29 Februari 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012 



 

Kenapa korang kena pilih blog acik sebagai bloglist korang?

1. Blog yang memaparkan tutorial blog, illustrator, photoshop dll.
2. Banyak cerita dan kisah yang diadaptasi, imej lakaran doodle di sertakan.
3. Boleh kongsi pengalaman disebalik cerita dan pengalaman korang.
4. Bagi doodle percuma kepada yang minat mendoodlekan muka sendiri berdasarkan gambar.
5. Menyentuh isu sosial, kehidupan, Islam, dan perkara yang perlu di ambil positif.
6. Apa yang penting dapat menjalankan hubungan baik dengan blogger-blogger lain di seluruh Malaysia.
7. Time kasih kepada korang yang memilih dan follow blog ini. hehe ;)


Aku Si Pemandi Sungai

Aku Si Pemandi Sungai 



Salam, semoga pembaca sihat sentosa. Sapa yang tak penah mandi sungai? Sungai yang jernih dan sejuk membuatkan korang tak leh tahan tangok. Mesti kena terjun jugak. Menikmati kesegaran air sungai yang terasa harmoni bila menyelam dalam sungai. Asal mandi sungai je mesti ada aktiviti sampingan seperti berenang, lipat belakang atau depan,lumba berenang, men BOOM kat kawan2, men menyelam sapa paling lama dll. Sapa yang dah expert aktiviti sampingan di atas sudah dikira champion dalam kampung acara mandi sungai.. 




Lepas mandi sungai naik ke darat jap, pekena roti sandwich, burger, kentang atau makanan yang lain. Sebab mandi sungai atau berenang merupakan salah satu Sunnah Nabi. Menyihatkan badan. Kepada yang tak reti berenang tu boleh belajar slow. Duk tempat singkat dan berenang secara mengayuh kaki dan tangan agar badan terapung dan boleh dikawal. Jangan panik masa masuk kat air dalam. Cuba cabai tahap keseimbangan badan. Kalau takut masuk dlm air yang dalam, maka janganla duk gatal2 terjah, takut lemas. Sekian, isi masa anda dengan berenang, mandi sungai, ataupun sukan2 yang lain. Wassalam ;) 

28 Februari 2012

Main Pondok-Pondok

Main Pondok-Pondok 



Salam sejahtera, saje mengimbas kembali kenangan silam bermain pondok-pondok masa kecik-kecik dulu. Aktiviti petang hari, kadang2 tengah ari pon boleh jadi. Nak kata men pondok2 mesti ada sorang jadi mak, sorang jadi ayah.yang lain jadi anak2. hehe. Tak kira la laki pon boleh jadi mak. Pastu amik bunga2 wat hiasan pondok2, ada yang lebih buat bahan masakan. Bila nak makan tu, makan olok-olok je. jangan di telan lak bunga kertas tu. 




Selain dapat memupuk silaturrahim antara jiran sebelah, men pondok2 juga dapat memberi gambaran zaman perkahwinan kelak. haha. Apa yang penting, tiap2 korang mesti ada pengalaman pondok2 tersendiri. Jangan sampai gaduh2 lak berebutkan nak jadi mak atau ayah(abang besar). Ada pengalaman boleh sertakan kat komen dibawah untuk rujukan ;p. Sekian, wassalam :) 

 


Doodle Free | Jom Request

Doodle Free | Jom Request




Doodle untuk Syahieyr

Berperang Dengan Pistol Terung Pipit

Berperang Dengan Pistol Terung Pipit 



Salam, semoga kalian sihat sokmo. Berperang Dengan Pistol Terung Pipit? Ini adalah topik untuk mengimbau kembali zaman kanak2 dahulu. hehe, tak sure la korang pun ada pengalaman sebegini. Dalam usia darjah 4,5,6,sudah berpengalaman membuat dan berperang dengan pistol terung pipit. Lokasi permainan di kawasan semak depan rumah En. Saaban. Walaupun semak, misi bermain pistol terung pipit dengan kawan2 tetap berjalan dengan lancar. Pada asalnya tak tau pun sapa yang mula2 buat pistol sebegini. Tapi bila sorang dah buat, kawan2 yang lain tetap mengikutinya. Sebagai sukan di petang hari, meskipun sanggup memonteng sekolah agama. 




