Photoshop Designer

28 Februari 2012

Berperang Dengan Pistol Terung Pipit

Berperang Dengan Pistol Terung Pipit 



Salam, semoga kalian sihat sokmo. Berperang Dengan Pistol Terung Pipit? Ini adalah topik untuk mengimbau kembali zaman kanak2 dahulu. hehe, tak sure la korang pun ada pengalaman sebegini. Dalam usia darjah 4,5,6,sudah berpengalaman membuat dan berperang dengan pistol terung pipit. Lokasi permainan di kawasan semak depan rumah En. Saaban. Walaupun semak, misi bermain pistol terung pipit dengan kawan2 tetap berjalan dengan lancar. Pada asalnya tak tau pun sapa yang mula2 buat pistol sebegini. Tapi bila sorang dah buat, kawan2 yang lain tetap mengikutinya. Sebagai sukan di petang hari, meskipun sanggup memonteng sekolah agama. 




Berbekalkan dengan pistol terung pipit setiap seorang. Kami masuk ke dalam kubu(semak) dan menyorok di tempat2 yang tidak diketahui musuh. Apabila musuh berjaya menjejak lokasi nyorokkan kami, maka kami akan tewas ditembak. Masa permainan dalam 2jam. Setelah masa permainan dah tamat, kami akan menjerit kuat2 bagi signal supaya musuh(kawan2 yg lain) tidak menembak kami dengan rambangnya





Jadi, begitulah cara permainan tradisional yang boleh dijadikan sukan agar golongan kanak2 muda tidak terjebak sama sekali dengan gejala yang tak elok. Di samping dapat mengisi masa lapang dari tengok tv cite atromen kat rumah atau hanya sekadar t.i.d.u.r.
Sekian, wassalam ;)

9 ulasan:

  1. terung pipit tu sedap buat masak tumis..huhu

    BalasPadam
  2. MEmang syok lah main benda ni. Tapi asyik kalah je. Main dengan banag2 yang dah besar. Tak adil sungguh!

    BalasPadam
  3. malangnya aku x pernah main
    slalu main pistol yg ada peluru warna merah kuar api 2 ja :(

    BalasPadam
  4. kalau kena tu boleh tahan sakitnya..hehe.

    BalasPadam
  5. pistol merah kua api? nanti wt tajuk len.
    takdela sakit sgt ;p

    BalasPadam
  6. biasa main pistol terung pipit ni..syokkk bila kn kat badan org yg kita tembak tu..huhu

    BalasPadam

Comment Jom