan semak depan rumah En. Saaban. Walaupun semak, misi bermain pistol terung pipit dengan kawan2 tetap berjalan dengan lancar. Pada asalnya tak tau pun sapa yang mula2 buat pistol sebegini. Tapi bila sorang dah buat, kawan2 yang lain tetap mengikutinya. Sebagai sukan di petang hari, meskipun sanggup memonteng sekolah agama. 




Berbekalkan dengan pistol terung pipit setiap seorang. Kami masuk ke dalam kubu(semak) dan menyorok di tempat2 yang tidak diketahui musuh. Apabila musuh berjaya menjejak lokasi nyorokkan kami, maka kami akan tewas ditembak. Masa permainan dalam 2jam. Setelah masa permainan dah tamat, kami akan menjerit kuat2 bagi signal supaya musuh(kawan2 yg lain) tidak menembak kami dengan rambangnya





Jadi, begitulah cara permainan tradisional yang boleh dijadikan sukan agar golongan kanak2 muda tidak terjebak sama sekali dengan gejala yang tak elok. Di samping dapat mengisi masa lapang dari tengok tv cite atromen kat rumah atau hanya sekadar t.i.d.u.r.
Sekian, wassalam ;)

27 Februari 2012

Tragedi Sabun

Tragedi Sabun 




Salam sejahtera, tajuk hari ini tragedi sabun. Acik pasti korang pon penah mengalami tragedi sebegini. Yang mana time korang mandi dan menggosok sabun di badan anda. Lalu sabun itu tergelincir dari tangan anda. Lantas sabun yang korang baru beli itu termasuk dalam lorong air. Berputih mata anda apabila melihat keadaan sebegini berlaku, malahan pulak baru 2, 3 kali gosok sabun kat badan.

Terpaksala korang mengakhiri time mandi korang akibat ketidakselesaan ketiadaan sabun. Badan pon masih dalam keadaan melekit. Pada yang ada sabun lebih atau guna gel sabun itu mujurla. Kalau xda. maka terpaksala. walaupun badan masih melekit ;p. Sekian, wassalam 

Doodle Free | Ahmad Farhan

Doodle Free | Ahmad Farhan 


 




Doodle free untuk Ahmad Farhan. 

26 Februari 2012

Doodle Free | D'ya Marshmello

Doodle Free | D'ya Marshmello 



 

doodle free untuk Cik D'ya Marshmello

Doodle Free | Cik Lestrange

Doodle Free | Cik Lestrange 


 


 

Doodle Free untuk Cik Lestrange 


25 Februari 2012

Doodle Free | Huda Raihana

Doodle Free | Huda Raihana 




 

Doodle free untuk cik Huda Raihana.