Berbekalkan dengan pistol terung pipit setiap seorang. Kami masuk ke dalam kubu(semak) dan menyorok di tempat2 yang tidak diketahui musuh. Apabila musuh berjaya menjejak lokasi nyorokkan kami, maka kami akan tewas ditembak. Masa permainan dalam 2jam. Setelah masa permainan dah tamat, kami akan menjerit kuat2 bagi signal supaya musuh(kawan2 yg lain) tidak menembak kami dengan rambangnya





Jadi, begitulah cara permainan tradisional yang boleh dijadikan sukan agar golongan kanak2 muda tidak terjebak sama sekali dengan gejala yang tak elok. Di samping dapat mengisi masa lapang dari tengok tv cite atromen kat rumah atau hanya sekadar t.i.d.u.r.
Sekian, wassalam ;)

27 Februari 2012

Tragedi Sabun

Tragedi Sabun 




Salam sejahtera, tajuk hari ini tragedi sabun. Acik pasti korang pon penah mengalami tragedi sebegini. Yang mana time korang mandi dan menggosok sabun di badan anda. Lalu sabun itu tergelincir dari tangan anda. Lantas sabun yang korang baru beli itu termasuk dalam lorong air. Berputih mata anda apabila melihat keadaan sebegini berlaku, malahan pulak baru 2, 3 kali gosok sabun kat badan.

Terpaksala korang mengakhiri time mandi korang akibat ketidakselesaan ketiadaan sabun. Badan pon masih dalam keadaan melekit. Pada yang ada sabun lebih atau guna gel sabun itu mujurla. Kalau xda. maka terpaksala. walaupun badan masih melekit ;p. Sekian, wassalam 

Doodle Free | Ahmad Farhan

Doodle Free | Ahmad Farhan 


 




Doodle free untuk Ahmad Farhan. 

26 Februari 2012

Doodle Free | D'ya Marshmello

Doodle Free | D'ya Marshmello 



 

doodle free untuk Cik D'ya Marshmello

Doodle Free | Cik Lestrange

Doodle Free | Cik Lestrange 


 


 

Doodle Free untuk Cik Lestrange 


25 Februari 2012

Doodle Free | Huda Raihana

Doodle Free | Huda Raihana 




 

Doodle free untuk cik Huda Raihana. 




24 Februari 2012

Doodle Free | Wina Rozali

Doodle Free | Wina Rozali 


 



Salam, doodle free untuk Wina Rozali..

Include fast tutorial ;p 



22 Februari 2012

Best Ke Program Realiti TV?

Best Ke Program Realiti TV? 


Salam sejahtera, slm satu Malaysia ;p. Tajuk petang ni mengenai program realiti tv. Kalau nak tanya kat korang, mesti penah tengok program realiti tv samada minat atau tak je. Contoh program realiti tv seperti AF, Mentor, Idola Kecil, Malaysian Idol, dan yang berkaitan. Bak kata orang, tempat cari populariti dengan pantas dan berkesan << nyanyi. Kalau ada bakat la. Kalau tak da bakat, elokla menyanyi dalam bilik air sahaja, ataupun sempena Hari Guru, Makan malam bersama staf-staf office, atau pun pertandingan karaoke kawasan daerah kampung.  


Apa kesan program realiti tv ni kepada masyarakat? Adakah banyak yang baik atau banyak yang buruk? Adakah Pak Jamhari sanggup membeli channel Astro semata-mata untuk menengok program realiti sebegini? Adakah Kak Limah sanggup stay dari pukul 7-9 mlm di kaca tv untuk melayan program sebegini? Jadi begitulah, banyak persoalan yang belum terjawab. Eloklah tajuk debat kawasan sekolah bertajuk sebegini demi mencapai kewarasan dan ke arah pemikiran anak muda yang semakin positif.  

