6 Ogos 2011

Rewang Memeriahkan Majlis Perkahwinan

Rewang Memeriahkan Majlis Perkahwinan 

 

Apa maksud rewang sebenarnya? rewang ni bahasa jawa, rewang bermaksud macam kerja-kerja tolong-menolong supaya majlis berjalan lancar. Kerja rewang termasuklah seperti bantu membasuh pinggan, memasak, bancuh air, angkat hidangan, dll. Kat kampung acik, asal kenduri belah2 jiran terdekat je, mesti semua budak2 kena balik kampung. tu yang best tu ramai member2 balik.

Nampak tak payung kat gambar kat atas ni? Itu tuan rumah, menyambut kedatangan tetamu yang datang ke majlis perkahwinan anaknya. Tetamu kalau dah abis makan akan diberi sedikit berkat seperti bunga telur atau lain2. Time nak balik pun tetamu kena salam dengan tuan tumah. salam pun kena ade hulur sedikit duit atau pun lebih dikenali sebagai salam krukut.

Asal kenduri kahwin ye berpusu-pusu budak2 datang claim rokok rewang selepas buat kerja. Mesti kena ada sorang orang tua kena jaga rokok rewang. Lagi meriah kalau kenduri kahwin ada cabutan bertuah. Tapi nak meriah, khemah kenduri kahwin kena pasang, sekurang2nya 2 khemah besor. satu khemah untuk lelaki dan satu khemah untuk perempuan. hehe, pas majlis kenduri kahwin dah abis, khemah kena turunkan dulu baru bleh balik....  

2 ulasan:

Comment Jom