 


Fast Food Pilihan Korang?

Fast Food Pilihan Korang? 


Salam sejahtera, semoga engkorang sihat hendak-Nya. Kali ini topik kita adalah Fast Food Pilihan Korang?. Macam biasala, kalau jumpa kawan2 yang kaki fastfood atau dating dengan awek. Mesti nak makan fastfood punyer. Lebih-lebih lagi kalau member belanja engkorang. Perkena ayam goreng spicy, kentang rangup, piza hot, sup cendawan, burger king, kentang lenyek, nasik ayam, dan macam2 lagi pilihan makanan fastfood idaman korang. Dah kena sekali mesti nak lagi. Walaupun budget makan korang cukup-cukup makan je.

Antara sebab len yang korang nak g fastfood adalah untuk menggunakan WIFI melayari Facebook, MySpace, Google Search, settlekan assigment, ataupun YM semata-mata. Kendian, kalau bawak satu family pun best gak makan fastfood sekali sekala. Sekali order pizza saiz XXL, ayam goreng satu bucket. Memang best selain dapat merapatkan silaturrahim antara family. Tapi hati-hati masa bawak dulang makanan fastfood, jangan terjatuh sudah ;p.  




Akhir sekali, bawak bersabar semasa menunggu turn anda mengorder fastfood. Jangan tengking2 kat pekerja fastfood supaya korang, pekerja fastfood dan orang lain menikmati makanan fastfood dengan jayanya. Sekian, Wassalam ;)

21 Februari 2012

Kenapa Member Selalu Pinjam Motor?

Kenapa Member Selalu Pinjam Motor?


Salam sejahtera , semoga pembaca setia blog sihat sejahtera ;)
Penah dak korang mengalami situasi dimana member serumah korang hendak meminjam moto anda? Kalau penah, apa alasan member korang untuk merider moto korang? Sebab nak bawak awek ker? sebab nak g tapau nasik lemak kedai mak temah ke? sebab nak menjimatkan minyak moto diorang ke? Eceh macam2 lagi la sebabnya.  



Macam biasala, kalau pinjam moto member mesti kena isi kan minyak moto sampai full, atau menjaga moto diorang agar lecak tak melekat kat rim moto. Tak salah tolong member bagi pinjam moto. Dapat pahala. Ada la satu kisah ni, member acik pinjam moto member. Perkara ni berlaku pada waktu malam yang hening dan dingin. Sebab nak jumpa member dia. Tiba-tiba berlaku perkara yang tidak di ingini iaitu member acik terjatuh dalam gaung lubang sampah kerana tak nampak. Nasib baikkla dia tak cedera parah, senget skit tulang bahu. Moto pon patah tengkuk. Jadi sebagai peminjam, maka kena la ganti rugi atas kerosakkan motosikal itu. Apa-apa pun berhati-hatila semasa membawa moto, kereta, lori, bas, ataupun beca. 



Ada lagi, kalau nak g rider ke mane2 tempat. jangan lupa tengok minyak moto kalau meter moto rosak, Kalau bawak pembonceng jangan duk tarik pickup sangat, takut pembonceng tertinggal kat belakang. Tayar kalau kempis kena pam. Tak pasal2 pancit tengah jalan nanti. Brek moto pon kena pastikan berkesan. Jangan guna brek kaki (seret selipar kat tayar). Sekian wassalam ;D

20 Februari 2012

Berapa Mas Kawinnya?

Berapa Mas Kawinnya? 




Salam, semakin lama semakin tinggi mas kawinnya.. hehe. Apa macam? ramai bujangan yg semakin hari semakin lama nak ke jinjang pelamin. Nak bezakan dengan dulu dah tentu murah je mas kawinnya. Tanya mak ayah la.

Mas kawin anak awk berapa?
RM 10,000 la
Anak Awak?
Lagi mahal RM 15,000

Tak pasal2 pas kawin tiap2 hari makan tauge je ;p
Apa-apa pun bila dah kawin, InsyaAllah rezeki semakin bertambah. Semoga pembaca yang baca entri ni dan nak kawin kekal sehingga ke akhir hayat. Aminn~~

 

19 Februari 2012

Port Biasa Merokok?

Port Biasa Merokok?


Seperti biasa, merokok merbahayakan kesihatan. Kadang2 perokok ni pun tak tau mane tmpt yang boleh isap rokok dan tmpt yang xboleh isap rokok. Adela nak dijadikan cerita tengah2 syok men snooker dengan tangan memang sebatang rokok yang masih menyala << bukan acik. Datang la 3 saudagar membawa beg dan notes kecik kat tangan. Member acik dipanggil dan di saman kerana merokok di tempat yang sudah ada logo larangan merokok. Saman sebanyak RM200 ringgit. Tak silap acik dalam 3 org member acik yang kena saman.



Cerita kedua, mcm biasa petang je acik g memancing utk mengisi masa lapang dari tdo je kt umah ;p. Sebelum sampai kat lokasi memancing mesti jumpa satu traffic light. Oh mann, lampu merah. maka acik pon berenti kan la moto. Kebetulan ada saudagar yg baru balik dari kerja kot. Dengan kasut hitam dan seluar agak season. Di menyelup poket beliau. Lalu mengeluarkan rokok dan cucuh rokok itu sementara menunggu turn untuk di beri jalan oleh traffic light. Balik je mancing. Lampu traffic light td merah jugak. Kadang2 je nasib bek dapat la lampu ijau. Seorang lagi saudagar menyusul keluar di depan acik. Macam biasa sementara menunggu turn. "Bek aku isap rokok dulu".



Lagi satu port killer untuk perokok tegar iaitu tandas. Asal nak buang air besa je mesti kena dengan roko sebatang. "Kalau wa tak kena rokok sebatang, tak lawas ooo". Itu lah antara adegan perokok zaman sekarang ;p. Ada port len korang nak citer ?;p 

18 Februari 2012

Kenangan Zaman Sekolah Tadika

Kenangan Zaman Sekolah Tadika 





Salam, asik terkenang je zaman sekolah tadika dulu. Bangun pagi kena pegi sekolah tadika kat sebelah masjid. Mula2 dulu time nak masuk tadika mesti keriau@menangis. haha. Belajaq mengira la. Belajar membaca dan lain2 lagi. Cikgu yang duk asik mengajar ialah Cikgu Som, Cikgu Ramlah dan tak ingat dah ;p. Time rehat je mesti kalau tak makan roti kosong cicah ngan air teh atau bubur kacang

 

Lepas makan g la men playground kat depan tadika tu. Skang pon masih wujud lagi taman permainan tu. Men buaian, papan gelongsor, jongkang-jongket ;D. Pas tu masuk kelas balik. Blajar hu ha hu ha, kemudian balik...Yeahhh. Balik kadang abah amik. Kadang jalann kaki secara beramai-ramai. Lagipun sekolah tadika dengan rumah bukan jauh mana. Tapi dulu kawasan belakang tadika tu banyak anjing liar. Seriau gak balik jalan kaki. Skang dah tak da lagi kot. Korang lak masih teringat zaman tadika korang ;p? hehe

17 Februari 2012

Awesome Impression Google Webmaster

Awesome Impression Google Webmaster 


 

Thanks google search engine, I'll remember my trainer said "If you work on google company all your life will be paid by google include your car, your food, your shopping bag, and everything". I hope i can be a workers for google company ;p. 

See my google robot ;p



16 Februari 2012

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ? 


 

 


  1. Sebab nak tau mana yang lebih mana yang kurang.
  2. Sebab nak tau ekspresi atau minat pembaca blog
  3. Sebab nak buktikan blog acik yang xda kaitan dengan artis @ gosip pun boleh blah. ;p
  4. Sebab nak tau header blog acik tu comel ke tak ;p
  5. Sebab nak tau susunan layout blog kemas ke tak
  6. Sebab nak ramai kawan2 sosial network.




Ngilat Haruan Part 6

Haruan 1.6KG

garang dak?




Salam , berjaya menaikkan haruan 1 kilo lebih minggu lepas. Ni bukan kacau anak haruan. Pure punya spot haruan. Sambaq kat top water. Haruan ni terus melawan sampai masuk dalam reba lalang air. Sangkut!!, Biaq jap 3 minit. Baru lepas, karau sampai dekat. Pastu pegang kepala haruan. Xmuat tangan bro!!!
terus lari bawak ke tepi. Sebab duk atas tunggul kayu je. Takot lepas. Lepas latak kat atas tanah ngam2 kail lucut dari mulut haruan..Alhamdulillah, berjaya jugak naikkan. Sori la gambar haruan tak clear. Tak tangkap gmbar kat lokasi sebab takot anset jatuh dalam ayaq. haha, thanks for watching..

15 Februari 2012

Bergurau Senda..

Bergurau Senda.. 





Batasan Dalam Bergurau Senda
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !"

Riwayat Abu Daud

14 Februari 2012

Memuliakan Tetamu

Memuliakan Tetamu 





Ini seperti ditegaskan Rasulullah saw yang bermaksud: "Tiada kebaikan bagi sesiapa yang tidak menerima tetamu." Amalan mengundang tetamu dan menikmati hidangan bersama-sama ini juga adalah amalan nabi-nabi. >>



13 Februari 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU 


 


 

  1. Berikan satu sebab ringkas kenapa mereka patut baca blog anda.
    Korang kena baca blog aku, sebab blog aku banyak cerita , banyak adegan, banyak hiburan. Lagipun blog aku ni banyak karya menarik macam doodle, kartun , meme, orang lidi dan lain2 lagi. Kalau korang baca pasti terhibur dengan kerenah zaman sekarang..

  2. Berikan satu entri menarik anda sebagai bukti blog anda itu menarik !


11 Februari 2012

Game Handset Yang Selalu Korang Main

Game Handset Yang Selalu Korang Main 


 

Jom kongsi2 citarasa game Yang Selalu Korang Main kat handset korang ;p


10 Februari 2012

BEN ASHAARI : TIADA LAMA , TIADA BARU

BEN ASHAARI : TIADA LAMA , TIADA BARU 


 

5 Blog BARU:

5 Blog Senior:

Benda First Yang Korang Akan Bukak

Benda First Yang Korang Akan Bukak 


 

Asal bukak laptop atau komputer je. Pantang ada internet, bukak je web browser 
apa laman web first yang engkorang bukak? ;p 



9 Februari 2012

Selamat Makan Tengahari

Selamat Makan Tengahari 


 


8 Februari 2012

Bila Lupa Bawak Dompet

Bila Lupa Bawak Dompet 


 

Alamak, dah sampai tempat keja. baru teringat tertinggal dompet kat meja makan time lunch tadi.
Macamane nak balik satgi, biasa ada roadblock kat simpang kedai Mak Temah tu.
Kalau korang. Apa korang akan buat?


Sayur Kegemaran Korang

Sayur Kegemaran Korang

 
 

Lama dah tak kena terung bakar ngan sambal udang petai...haha ;p
korang lak?

Miskin Atau Kaya

Miskin Atau Kaya


 




7 Februari 2012

Doodle Deria Rasa Ceria

Doodle Deria Rasa Ceria 


 
Layari FanPage>> untuk request doodle free ;p




Bila Mata Dah Mengantuk

Bila Mata Dah Mengantuk 


 

Bila mata dah mengantuk di dalam opis, kelas atau mane2 tempat bertugas. Apa korang akan buat untuk mengelakkan dari mengantuk ;p.


Bila Kena Kejar Lebah

Bila Kena Kejar Lebah 



 

Salam, kalau cakap pasal lebah atau tebuan . Pernah ke korang mengalami pengalaman kena kejar dek lebah atau kena sengat dek lebah? 




Perasaan Bila Tengok Pompuan Eksyen

Perasaan Tengok Pompuan Eksyen 


 

Haha, sori takda idea dah nak wat tajuk...jgn marah  ;p 
Apa korang akan buat? ;p